Mesti ramai bakal ibu-ibu tertanya-tanya boleh ke tidak puasa ketika hamil trimester kedua. Lagi-lagi jika ini merupakan kehamilan pertama anda. Jawapannya, mestilah boleh! Sememangnya, puasa di saat waktu kehamilan adalah dibolehkan dan ianya juga merupakan satu pilihan buat para ibu.
Puasa ketika hamil trimester kedua, ini tips dan panduan penting buat para ibu
Mengikut mazhab Syafie, sekiranya ia boleh memudaratkan ibu dan kandungannya, anda tidak digalakkan berpuasa. Jadi ibu boleh berbuka dan wajib ganti puasa tau!
Kajian perubatan mendapati hampir 70% ibu memilih untuk berpuasa. Menarik, bukan? Jadi bagi ibu-ibu yang nak berpuasa, ini 5 tips terbaik yang anda boleh ikuti sepanjang bulan Ramadan. Jom kita baca!
#1. Rujuk doktor terlebih dahulu

Setiap manusia mempunyai keupayaan fizikal yang berbeza. Ini bergantung kepada ketahanan ibu untuk berpuasa dengan merujuk juga kepada keadaan cuaca, waktu berpuasa dan juga tempoh kehamilan dan trimester ibu-ibu.
Jika ibu-ibu ingin berpuasa adalah lebih jika ibu rujuk dan berjumpa doktor terlebih dahulu untuk memastikan bahawa kesihatan anda dan bayi anda berada dalam keadaan sihat dan optimum untuk berpuasa.
#2. Lewatkan bersahur
Ini salah satu tips paling penting untuk ibu-ibu hamil kerana ia membantu keadaan ibu di siang hari. Jangan lupa bersahur dan cuba lewatkan sahur sampailah dekat-dekat waktu imsak. Ini kerana kalau anda lewatkan sahur sedikit barulah anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu siangnya.
#3. Jaga dan kawal pemakanan
Memang seronok bila makan waktu berbuka puasa tetapi ibu-ibu kena beringat ya apabila makan. Jangan ambil makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi kerana ia akan membuatkan kadar gula ibu juga meningkat dengan drastik. Ambil makanan secara ala kadar sahaja dan pastikan makanan anda mempunyai khasiat yang seimbang.
#4. Minum air banyak dan secukupnya

Bulan puasa ini memang menguji tahap dahaga seseorang. Tapi ini bukanlah sebab untuk ibu-ibu terus minum air manis dan sejuk sewaktu berbuka ya.
Pastikan ibu-ibu minum air secukupnya sewaktu waktu sahur dan berbuka. Pengambilan air dapat membantu keadaan ibu daripada terhidrasi di siang hari atau pun terlampau dahaga. Ingat ibu-ibu. Air masak tau bukan air manis.
#5. Lebihkan makanan mengandungi serat dan protein

Salah satu tips yang baik untuk ibu-ibu amalkan adalah ibu-ibu boleh mengambil makanan tinggi serat dan juga protein. Ini bagi memastikan ibu-ibu sentiasa kekal ceria, aktif dan bertenaga sepanjang hari. Lebihkan sayur dan buah kerana makanan ini mengandungi nutrisi yang baik untuk ibu. Dan ibu-ibu juga boleh menikmati makanan yang lazat sewaktu berbuka menerusi sumber protein yang baik untuk ibu. Antaranya adalah ikan, ayam, telur dan sebagainya.
Sekiranya ibu-ibu tidak larat dan tidak tahan berpuasa, tolong jangan paksa diri ya ibu-ibu! Dan tolong hindari daripada membuat kerja yang berat.
Sesungguhnya ibadah puasa adalah satu ibadah yang dapat menyucikan diri kita. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu semua dan pastikan kesihatan anda di tahap terbaik. Jaga diri ibu-ibu semua!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!
Baca Juga: Jenis Karenah Ibu Ketika Bulan Puasa, Paling Lucu No.3! Boleh Tersuap Makanan Anak
Baca Juga: 7 Makanan Sahur Kenyang Lama & Berkhasiat, Bantu Elak Rasa Letih Ketika Berpuasa
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!