Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Dah Besar! Kini Jadi 'Pomen' Motor Superbike & Ada Bengkel Sendiri

Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis yang tular suatu ketika dahulu kini sudah berusia 19 tahun menjadi seorang mekanik motorsikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah digelar ‘Mowgli Malaysia’ suatu ketika dahulu, kini Muhammad Syukur Khamis, 19, berjaya membuka bengkel membaiki motosikal di Kampung Banggol Katong, Serada di sini.

Muhammad Syukur berkata, dia yang mempelajari ilmu dan kemahiran itu ketika menyambung pengajian dalam Kursus Teknologi Motosikal selama enam bulan di GiatMara Kuala Telemong, Hulu Terengganu kini mampu mempertingkatkan motosikal berprestasi tinggi.

Perkembangan Terkini Mowgli Malaysia

“Saya baru sahaja menamatkan Kursus Teknologi Motosikal di GiatMara Kuala Telemong beberapa bulan lalu dan kini membuka bengkel motosikal bersama abang, Muhammad Alias, 38, yang juga seorang guru di GiatMara.

“Akibat kekangan semasa abang bekerja sebagai guru di GiatMara, saya mengambil alih bengkel membaiki motosikal pada sebelah pagi.

“Selalunya saya membaiki motosikal berkapasiti kecil pada sebelah pagi. Pada sebelah malam, saya dan abang membaiki motosikal berkuasa tinggi. Malah, kami juga meletakkan harga yang lebih murah mengikut harga pasaran semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada hari Selasa. .

Mengulas lanjut, Muhammad Syukur juga bercadang untuk menimba pengalaman membaiki motosikal terlebih dahulu sebelum menyertai kursus membaiki kereta pada masa hadapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masih Membantu Ayah Menjaga Kerbau

Sementara itu, Muhammad Syukur menyatakan, walaupun kini sibuk menjalankan kerja-kerja mekanikal di bengkel membaiki motosikal, ia tidak menghalangnya untuk terus membantu menjaga kerbau peliharaan keluarganya setiap hari.

Muhammad Syukur berkata, dia akan mengendalikan lebih 80 ekor kerbau di dalam kandang setiap pagi sebelum menjalankan kerja-kerja motosikal di bengkel.

“Walaupun sibuk bekerja di bengkel, saya tetap menjaga kerbau di kandang, malah saya akan berkongsi masa untuk memberi makan kepada kerbau dan memastikan haiwan itu kembali ke kandang. sebelum masuk waktu Maghrib,” katanya.

Muhammad Syukur berkata dia akan meluangkan lebih banyak masa bersama kerbau kesayangannya pada hujung minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya masih menjaga kerbau peliharaan pada hari bekerja cuma mengambil masa yang singkat iaitu mengambil masa setengah jam kerana ada kerja lain yang perlu dilakukan.

“Pada sebelah petang, saya akan pergi ke kawasan tempat kerbau berkeliaran untuk memastikan mereka semua masuk ke dalam kandang asal mereka.

“Sekurang-kurangnya buat masa ini saya dapat meneruskan rutin harian menjaga kerbau di kandang dan pada masa sama menjalankan kerja membaiki motosikal di bengkel,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar Unik Memenangi Pertandingan

Beberapa tahun lalu, Syukur Khamis mendapat perhatian dalam kalangan penggemar fotografi di Malaysia apabila menjadi subjek utama imej yang diberi nama Image of Asia 2018 oleh Asian Geographic, dalam kategori Jalanan/Orang Terbaik.

Foto itu menunjukkan Syukur Khamis, atau nama sebenarnya Muhammad Syukur Khamis, yang begitu menyayangi sekumpulan kerbau dan haiwan lain menjadikan pemuda yang digelar ‘Malaysian Mowgli’ ini.

Puluhan atau mungkin ratusan jurugambar tempatan dan antarabangsa telah merakamkan imej fotogenik mereka dengan aksi yang cukup unik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang jurugambar tempatan bertuah apabila gambar merakam aksi remaja lelaki bersama kerbau sekali lagi dipilih sebagai pemenang pertandingan bulanan Asia bagi Ogos 2020.

Jurugambar Kongsi Kisah

Dinamakan Imej Asia 2020 untuk bulan lepas oleh kategori Asian Geographic untuk Orang/Jalan, gambar itu menunjukkan Syukur Khamis sedang berbaring di atas seekor kerbau yang turut terbaring dengan reaksi penuh cerita dan emosi, menentang sekumpulan kerbau lain.

Bercakap kepada mStar, jurugambar terbabit, Yusuf Madi berkata, dia bersyukur dan gembira kerana gambar yang menggambarkan model remaja itu beraksi dipilih sebagai pemenang bulanan bagi salah satu kategori yang disertainya.

Pemuda berusia 29 tahun itu tidak pernah menyangka percubaan pertamanya tahun ini akan membuahkan hasil, kerana bukan satu tetapi tiga imejnya dipilih sebagai pemenang bulanan oleh Asian Geographic.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: Bernama