Ibu Jangan Panik Jika Disahkan GDM Ketika Hamil, Doktor Saran Buat 4 Perkara Ini!

Ibu Jangan Panik Jika Disahkan GDM Ketika Hamil, Doktor Saran Buat 4 Perkara Ini!

Disahkan GDM ketika hamil antara perkara yang merunsingkan banyak ibu hamil. Ada di antara mereka yang hingga menangis bila disahkan GDM.

Disahkan GDM ketika hamil antara perkara yang merunsingkan banyak ibu hamil. Ada di antara mereka yang hingga menangis bila disahkan GDM ketika hamil kerana bimbangkan keselematan diri dan bayi. 

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala jadi buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya. 

Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari, namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta.

GDM ketika hamil? Ini yang ibu perlu buat

GDM ketika hamil

Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr Norintan Zainal Abidin Shah,  tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.

Katanya, ahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi.

Dalam kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.

Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

4 perkara yang disarankan dibuat jika disahkan GDM ketika hamil

#1. Senaman sederhana

GDM ketika hamil

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!

Berjalan akan menyebabkan wanita hamil lebih aktif dan mengeluarkan peluh. Tidak perlu terlalu memaksa diri buatlah mana yang termampu saja dengan diri anda. 

#2. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah

Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

#3. Makan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates)

Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.

#4. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.

Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu.

Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Pakar pemakanan saran jangan buat perkara ini jika disahkan GDM ketika hamil

GDM ketika hamil

Menurut pakar pemakanan, Fizah Sobri, jika disahkan GDM ketika hamil ini antara perkara yang tidak digalakkan untuk ibu hamil lakukan:

#1. Makan untuk dua orang

Ini adalah mitos katanya. Jadi pastikan saja anda makan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrien yang akan memberi kebaikan kepada anda dan bayi. 

#2. Beli sebarang suplemen yang kata boleh kawal GDM

Tiada produk atau suplemen yang boleh kawal bacaan gula.. Hanya diet (cara makan) yang betul, tambah fizikal aktiviti dan jika perlu (atas nasihat doktor) ubat insulin/makan. Jangan bazirkan wang anda membeli macam-macam. Daripada beli produk baik beli makanan sihat seperti sayur dan buah.

#3. Terlalu strict sampai sendiri tak rasa kenyang dan bertenaga

Jangan sampai begitu, anda perlu pastikan sentiasa bertenaga ketika hamil

#4. Tidak hadir ke sesi bersama pegawai dietetik anda

Sebab temu janji sangat penuh, jika terlepas kali pertama takut lambat lagi baru dapat jumpa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Fizah Sobri

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner