Tak Takut Dikecam, Wanita Muslimah Ini SELAMBA Tulis Buku Panduan Seks!

Dengan niat untuk membantu muslimah lain mencapai orgasma ketika berasmara, wanita ini tulis buku panduan seks halal yang penuh dengan maklumat terperinci!

Topik ‘Taboo’ Yang Tak Dibincang Sesiapa

Pasangan yang sudah berkahwin pasti sinonim dengan hubungan intim. Seks bukan saja boleh membuatkan wanita lebih cantik, malah ia juga merapatkan lagi hubungan dengan pasangan.

Semua manusia ada keinginan seksualnya yang tersendiri. Tapi sebab hubungan kelamin ini adalah satu topik “taboo”, susah nak bincangkan ia di mana-mana negara Islam.

Oleh sebab ia tak dibincang secara ilmiah, banyak pasangan Muslim yang sudah berkahwin tak “merasa puas” ketika berhubungan intim kerana pengetahuan mereka tentang mekanisme ini tak mencukupi.

Tapi, sekarang tak lagi! Seorang muslimah baru-baru ini telah memberi kejutan yang menggemparkan!

Kredit gambar: Amazon

Buku Panduan Untuk Seks Halal Yang “The Bomb”!

Sebuah buku dengan tajuk Muslimah Sex Manual: A Halal Guide to Mind Blowing Sex telah ditulis secara terperinci oleh Umm Muladhat.

Niat utama Umm Muladhat adalah untuk membantu muslimah dan muslimin lain di luar sana mencapai kepuasan yang sebenar.

Nama Umm Muladhat adalah nama pena. Kenapa guna nama pena? Beliau tidak mahu nama sebenarnya didedahkan kerana risau akan digelar “makcik buku seks”. Haha!

Menurut beliau, buku ini akan memberikan panduan yang lengkap untuk wanita muslimah mencapai hubungan seks yang the bomb dengan pasangan.

Antara kandungan buku beliau. Kredit gambar: Daily Mail

Membantu Muslimah Lain

Menurut Huffington Post, semuanya bermula dengan niat untuk membantu kawan muslimahnya yang tidak menikmati “masa intim” bersama suami. 

Kawan muslimah beliau itu mengadu mengatakan dia “tak puas” dan tak pernah mencapai orgasma sejak 6 bulan lepas!

Muladhat berkata –

Rakan saya itu sangat teruja sebab akhirnya dia boleh melalui pengalaman intim dengan pasangan selepas berkahwin. Tapi ia tak berkesan!

Tambah Muladhat lagi –

Apa yang dia tahu hanya perkara basic. Masukkan zakar dalam faraj. Klimaks. Habis. Dia tak tahu macam mana nak buat suaminya “mendambakan” dia. Malah, dia sendiri tak tahu apa yang dia suka!

Susahlah macam itu kan… 

Dari situ Muladhat terus mengambil keputusan untuk membantu kawannya. Beliau memberi beberapa nasihat dan tips yang dipelajarinya dari majalah.

Sekarang, hubungan seks kawannya itu semakin baik. Muladhat pula diangkat sebagai life saver!

Sejak itu Muladhat bertekad untuk menurunkan ilmu yang dia ada bagi membantu pasangan Muslim lain untuk melalui hubungan intim yang the bomb!

Penuh Maklumat Terperinci

Muladhat mahu semua wanita tahu yang “seorang isteri berhak untuk dipuaskan oleh suaminya secara seksual“. Jadi, kita perlu lebih terbuka untuk belajar tentang topik taboo ini!

Buku tersebut mengandungi beberapa bab dengan pelbagai maklumat terperinci. Tak percaya? Anda boleh tengok antara bab yang ada dalam buku ini seperti gambar di bawah.

Kredit gambar: Daily Mail

Ketika berbicara pada Guardian, Muladhat menceritakan dia menerima pelbagai maklum balas positif dengan penerbitan buku ini. Tapi, ada juga yang membantah. 

Apa pendapat anda? Jika anda ingin mendapatkan buku ini, ia boleh dibeli di Amazon dengan harga RM62. Selamat membaca!

Sumber rujukan: World of Buzz, Huffington Post dan Amazon

Kredit gambar: World of Buzz

Baca juga

10 Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur, Syhhhh!

Penulis

Ayu Idris