Apabila Ibu mengandung demam adalah perkara biasa tetapi jangan ambil mudah, lebih-lebih lagi jika suhu badan itu terlampau tinggi. Tapi, apa yang menjadi kerisauan adalah ibu mengandung boleh makan panadol?
Sebenarnya paracetamol atau lebih dikenali dengan panadol adalah selamat untuk diambil ibu mengandung atau ibu menyusu badan. Walau bagaimanapun perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubatan jika berlakunya situasi demam ketika hamil.
Ibu Mengandung Boleh Makan Panadol
Panadol adalah sejenis painkiller atau ubat tahan sakit yang dikenali sebagai paracetamol. Ada pelbagai jenama paracetamol ini, walau bagaimanapun, jenama Panadol ini adalah antara yang paling selamat untuk diambil ketika mengandung.
Tapi adakah ibu mengandung perlu untuk mengambil panadol ketika demam? Bagaimana demam ini berbahaya untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan?
Selalunya suhu di bawah 38 darjah Celcius dikira sebagai demam ringan dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan kerana biasanya ia tidak memberikan kesan pada kehamilan. Namun, demam dengan suhu yang melebihi 38 darjah celcius boleh menjadi masalah yang serius pada ibu yang sedang mengandung.
Ketika demam, si ibu mungkin akan rasa tidak selesa. Mereka juga akan mengalami simptom ini;
- Suhu badan tinggi
- Berpeluh
- Menggigil
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Keletihan
- Dehidrasi
Jika ini berlaku, ibu hamil dan bayi dalam kandungan akan berisiko untuk mengalami komplikasi serius. Demam dengan suhu tinggi boleh meningkatkan risiko kelahiran cacat, kelainan jantung atau keguguran pada awal kehamilan.
Semakin tinggi suhu demam, semakin lama demam, semakin tinggi risiko yang bakal dihadapi.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal Molecular Psychiatry, menyatakan bahawa jangkitan pada kehamilan dan tindak balas sistem kekebalan tubuh yang terjadi ketika itu berkemungkinan untuk meningkatkan risiko autisme.
Bagaimana Demam Pada Ibu Mengandung Beri Impak Pada Bayi?
Jika suhu demam ibu hamil mencecah 37 degree celsius, ia menunjukkan yang tubuh sedang berlawan dengan jangkitan tersebut. Disebabkan itu ia penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Satu kajian yang dilakukan ke atas embryo seekor haiwan menunjukkan yang terdapat kaitan di antara demam pada awal kehamilan dan peningkatan risiko kecacatan jantung dan rahang pada kelahiran. Kajian lanjut diperlukan untuk mengenalpasti sama ada demam itu sendiri – bukannya jangkitan itu yang menyebabkannya – meningkatkan risiko kelahiran pramatang pada manusia.
Jika ibu berada pada trimester pertama dan mengalami demam tinggi lebih daripada 39 darjah celsius, pastikan ibu mendapat rawatan secepatnya. Ia dapat membantu mencegah komplikasi jangka masa pendek dan panjang pada pertumbuhan bayi anda.
Punca Ibu Hamil Demam
Demam biasanya adalah disebabkan oleh jangkitan saluran kencing dan virus saluran pernafasan, tetapi jangkitan lain juga boleh menjadi puncanya.
Punca biasa akan demam sewaktu hamil termasuklah:
- Influenza
- Pneumonia
- Tonsilitis
- Viral gastroenteritis (virus perut)
- Pyeloneaphritis (jangkutan buah pinggang)
Keracunan Makanan Punca Ibu Hamil Demam?
Keracunan makanan juga boleh jadi dalang punca ibu hamil mengalami demam. Keracunan makanan biasanya disebabkan oleh virus, atau yang jarang berlaku, bakteria (atau toksinnya).
Jika ini sebabnya, ibu hamil juga biasanya akan mengalami sakit perut, mual, dan muntah. Cirit birit dan muntah adalah masalah utama yang berat sewaktu hamil kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi, kontraksi, dan kelahiran pramatang.
Elektrolit penting hilang menerusi muntah dan cirit birit mesti digantikan semula. Dalam sesetengah kes, dehidrasi boleh jadi teruk sehinggakan tekanan darah menjadi tidak stabil dan perlu dimasukkan ke dalam wad.
Jika ibu mengesyaki yang anda mungkin keracunan makanan, segera hubungi doktor anda.
Hotflash Atau Demam?
Untuk orang dewasa, suhu badan biasanya diambil secara oral yang mana lebih tinggi daripada 38 darjah celsius adalah dianggap demam. Sama juga dengan suhu menerusi telinga dan rektum yang mana 38 darjah celsius atau lebih.
Cara terbaik untuk cuba mengelak dari demam adalah dengan mencuci tangan kerap, untuk melindungi diri anda daripada mendapat demam atau selesema yang boleh membawa kepada demam.
Jauhkan diri dari orang yang sakit, selagi boleh, dan dapatkan vaksin, melainkan anda mempunyai alahan kepada protein telur atau anda pernah mengalami reaksi alahan terhadap vaksin demam pada masa dulu.
Rawatan Dan Ubat Sesuai Untuk Ibu Hamil
Jangan panik, ibu boleh merawat demam ini dengan banyakkan minum air masak dan dapatkan rehat secukupnya.
Elakkan memakai selimut sepanjang masa kerana ia akan membuatkan ibu berpeluh lebih banyak serta akan menjadi terlalu panas, ia tidak baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan.
Untuk ubat pula, ibu mengandung boleh makan panadol ubat paracetamol tetapi perlu pastikan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Elakkan pengambilan ubat non steroid antiinflamasi (NSAID) seperti ibuprofen atau aspirin, untuk meredakan demam. Ini kerana ubat ini dapat menembusi placenta sehingga boleh membahayakan bayi, serta dapat mempengaruhi sistem kardiovaskular (jantung) bayi di kemudian hari nanti.
Tips merawat ibu mengandung yang demam tanpa perlu ubat
Bagi ibu yang tidak mahu mengambil sebarang ubat kerana tidak mahu risiko membahayakan bayi, boleh cuba cara ini untuk legakan demam:
- Baring dan letakkan kain basah pada dahi.
- Mandi dengan air suam. Elakkan mandi dengan air sejuk sebab nanti ibu akan menggigil dan suhu demam akan meningkat.
- Minum banyak air untuk hidrasi badan serta menyejukkan badan
- Pengaliran udara di rumah mesti dalam keadaan baik untuk elakkan ibu kepanasan.
- Elakkan pakai pakaian yang terlalu tebal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Air Lemon Madu + Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat
Baca juga: Resipi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja
Baca juga: Elak Selimutkan Anak & Mandi Dengan Air Sejuk, Begini Cara Rawat Anak Bila Demam
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!