Inilah kesan pergaulan bebas apabila seorang lelaki berusia 24 tahun telah dilaporkan mengadakan hubungan seks dengan seorang murid tahun enam beberapa kali selepas mereka berkenalan dari WeChat.
Dilaporkan pada 11 Oktober, pihak polis Alor Setar sedang memburu lelaki tersebut.
Kesan pergaulan bebas dari WeChat, Gadis 12 tahun dirogol
Menurut Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin, lelaki itu berkawan dengan murid berusia 12 tahun melalui WeChat beberapa bulan lepas dan selepas berkenalan dengan murid tersebut, dia mula memberi murid tersebut syabu dan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur itu.
Ketua ACP juga berkata bahawa gadis itu mendakwa bahawa lelaki itu adalah teman lelakinya.
“Dia memberitahu polis dia ditawarkan syabu dan dibawa ke pelbagai tempat, termasuk hotel dan rumah, untuk melakukan hubungan seks,” katanya kepada pemberita pada 10 Oktober.
“Hubungan” mereka ditemui oleh ibu kanak-kanak itu, yang membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan pada Ahad dan membuat laporan polis pada hari yang sama.
Di hospital, gadis bawah umur itu didapati positif untuk syabu. Selepas pemeriksaan, kakitangan memberitahu ibu bahawa anaknya mempunyai koyakan baru dan lama di bahagian kemaluannya.
ACP Mohd Rozi, dan pasukannya menyerbu rumah lelaki itu pada hari Ahad, tetapi gagal untuk mencari beliau, suspek tersebut mempunyai rekod jenayah untuk penyalahgunaan dadah.
Kes rogol, ibu bapa perlu pantau aktiv]iti anak
Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu bapa untuk memantau aktiviti-aktiviti anak-anak mereka.
“Bayangkan, hanya berusia 12 tahun dan sudah terdedah kepada dadah dan seks,” katanya.
Berdasarkan siasatan polis, Ketua ACP Mohd Rozi mendedahkan bahawa murid itu pernah berkawan dengan beberapa orang lelaki lain, yang telah mengambil kesempatan ke atas dirinya secara seksual sejak awal tahun ini.
Polis akhirnya dapat menangkap lelaki itu pada 11 Oktober, pada kira-kira 03:00 di perumahan kos rendah di Taman Setia Jaya, Jalan Langgar, Ketua ACP memberitahu media pada Rabu.
Walaupun lelaki tersebut disahkan negatif untuk gunaan dadah, polis telah memohon untuk beliau ditahan reman untuk membantu dalam siasatan.
Rencana dan gambar dari Says dan NST.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga