Dengar Lagu Klasik Bagus Untuk Bayi Dalam Kandungan, Rangsang Minda Mereka Jadi Bijak!
Muzik beri kesan baik kepada perkembangan mental, fizikal, psikologi dan emosi bayi. Ibu boleh pilih untuk dengar lagu klasik ketika hamil.
Muzik untuk bayi dalam kandungan sebenarnya dapat merangsang perkembangan janin yang sedang membesar. Malah, ramai juga yang mengatakan bahawa dengar lagu klasik adalah terbaik untuk janin anda.
Tak kisahlah sama ada lagu kumpulan The Beatles atau lagu klasik seperti Bach dan Mozart, apa yang pasti, bayi dalam kandungan boleh membiasakan diri dengan muzik yang anda dengar.
Menurut pakar, bayi bertindak balas terhadap bunyi sejak trimester ketiga. Semua perbuatan seperti nyanyian, percakapan, bacaan dan suara anda bergetar didengari oleh anak kecil yang berada di dalam kandungan.
Isi Kandungan
Dengar Lagu Tenangkan Ibu & Bayi Dalam Kandungan
Kajian terbitan Public Library of Science (PLoS) mendapati bayi mula belajar sejak dalam kandungan. Seseorang bayi yang sering mendengar sesuatu lagu ketika dalam kandungan akan mudah ditenangkan oleh lagu tersebut selepas mereka lahir.
Jadi, muzik yang bagaimana bagus untuk bayi dalam kandungan anda? Sebarang irama yang mudah dan menenangkan anda sememangnya bagus untuk bayi dalam kandungan. Lagu yang anda suka nyanyi? Lagi bagus!
Ini antara 5 jenis lagu yang bagus buat bayi dalam kandungan:
#1. Lagu klasik
Pelbagai kajian mendapati muzik klasik untuk ibu hamil mampu memberi kesan dalam perkembangan minda kanak-kanak. Antara kajian terkenal yang membincangkan hal seperti ini adalah kajian Mozart Effect.
Mozart atau Bach atau Beethoven? Yang mana nak dengar? Anda boleh pilih lagu kesukaan anda untuk mendengarnya bersama-sama dengan bayi dalam kandungan.
#2. Lagu Yang Menenangkan
Lagu yang menenangkan mampu membantu merendahkan tekanan darah. Anda juga akan jadi kurang bimbang. Oleh itu, lagu menenangkan amat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan. Sesetengah lagu yang menenangkan digelar sebagai anxiolytic, yang mana ia memiliki irama dan kadar yang memberikan isyarat santai pada otak.
Pilihan lagu: Weightless oleh Marconi Union dan Albatross oleh Fleetwood Mac.
#3. Lagu Yang Menggembirakan
Lagu yang memberi aura positif bagus untuk membenarkan anda bergerak dan bersenam. Usah risau, pilih saja mana-mana lagu yang bermakna dan mampu buat anda gembira.
Ini kerana, menurut pakar anda mungkin akan mengalami perubahan dalam muzik yang diminati. Jadi, ikut saja apa kata hati dan mood anda!
Pilihan lagu: Happy oleh Pharrell Williams.
#4. Lagu ‘Lullaby’
Lullaby berkesan untuk memudahkan proses si manja anda tidur kelak. Tahukah anda yang bayi boleh mengenal mana-mana lagu yang mereka dengar sejak dalam kandungan?
Jadi, biasakan mereka dengan lagu lullaby supaya nanti mereka senang untuk bertenang dan tidur selepas mendengar lagu tersebut.
Pilihan lagu: Twinkle-Twinkle Little Star.
#5. Lagu Kesukaan Si Ibu
Ini pula adalah sepenuhnya pilihan si ibu. Jika anda mempunyai muzik atau genre pilihan untuk didengari, boleh juga dengar lagu dan kongsikan dengan bayi di dalam kandungan.
Muzik sememangnya boleh menaikkan semangat dan memberikan ‘mood’ yang baik, siapa tahu, bayi anda pun akan menikmati muzik kesukaan ibunya?
Kesan Muzik Kepada Bayi Dalam Kandungan
Pakar perubatan telah menjalankan pelbagai kajian ke atas wanita hamil untuk mengetahui kesan muzik terhadap bayi dalam kandungan.
Kajian itu mendapati, bayi dalam kandungan yang terdedah kepada muzik semasa dalam kandungan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keseluruhan perkembangan mental, kesedaran, tingkah laku, deria, psikologi dan emosi mereka berbanding mereka yang tidak terdedah kepada sebarang muzik semasa mereka berada dalam kandungan.
Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk memeriksa kesan muzik klasik India, khususnya raga Kalyani, terhadap wanita hamil. Untuk kajian itu, wanita diminta untuk mendengar muzik Karnatic Kalyani raga selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari selama 20 hari.
Selepas 20 hari itu, penyelidik melakukan ujian untuk melihat sama ada terdapat sebarang perubahan dalam tindak balas bayi dalam kandungan dan parameter perkembangan lain. Mereka menyatakan bahawa muzik itu mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kedua-dua bayi yang belum lahir dan juga pada wanita hamil.
Selain daripada meningkatkan refleks, tindak balas, pergerakan dan rangsangan mental bayi dalam kandungan, ia juga memberi kesan menenangkan dan positif kepada wanita hamil.
Apakah Kebaikan Mendengar Muzik Semasa Hamil?
Semasa anda hamil, mendengar muzik bukan sahaja akan memberi kesan yang menenangkan dan menaikkan semangat anda tetapi juga pengaruh positif kepada bayi dalam kandungan anda.
Aura positif yang anda perolehi daripada mendengar muzik akan mewujudkan rangsangan pranatal yang akan membantu anda untuk merapatkan hubungan dengan bayi dalam kandungan.
Ia akan membolehkan anda merendahkan tahap tekanan dan kebimbangan dan juga mengurangkan sebarang tekanan yang mungkin dirasai oleh bayi dalam kandungan.
Apakah Kesan Mendengar Muzik Kepada Bayi Dalam Kandungan?
Bila ibu dengar lagu atau muzik, ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Anda juga harus tahu bayi sebenarnya boleh mendengar suara anda sejak mereka dalam kandungan ya.
Sebab itu bila lahir, dia kenal suara anda.
#1. Boleh Meningkatkan Refleks Bayi Yang Belum Lahir
Apabila anda mendengar muzik semasa hamil, bayi dalam kandungan anda akan dapat mendengar getaran dan akan mula bertindak balas terhadap perkara yang sama.
Bayi anda juga mungkin cuba bergerak selari dengan rentak getaran. Ini boleh meningkatkan refleks dan tindak balas bayi anda yang belum lahir, dan juga pergerakan keseluruhannya.
#2. Boleh Meningkatkan Deria Auditori Bayi Yang Belum Lahir
Semasa anda mendengar muzik dengan menggunakan ‘earphone’, ia akan meningkatkan deria pendengaran dan kemahiran bayi yang belum lahir dengan ketara.
Bayi dalam kandungan anda mungkin tidak dapat memahami muzik pada peringkat ini, dan apa yang sampai kepada bayi anda kemungkinan besar adalah getaran daripada gelombang bunyi.
Walau bagaimanapun, bayi masih akan cuba menumpukan perhatian pada bunyi, dan berbuat demikian akan meningkatkan rangsangan mentalnya.
#3. Bertindak Sebagai ‘Lullaby’ Yang Menenangkan Selepas Bayi Lahir
Ramai penyelidik percaya bahawa bayi dalam kandungan anda akan dapat mengingati muzik dan bunyi yang anda dengar semasa anda hamil.
Jika anda mendengar lagu-lagu menenangkan semasa hamil, kemungkinan besar bayi anda akan mengingatinya walaupun selepas dilahirkan.
Ini bermakna anda boleh menggunakan muzik yang sama untuk menenangkan si kecil anda selepas ia dilahirkan. Bayi anda akan dapat mengecam bunyi dan ia akan membantu untuk berehat dan menenangkan bayi anda serta-merta.
#4. Mampu Membentuk Personaliti Bayi
Jenis muzik yang anda dengar semasa hamil boleh memberi kesan kepada keseluruhan personaliti bayi. Jika anda mendengar bunyi yang menenangkan dan muzik yang lembut, bayi anda boleh membentuk personaliti yang tenang.
Sebaliknya, jika anda mendengar muzik yang kuat dan menggelegar, ia boleh membawa kepada personaliti bayi anda yang agresif dan cemas.
Walau bagaimanapun, tiada kajian perubatan atau penyelidikan untuk menyokong perkara yang sama kerana pakar masih menjalankan kajian terhadap perkara ini.
Album Muzik Untuk Ibu Hamil Yang Boleh Didapati Secara Online
Kehadiran program yang membenarkan muzik dimainkan secara strim di mana-mana saja memudahkan kerja. Saya pilih Spotify untuk mendengar lagu ketika hamil. Jika anda ada akaun Spotify, mari dengar album ini.
Anda pula bagaimana? Lagu apa yang anda suka dengar semasa hamil? Adakah citarasa musik untuk bayi dalam kandungan anda sama dengan ibu lain?
- momjunction.com (April 25, 2022) 4 Wonderful Effects Of Listening To Music During Pregnancy. www.momjunction.com/articles/music-during-pregnancy_00391526/
- healthline.com (November 11, 2018) Womb Tunes: Music Your Baby Will Love. www.healthline.com/health/pregnancy/music-for-baby-in-womb
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi & Muzik, Ini Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Kenalkan Anak Anda dengan Muzik
Baca juga: Terapi Muzik Membolehkan Bayi Pramatang Keluar NICU Awal 2 Minggu! – Kajian
Baca juga: Semua ibu hamil yang stres sepanjang kehamilan patut dengar lagu unik ini!