Baru Turun Van Terus Kena Langgar, Budak Perempuan Darjah Satu Cedera Parah Di Kepala

Keselamatan anak pulang dan pergi ke sekolah harus sentiasa dititikberatkan bagi mengelak kejadian buruk seperti ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa tentu kita tidak terlepas untuk sentiasa berhati-hati dengan keselamatan anak-anak semasa di sekolah. Atas sebab itu murid sekolah perlu sentiasa dipesan agar lebih berwaspada semasa melintas jalan
dan sebagainya.

Apatah lagi, ciri-ciri keselamatan ini harus sentiasa diperketatkan agar bahaya melintas jalan dapat dihindari terutama di kalangan murid sekolah rendah.

Murid sekolah parah dilanggar van

 

Kejadian ini berlaku di Perumahan Makmur Penor Utara Jaya Kuantan di mana seorang murid sekolah rendah cedera parah selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superitendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.40 petang.

Semasa itu, mangsa Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun baru keluar dari van untuk pulang ke rumahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Van sekolah itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun dari arah Sekolah Kebangsaan Mat Kilau menghala ke perumahan mangsa.

Setelah sampai di tempat kejadian, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya untuk turunkan mangsa di sebelah kanan jalan.

Walaubagaimanapun, secara tiba-tiba pemandu itu ternampak kanak-kanak berkenaan melintas di hadapan van yang dipandunya.

Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu berkenaan tidak sempat menghentikan kenderaannya hingga berlaku perlanggaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat insiden itu, mangsa parah di kepala lalu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan selanjutnya.

Difahamkan, Nur Zahra telah menjalani pembedahan. Kes masih dibawah siasatan lanjut mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa nak buat kalau terlanggar orang?

Sebagai manusia kita sememangnya tidak dapat lari daripada masalah dan dugaan yang mungkin datang secara tiba-tiba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi anggap ujian ini sebagai pengajaran supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari.

Apapun jika berlaku perlanggaaran dengan manusia sebaiknya jangan cuba lari tapi silalah bertanggungjawab dengan memeriksa keadaan mangsa atau membawanya ke hospital mahupun klinik berdekatan.

Berikut ini penulis kongsikan perkara yang perlu anda lakukan jika berhadapan dengan situasi langgar orang seperti di bawah.

#1. Jika berlaku perlanggaran dengan orang sila turun dari kenderaan yang dipandu. Kemudian periksa keadaan di sekeliling semasa itu.

#2. Sekiranya anda terlanggar orang dan melihat tubuhnya berdarah atau cedera parah tidak kira di bahagian kaki, tangan, muka dan sebagainya cuba bawa mangsa ke tepi jalan raya supaya tidak menganggu kenderaan lain yang
menggunakan jalan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jika keadaan mangsa telalu parah misalnya pengsan atau tidak mampu berdiri mahupun berjalan, pimpin atau angkat tubuhnya kemudian letak ke tepi jalan raya.

#4. Jika boleh tahan kenderaan lain untuk membantu anda yang mungkin ketika itu panik, cuak dan sebagainya.

#5. Selepas itu, hubungi terus ambulans untuk meminta pertolongan sekiranya keadaan mangsa terlalu teruk atau mengalami kecederaan parah.

#6. Sementara menunggu ambulans tiba, anda boleh menghubungi keluarga mangsa untuk memberitahu keadaan dirinya yang telah dilanggar itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Apabila ambulans tiba beritahu segala  details kejadian jika ditanya dan minta keluarga mangsa terus ke hospital.

#8. Jika perlu anda boleh terus ke balai polis membuat laporan kejadian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

#9. Walaupun mangsa telah dihantar ke hospital jangan lupa untuk pergi melawat sambil membawa buah tangan dan ucapkan kata maaf dengan apa yang berlaku.

#10. Paling tidak bayarlah kos rawatan yang diterima di hospital tersebut jika anda berkemampuan. 

Apapun kami berharap adik Zahra cepat sembuh dan tiada sebarang kecederaan yang serius terhadap tubuh badannya. 

Walaupun kita sudah menitikberatkan segala keselamatan yang betul namun jika sesuatu itu berlaku juga tentunya ia adalah takdir yang telah ditentukan. 

Diharap kejadian ini memberi pengajaran kepada kita dan berharap keluarga mangsa memaafkan pemandu van tersebut yang mungkin tidak perasan semasa adik Zahra melintas di hadapan kenderaannya. 

Walaubagaimanapun, kes masih disiasat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Harian Metro 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia