Doktor Kongsi Cara Mudah Kurangkan Bau Mulut Ketika Berpuasa, No.5 Wajib Buat!

Mulut berbau semasa berpuasa adalah perkara biasa dan sering mengundang ketidakselesaan orang di sekeliling. Ini cara mengurangkan bau mulut.

Mulut berbau semasa berpuasa adalah perkara biasa dilalui setiap orang apabila mengerjakan ibadah tersebut. Bahkan dalam Islam turut Syeikh Ibnu ‘utsaimin RA menyebut – “Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada harumnya minyak kasturi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara mengurangkan mulut berbau semasa berpuasa

Bau mulut itu muncul kerana perut tidak terisi makanan. Meskipun ia adalah bau yang kurang disukai manusia, namun di sisi Allah ia adalah lebih wangi daripada minyak kasturi. Hal ini kerana, bau tersebut muncul disebabkan ibadah dan taat kepada Allah.

Cara mengurangkan mulut berbau semasa berpuasa

Ada kalanya kita bimbang masalah ini mengundang ketidakselesaan orang sekeliling. Bagaimanapun, pada ketika ini memandangkan penggunaan pelitup muka dan mulut masih diwajibkan, ia sedikit sebanyak ia membantu kita mengurangkan kebarangkalian menyebarkan bau tidak menyenangkan terhadap orang di sekeliling.

Seperti yang dikongsikan oleh pegawai perubatan ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan pada Facebook, beliau menyenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan bau daripada mulut semasa berpuasa yang boleh anda ikuti:

1- Minum air secukupnya

mulut berbau

Antara salah satu sebab anda berdepan dengan masalah bau mulut semasa berpuasa adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2- Elak kopi dan teh untuk sahur

mulut berbau
Kopi dan teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan secara tidak langsung menyumbang kepada masalah bau tidak enak daripada mulut anda.

3- Kurangkan bercakap

Terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering. Selain itu, bernafas melalui mulut juga akan menyebabkan mulut menjadi kering dan nafas berbau.

4- Ambil karbo secukupnya

Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak ambil karbo dan gula. Jadi ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis sekali gus menyebabkan nafas busuk. Jadi, makanlah juga karbo ya.

5- Gosok gigi dan lidah

mulut berbau
Antara penyumbang masalah bau daripada mulut ini adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Jadi gosoklah gigi sebelum tidur dan selepas sahur.

Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi. Bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

6- Pastikan tiada gigi rosak

Doktor Kongsi Cara Mudah Kurangkan Bau Mulut Ketika Berpuasa, No.5 Wajib Buat!

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau juga, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi. Masalah pada gigi atau gusi juga boleh menyebabkan mulut berbau, contohnya karang gigi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Puasa Ketika Hamil Trimester Kedua? Ini Tips & Panduan Penting Buat Para Ibu!

Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Baca juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!