Tidak semua direzekikan dengan kehidupan yang senang dan berpeluang ke sekolah menaiki kenderaan. Kisah yang menjadi tular baru-baru ini telah menyentuh hati ramai apabila seorang murid sanggup berjalan kaki ke sekolah setiap hari kerana semangatnya tinggi dalam menimba ilmu.
Murid Berjalan Kaki Ke Sekolah
Perkongsian seorang lali yang dikenali sebagai Abbe Hae, menceritakan seorang murid bernama Izara berjalan kaki ke sekolah setiap hari dengan ditemani bapanya.
Izara berjalan kaki ke sekolah setiap hari dengan ditemani bapanya. Pergi dan balik berjalan kaki dalam lingkungan 6 km. Adakala dia ditumpangkan oleh penduduk kampung yang kebetulan terserempak dengan 2 beranak ni ke sekolah.
Terima kasih buat penduduk setempat yang perihatin dengan masalah anak beranak ini.
Sekolah Izara agak jauh jika dibandingkan dengan sekolah kakaknya. Kakaknya di sekolah menengah dalam tingkatan 2. Jarak sekolah kakaknya hanya 1.5km dari rumah. Jarak sekolah Izara pulak 3km dari rumah dan Izara dalam darjah 6..
Sebelum ini anak-anak ini dihantar dengan motosikal oleh bapanya, tapi malangnya motor itu dah rosak dan masalah kewangan menghalang untuk motor itu dibaiki.
Bapa Sanggup Temani Anak Agar Tidak Ketinggalan Pelajaran
Apa yang menarik perhatian abbe adalah tanggungjawab si ayah yang sanggup menghantar anaknya berjalan kaki kesekolah agar anaknya tidak tercicir dalam pelajaran. Satu komitmen yang harus diikuti oleh orang lain.
Izara adalah anak yang rajin belajar. Sampai saja dirumah Izara terus saja buka beg sekolah dan mengulangkaji pelajaran..
Disebabkan komitmen Izara dalam pelajaran maka abbe akan sediakan biasiwa bulanan buat Izara bermula pada Oktober 2024.
Abbe telah minta bantuan pemberi maklumat tentang keluarga ini agar hantar baiki motosikal bapa Izara secepat mungkin agar mereka tidak lagi berjalan kaki ke sekolah dan segala kos ditangung oleh pihak kami.
Semoga Izara menjadi anak yang berjaya satu ketika nanti. Terima kasih buat pemberi maklumat Jep dan imam masjid kampung Bukit Abal.
Jutaan terima kasih juga buat penduduk setempat yang sering menumpangkan keluarga ini ke sekolah.