Mulut Rasa Pahit Sepanjang Kehamilan Hingga Hilang Selera Malam? Usah Risau, Ini Cara Atasinya!

undefined

Mulut terasa pahit saat hamil? Ini cara menangani masalah tersebut.

Gejala mulut pahit saat hamil disebut sebagai dysgeusia. Ia tentunya membuatkan ibu rasa tidak selesa.

Namun begitu, masalah yang sering dialami ibu hamil ini rupanya tiada punca, tapi ahli perubatan percaya ia ada kena mengena dengan hormon selama kehamilan. 

Punca mulut pahit saat hamil 

mulut pahit saat hamil, mulut pahit ketika mengandung, mulut pahit, mulut pahit semasa hamil, mulut pahit semasa kehamilan, mulut pahit semasa berbadan dua, alami mulut pahit, cara atasi mulut pahit, cara menangani masalah mulut pahit

Ada beberapa perkara yang membuatkan mulut terasa pahit saat hamil seperti berikut:

#1. Punca mulut terasa pahit saat hamil – perubahan hormon

  • Perubahan hormon yang ketara dalam tubuh menjadi punca mulut rasa pahit semasa mengandung contohnya hormon estrogen yang boleh mempengaruhi deria rasa anda. Malah, ia berlangsung dalam waktu yang sangat lama. 

#2. Pancaindera berubah jadi sensitif 

  • Adalah normal jika ibu mengalami indera rasa yang lebih sensitif semasa hamil sekaligus menciptakan ketidakselesaan dalam mulut. 

#3. Keadaan tubuh yang tak menentu 

  • Tubuh yang tidak cukup air juga berperanan menyebabkan mulut terasa pahit. Malah wanita hamil juga boleh mengalami kekurangan nutrisi seperti sodium, zat besi dan kalsium. 
  • Namun begitu, gejala mulut pahit ini biasanya akan berkurang setelah masuk ke trimester kedua dan beransur hilang selepas masuk trimester ketiga. 

Cara mengatasi 

mulut terasa pahit saat hamil, mulut pahit ketika mengandung, mulut pahit, mulut pahit semasa hamil, mulut pahit semasa kehamilan, mulut pahit semasa berbadan dua, alami mulut pahit, cara atasi mulut pahit, cara menangani masalah mulut pahit

Apabila ibu hamil terkena rasa ini, biasanya nafsu makan akan berkurang walhal bayi memerlukan nutrisi untuk perkembangannya yang sihat.

Namun, ibu tak usah bimbang kerana ada cara yang boleh mengatasi masalah ini. 

  • Bagi mengatasi mulut pahit, ibu boleh mengamalkan makan kudapan yang sihat dan rendah gula kerana ia adalah solusi terbaik dalam mengatasi masalah ini.
  • Ibu perlu hindari makanan yang beraroma kuat kerana ia memburukkan lagi rasa pahit pada lidah. 

Mulut Rasa Pahit Sepanjang Kehamilan Hingga Hilang Selera Malam? Usah Risau, Ini Cara Atasinya!

  • Selan itu, jangan lupa ambil air putih setiap hari supaya mencegah dehidrasi. Jika rasa bosan minum air putih yang tiada rasa anda boleh campur dengan hirisan lemon ke dalamnya atau minum teh halia. 
  • Anda disarankan menjaga kesihatan mulut dengan menggosok gigi lebih kerap atau kumuh dengan antiseptic seperti Listerine. 
  • Jika ibu bimbang nak pakai produk rawatan mulut tersebut, anda boleh juga guna yang alami seperti berkumuh air garam. 

Walau bagaimanapun, jika ia berlanjutan dan membuatkan anda rasa tidak selesa segera berkonsultasi dengan doktor. 

Semoga perkongsian bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Asyik Muntah & Loya Semasa Hamil? Jom Cuba 7 Tips Kurangkan Loya Ini!

Baca juga: Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan ‘Terkenan’

Baca juga: 4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan – ibu hamil JANGAN BUAT!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!