Model Kanak-Kanak Paling Tercantik Di Dunia Ini Sudah Besar Dan Makin Gorgeous!

Terpaku melihat mata biru model kanak-kanak ini. Beliau telah dinobatkan sebagai gadis paling cantik di dunia pada usia 4 tahun dan sekarang makin gorgeous!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Model kanak-kanak tercantik di dunia

Anda masih ingat gambar model kanak-kanak ini? Rasanya baru semalam kita melihat gambar model kanak-kanak tercantik di dunia ini. 

Dengan mata biru dan rambut panjang mengurai, Thylane telah dinobatkan sebagai model kanak-kanak tercantik di dunia!

Kredit: vix.com

Ketika itu, Thylane Blondeau baru berusia 6 tahun. Tapi kini, beliau sudah besar dan semakin cantik!

Model kanak-kanak yang penuh kontroversi

Mengupah seorang model kanak-kanak masih jadi satu topik kontroversi bagi sesetengah individu. Ia dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas seorang kanak-kanak, malah memberi visual seksual pada mereka. 

Akan tetapi, Thylane Blondeau memang dilahirkan untuk berjalan di atas industri permodelan dan jadi superstar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak lahir lagi, beliau telah diajar tentang fesyen dan kecantikan yang dianugerahkan pada beliau terus dikongsi untuk seluruh dunia.

Thylane Blondeau dilahirkan di Ivory Coast pada 5 April 2001. Beliau merupakan anak kepada pemain bola Patrick Blondeau dan pelakon Perancis, Veronika Loubry.

Thylane telah menjadi model untuk jenama Jean Paul Gaultier semasa baru berusia 4 tahun, dan dijadikan cover depan majalah French Vogue ketika beliau baru saja berusia 10 tahun!

Kredit: CraveOnline

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cover depan majalah Vogue itu dikondem dengan teruk kerana Thylane telah dipakaikan dengan solekan dan pakaian yang agak seksi. 

Tapi, kecaman itu semua tidak mematahkan semangat Thylane untuk aktif dalam bidang permodelan. 

Kini ketika berusia 16 tahun, Thylane sudah menjadi muka depan untuk L'Oreal Paris. Malah, beliau juga pernah menjadi model untuk Chanel, Ralph Lauren, Lacoste dan Dolce & Gabana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Facebook Thylane Blondeau

Model kanak-kanak yang makin terkenal di media sosial

Walaupun baru berusia 16 tahun, segala glamor yang diperoleh model licik ini sungguh luar biasa.

Beliau mempunyai hampir 1.5 juta followers di Instagram dan 120,000 likes di Facebook! Anda boleh melihat aktiviti dan gambar-gambar terbaru beliau dalam Facebook Thylane Blondeau.

Thylane kini bernaung di bawah agensi IMG, sebuah agensi yang turut aktif membawa nama besar seperti Gigi dan Bella Hadid ke persada permodelan.

Kredit: Facebook Thylane Blondeau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Facebook Thylane Blondeau

Tumpuan media di New York Fashion Week

Pada New York Fashion Week tempoh hari, Thylane menjadi tumpuan media kerana beliau dengan gahnya memperagakan busana dari Michale Kors.

Kini, Thylane telah dilantik sebagai It Girl terbaru untuk jenama Dolce & Gabbana. Ketika memperagakan pakaian D&G terbabit, beliau telah memukau hampir semua mata yang memandang!

Lihat saja bagaimana keunikan mata dan struktuk muka beliau sungguh menyerlah dalam dress merah hati itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cantiknya model licik ini. Saya amat kagum dengan kecantikannya.

Kami di theAsianparent mendoakan agar karier model kanak-kanak ini terus maju dan berkekalan!

Sumber rujukan: Inspired dan The Sun

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris