Mondelēz International (Malaysia) Beri Kejutan Manis Berjumlah RM1 Juta Kepada Rakyat Malaysia melalui Kempen ‘Ops Rebutan Manis’

Selain hadiah tunai mingguan yang menarik, kemuncak kempen itu menyaksikan para pemenang hadiah utama masing-masing membawa pulang RM100,000

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PETALING JAYA, 23 OKTOBER 2024 – Mondelēz International (Malaysia), pengeluar snek popular seperti Cadbury, OREO, dan Twisties, berbesar hati mengumumkan senarai pemenang hadiah utama untuk kempen ‘Ops Rebutan Manis’. Impian lima pemenang hadiah utama menjadi kenyataan apabila berjaya membawa pulang RM100,000 masing-masing.

Dari 22 April hingga 30 Jun 2024, pengguna hanya perlu membeli produk Mondelēz kegemaran mereka dan menyerahkan bukti pembelian untuk berpeluang memenangi hadiah tunai yang mampu mengubah hidup mereka. Kemuncak kempen itu menyaksikan lima pemenang hadiah utama serta 30 pemenang hadiah pertama diumumkan dalam suasana penuh harapan dan keterujaan.

“Saya selalu impikan untuk menunaikan umrah, namun komitmen keluarga saya menjadikannya seakan-akan satu harapan yang mustahil,” kongsi Pn. Suwarni binti Termuji, 44, ibu kepada empat cahaya mata dari Klang, Selangor, yang memenangi hadiah utama. “Coklat Cadbury dan biskut Jacob’s telah menjadi kegemaran sekeluarga saya selama bertahun-tahun. Saya selalu membungkusnya untuk anak-anak saya apabila mereka pulang ke asrama selepas cuti. Kemenangan ini bukan sekadar satu hadiah, tetapi juga detik istimewa yang membawa saya lebih dekat dengan impian saya, sambil meraikan kegembiraan sederhana yang saya kongsikan bersama keluarga selama ini.”

“Saya tidak percaya apabila menerima panggilan,” kata Encik Chan Teh Kiew, 62, dari Johor Bahru, yang merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Beliau yang menyertai peraduan ini dengan membeli biskut Jacob untuk tujuan amal, tidak menyangka akan menjadi pemenang bertuah. “RM100,000 ini benar-benar satu rezeki yang berharga! Saya akan menyerahkannya kepada anak perempuan saya untuk mengubah suai rumahnya. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Mondelēz International atas peluang yang mengubah hidup ini.”

Pemenang-pemenang hadiah utama lain turut berkongsi kegembiraan yang sama. Menurut mereka, durian runtuh ini akan menyokong perbelanjaan penting seperti bayaran hutang dan pengubahsuaian rumah yang telah lama tertangguh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, Mondelēz International, See Mei Sin, mengulas tentang kejayaan kempen tersebut: “Di Mondelēz International, kami berazam mencipta detik kegembiraan dan mengukuhkan ikatan bermakna dengan pelanggan. Sambutan luar biasa terhadap ‘Ops Rebutan Manis’ menggambarkan betapa produk kami dihargai rakyat Malaysia. Saya amat terharu melihat impak hadiah ini terhadap kehidupan para pemenang, dan akan untuk terus membawa lebih banyak detik kegembiraan untuk pelanggan setia kami.”

‘Ops Rebutan Manis’ bukan sahaja memberi ganjaran kepada 35 pemenang hadiah utama dan hadiah pertama, tetapi juga mengukir senyuman pada ratusan rakyat Malaysia setiap minggu. Daripada hadiah sagu hati RM100 hingga hadiah kedua RM1,000, lebih 1,000 rakyat Malaysia telah berkongsi ganjaran keseluruhan yang bernilai RM1 juta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Hadiah Utama: RM100,000 x 5 pemenang
  • Hadiah Pertama: RM10,000 x 30 pemenang (3 pemenang setiap minggu)
  • Hadiah Kedua: RM1,000 x 100 pemenang (10 pemenang setiap minggu)
  • Hadiah Sagu Hati: RM100 x 1,000 pemenang (100 pemenang setiap minggu)

Kempen ini menonjolkan komitmen Mondelēz International (Malaysia) untuk memberi ganjaran dan membina ikatan bermakna dengan pelanggan. Dengan menawarkan hadiah yang mampu mengubah hidup melalui ‘Ops Rebutan Manis’, syarikat terus mengukuhkan ikatannya dengan rakyat Malaysia, membawa keriangan kepada kehidupan mereka, serta menzahirkan penghargaan atas kesetiaan dan sokongan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang Mondelēz International (Malaysia) dan rangkaian jenama di bawahnya, layari https://www.mondelezinternational.com/malaysia/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan