Antara produk regim kesihatan yang mudah digunakan dan menjadi kegemaran tentulah mask muka. Kebiasaannya, kita menggunakan masker muka yang bagus ini pada waktu malam dan hanya mengambil masa 30-45 minit atau lebih untuk biarkannya menyerap secara keseluruhan ke dalam kulit wajah.
Untuk sesetengah orang, pemakaian mask muka adalah salah satu cara untuk kita menikmati ‘masa sendirian" (me time). Sepertimana yang kita sedia maklum, tujuan utama pemakaian sheet mask adalah untuk menegangkan kulit, menutup liang pori, melembap kulit wajah, menganjalkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri-seri.
Namun begitu, pemilihan formulasi di dalam mask muka yang terbaik adalah sangat penting. Ini terutama buat ibu yang sedang hamil, perlulah memastikan mask muka yang digunakan adalah selamat untuk dirinya dan juga bayi di dalam kandungan.
Pemilihan Mask Muka Terbaik
Terdapat pelbagai jenis dan pilihan mask muka di psaaran untuk anda cuba, tetapi sebelum anda membeli pastikan anda mengenal pasti dahulu jenis masker muka yang sesuai. Apa yang paling penting, kandungannya selamat untuk ibu hamil.
Mungkin ada yang sangka semua jenis masker muka sesuai untuk semua jenis kulit, namun sebenarnya anda perlu memilih mengikut jenis kulit dan masalah kulit, barulah mask muka dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu kenal pasti dulu jenis mask muka dan kesesuaian mengikut jenis kulit sebelum membuat keputusan untuk memakainya, antaranya ialah:
1. Pilih masker muka jenis bergel/ sheet mask
Jika anda mempunyai kulit yang kering dan normal, pakai sahaja mask muka yang mempunyai label ‘Sheet Mask’ kerana ia biasanya sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dipakai setiap hari. Bukan itu sahaja, ia bagus untuk melembapkan kulit wajah dan menghidrat kulit dari dalam kerana turut mengandungi asid hyaluronik yang selamat untuk ibu hamil. Perfect sebagai masker muka untuk kulit sensitif.
Elakkan memakai mask muka jenis clay atau mud kerana ia akan membuatkan kulit bertambah kering kerana sifatnya untuk menyerap sebum minyak yang berlebihan.
2. Pilih masker muka clay atau mask
Perasan tak, ada sesetengah mask muka dijual dalam bentuk serbuk. Kebiasaannya mask ini mengandungi tanah liat seperti Bentonite Clay, Kaolin Clay, Rhassoul Clay, French Pink Clay dan banyak lagi. Ia perlu dibancuh atau sudah tersedia dibancuh dalam bentuk pekat.
Jenis ini sesuai sebagai masker muka untuk jerawat terutamanya ibu-ibu yang mempunyai masalah kulit berminyak kerana ia boleh mengecutkan jerawat, mengawal pengeluaran sebum dan mengecilkan liang pori dengan baik. Jenis ini kebanyakannya selamat digunakan untuk wanita hamil.
3. Pilih masker muka jenis peel off mask
Bagi yang mempunyai jerawat, elakkan memakai peel off mask. Ini kerana, takut akan mengakibatkan jerawat pecah semasa anda menarik mask. Sebenarnya, peel off mask ini membantu membuang sel kulit mati dan menyerap minyak berlebihan pada kulit.
Sesetengah peel off mask mengandungi asid seperti glycolic dan salisilik. Jadi, pastikan ibu melihat berapa peratus kandungan asid tersebut.
4. Pilih masker muka jenis scrub
Tekstur masker muka ini agak kasar dan kemungkinan tidak sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang berjerawat. Namun, sangat membantu membuang sel kulit mati dan memudarkan parut akibat jerawat.
Pastikan anda urut kulit wajah dengan lembut sebelum membilasnya dengan air bersih. Cukup gunakan mask jenis ini 2 kali seminggu untuk elakkan over-exfoliate.
5. Pilih masker muka jenis sleeping mask
Selain memakai skincare seperti toner, pelembap sebelum tidur, sebenarnya sleeping mask turut membantu mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit baru semasa tidur.
Jenis ini kebiasaannya bersifat hydrating dan soothing, namun bagi kulit berminyak, elakkan dari menggunakan produk penjagaan kulit dengan banyak lapisan untuk menghalang pembiakan bakteria berlaku. Less is more!
7 Jenama Mask Muka Yang Bagus, Terbaik & Selamat Digunakan Ibu Hamil
Bagi wanita yang baru hamil dan belum mencuba mana-mana mask muka lagi, kami ada senaraikan beberapa jenama mask muka yang bagus, terbaik dan selamat digunakan sepanjang tempoh kehamilan. Selamat mencuba!
7 Mask Muka Terbaik
| Mama’s Choice Revitalizing Sheet Mask Masker Muka Terbaik Pilihan Ramai | | View Details | Beli di Mamaschoice |
| Tony Moly I’m Real Facial Mask Sheet Masker Muka Terbaik 100% Bahan Semulajadi | | View Details | Beli di Shopee |
| Laneige Water Sleeping Mask Masker Muka Terbaik Cepat Meresap | | View Details | Beli di Shopee |
| The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask Masker Muka Terbaik Mengecilkan Liang Pori | | View Details | Beli di Shopee |
| St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask Masker Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif | | View Details | Beli di Shopee |
| Mary Kay Hydrating Sheet Mask Masker Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif | | View Details | Beli di Shopee |
| N3 Sheet Mask Masker Muka Terbaik Mencerahkan Pigmentasi | | View Details | Beli di Shopee |
Antara jenama mask muka yang boleh disyorkan pada ibu hamil adalah seperti:
Mask Muka Terbaik Pilihan Ramai
Manjakan diri anda dengan dua variasi mask muka Mama’s Choice Revitalizing & Soothing Protective Sheet Mask terutamanya ketika anda sedang berehat ataupun di waktu menikmati masa untuk diri sendiri (me-time). Apa yang menarik tentang Mama’s Choice Revitalizing & Soothing Protective Sheet Mask adalah ia sesuai digunakan untuk ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak.
Dengan formulasinya yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terpilih seperti Centella Asiatica & Madu serta Tea Tree & Timun dapat merangsang pengeluaran kolagen dan melembapkan kulit secara mendalam.
Paling ‘best’ sekali, mommies boleh memilih salah satu sheet mask yang sesuai mengikut jenis kulit dan kehendak kulit tau! Bagi memudahkan anda, kami sediakan perbezaan antara Mama’s Choice Revitalizing & Soothing Protective Sheet Mask.
Apa yang kami suka?
- Selamat digunakan untuk wanita hamil dan menyusu
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Bebas alkohol, paraben dan wangian tiruan
- Dapat menganjalkan dan mencerahkan kulit wajah
- Mengurangkan garis halus
- Telah diuji secara dermatologi dan klinikal
- Merupakan produk mesra alam (biodegradable)
- 100% diyakini halal
Mask Muka Terbaik 100% Bahan Semulajadi
Uniknya ianya diperkaya dengan ekstrak daripada bahan makanan yang 100% semulajadi. Secara tidak langsung dari segi kebaikan face mask ini dapat memberi nutrisi ekstra buat kulit wajah anda agar tampil segar dan lebih bermaya.
Terutama ibu hamil sentiasa sibuk, terlalu kerap terdedah dengan cuaca panas, bolehlah mencuba Tony Moly I’m Real Facial Mask Sheet. Bungkusan yang kelihatan menarik ini juga dapat menceriakan hari ibu, bukan?
Apa yang kami suka?
- Terdapat 11 variasi yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda
- Dapat menjaga dan melindungi kulit anda supaya tidak lagi tampak kusam
- Pembungkusan yang sangat menarik
- Menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri
- Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi
Mask Muka Terbaik Cepat Meresap
Sleeping mask ini memiliki tekstur watery-gel. Didatangkan dalam bentuk cecair yang sangat ringan dan lembut apabila disapukan pada wajah. Lebih menarik ianya cepat meresap dan kita akan rasa sejuk ketika memakainya.
Terdapat 2 varian Laneige Sleeping Mask ini memiliki 2 varian iaitu original dan lavender. Untuk yang original, ianya tidak mempunyai bau. Tidak seperti varian lavender yang mempunyai aroma lavender yang boleh memberikan ibu hamil rasa lebih rileks dan tenang.
Apa yang kami suka?
- Formulasinya bagus untuk melembapkan kulit
- Memberi kelembapan yang maksimum
- Bagus untuk terapi wajah
- Dapat memberi rasa tenang dan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti
- Teksturnya yang dalam bentuk gel
Mask Muka Terbaik Mengecilkan Liang Pori
Produk ini diperbuat daripada arang buluh dari kaki bukit Himalaya, daun teh hijau dan sedikit minyak pokok teh. Ianya sangat membantu untuk membersih dari dalam dengan membuka liang pori-pori di wajah. Tidak hairanlah jika mask muka jenis ini adalah mask muka sesuai untuk jerawat.
Hanya sapukan selama 5-10 minit dan ibu akan nikmati rasa sejuk yang menyenangkan. Basuh bersih dan anda akan dapat rasai kulit semakin lembut dan licin. Liang pori ibu kelihatan mengecil, kulit kelihatan lebih bersih dan berseri-seri.
Apa yang kami suka?
- Dapat menyerap minyak berlebihan daripada kulit wajah
- Mampu mengecilkan liang pori
- Rasa dingin dan menyegarkan
- Rawatan yang boleh dilakukan di rumah
- Formulasi 100% vegetarian
Mask Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Dihasilkan daripada oat yang sememangnya bagus sebagai agen anti penuaan. Apa yang menarik sekali ialah face mask ini boleh digunakan sebagai scrub juga! Cara penggunaannya agak mudah – hanya perlu sapu pada wajah, biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.
Apa yang penting kita akan rasa efeknya kulit menjadi lebih lembut. Selain itu, ianya juga mengandungi Titanium Dioxide yang berfungsi sebagai saringan UV.
Produk ini sesuai buat ibu yang memiliki kulit yang sensitif kerana ianya bebas paraben dan diuji secara dermatologi.
Apa yang kami suka?
- Boleh digunakan sebagai scrub dan face mask
- Sesuai untuk kulit yang sensitif dan diuji secara dermatologi
- Mempunyai aroma yang menenangkan
- Bebas paraben dan cruelty-free
- Boleh mengatasi masalah kulit kusam
Mask Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Sekiranya mommies mencari masker muka untuk kulit sensitif, tidak melekit dan tidak perlu dibilas, gunakan hydrating sheet mask Mary Kay ini. Mask muka ini menggunakan inovasi 2 langkah iaitu mengasingkan lapisan essence dengan bahan botani dan sheet mask supaya kulit dapat menyerap nutrisi dengan baik. Tidak perlu bimbang jika hydrating sheet mask Mary Kay ini menggelebeh kerana ia sememangnya telah diperkemaskan dengan jenis skin hugging iaitu menggunakan kepingan cellulose fibre yang mampu menyimpan 100% air.
Pemakaian hydrating sheet mask Mark Kay dengan konsisten, membantu mencerah dan melegakan keradangan akibat jerawat.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai 2 lapisan iaitu essence dan sheet mask, jadi kulit dapat menyerap essence dengan baik
- Merawat kulit kering dan kusam
- Boleh digunakan setiap hari
- Boleh melakukan Fun activity & Transformation Mask dari mask jenis kering kepada jenis gel
- Dihasilkan dengan kandungan bahan botani, sesuai untuk kulit sensitif
Mask Muka Terbaik Mencerahkan Pigmentasi
Mask muka n3 sheet mask ini mengandungi ceramide yang berfungsi untuk melembapkan kulit kering dan menggelupas agar kulit tetap terhidrasi sepanjang masa. Ia juga mengandungi asid hyaluronik dan squalane yang menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk memulihkan tahap kelembapan dan mengurangkan garis-garis halus disebabkan penuaan.
Bukan itu sahaja, bintik hitam dan pigmentasi juga dapat dihilangkan jika menggunakan n3 sheet mask ini secara konsisten dan betul. Sebab itu, N3 sheet mask juga sesuai untuk wanita hamil yang mengalami pengeluaran melanin berlebihan sewaktu kehamilan.
Apa yang kami suka?
- Mengekalkan lembapan dan hidrasi sepanjang masa
- Mengandungi asid hyaluronik dan squalane yang bertindak memulihkan kelembapan pada kulit dari dalam
- Mengurangkan bintik hitam
- Mencerahkan kulit ibu akibat pigmentasi sewaktu hamil
- Selamat untuk ibu hamil
Perbandingan Harga Mask Muka Terbaik
|
Jenama |
Harga (RM) |
Mama’s Choice Revitalizing & Soothing Protective Sheet Mask |
RM 17.90 |
Tony Moly I’m Real Facial Sheet Mask |
RM 3.15 |
Laneige Water Sleeping Mask |
RM 40.00 |
The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask |
RM 33.00 |
St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask |
RM 27.00 |
Mary Kay Hydrating Sheet Mask |
RM 12.00 |
N3 Sheet Mask |
RM 46.30 |
Fungsi Mask Muka Untuk Kulit Ibu Hamil
Fungsi utama mask muka adalah untuk menghidrat, melembapkan kulit dan mengembalikan keanjalan kulit. Kenapa mask muka sangat disyorkan untuk dipakai oleh ibu hamil?
Ini kerana, perubahan hormon yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan boleh menganggu kelembapan kulit dan kulit kelihatan kusam dari biasa. Sebab itu, anda di antara ibu hamil yang mengalami masalah kulit kering terlampau, sehinggakan merekah!
Terdapat fungsi mask muka yang lain yang anda boleh perhatikan jika konsisten memakainya iaitu:
- Membuang sel kulit mati
- Mengurangkan garis-garis halus akibat penuaan
- Menjadikan kulit cerah dan berseri
- Membantu nutrien meresap dalam kulit dengan baik
- Memberi penjagaan menyeluruh luar dan dalam kulit
Remedi Semula Jadi Penjagaan Kulit Wajah Ibu Hamil Di Rumah
Jika ibu-ibu inginkan cara lain selain memakai masker muka kerana bimbang jika masker muka kegemaran kehabisan stok, anda juga boleh melakukan dengan cara yang mudah. Lakukan sahaja remedi semula jadi penjagaan kulit wajah di rumah menggunakan bahan dapur yang murah dan senang dijumpai.
1. Gunakan susu sebagai masker muka susu
Susu boleh membersihkan liang pori dan membantu membersihkan kotoran yang tidak kelihatan akibat pencemaran udara. Hanya perlu campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air kosong secukupnya. Jadikan ia pes pekat, ratakan pada kulit dan biarkan semalaman.
Anda akan dapati bangun dengan kulit yang lembut dan lembap seperti kulit bayi!
2. Gunakan telur untuk melembapkan kulit
Siapa sahaja yang tidak pernah cuba putih telur ke atas wajah, kan? Ia bukan sahaja enak dimakan malah boleh dijadikan masker muka. Pukul rata telur dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Bilas.
3. Jadikan pisang untuk mencerah dan mengurangkan kedutan kulit
Favourite superfood ramai. Ia kaya dengan vitamin A, B & E yang bertindak mencerahkan bintik hitam, mengurangkan masalah kulit kering dan menghidratkan kulit. Selain itu ia juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah masker muka untuk kulit sensitif.
Caranya, mudah sahaja. lenyekkan beberapa biji pisang yang sudah masak menjadi pes halus, sapukan pada muka dan leher. Atau anda boleh mencampurkan pisang dengan yogurt, madu atau susu untuk mendapatkan penghidratan topeng muka yang lebih baik.
Itu adalah 7 jenama mask muka yang selamat untuk ibu hamil yang boleh anda pilih. Untuk lebih selamat, anda harus berunding dengan pakar sakit puan atau pakar dermatologi terlebih dahulu untuk memastikan produk penjagaan yang anda gunakan adalah selamat.
Pastikan juga anda tidak alah dengan bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk ini, OK!
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Korset Terbaik Untuk Tubuh Lebih Ramping & Terbentuk, Tidak Panas & Selesa Dipakai!
Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!
Baca juga: Tutup Cela di Wajah Dengan Mudah Dengan 5 Concealer Terbaik dengan Liputan Hebat Ini!