Peliknya Cara Si Manja Bernafas, Seakan-Akan Seperti Sesak - Kecemasan! Jika Tidak Dirawat Segera, Boleh Meragut Nyawa

undefined

Keadaan di mana pernafasan bayi berdesing, bersiul halus dan perlu ditarik lebih ke dalam. Ini merupakan satu keadaan yang tidak normal dan si kecil itu harus dirawat segera.

Pernah tak anda perasan nafas bayi seperti sesak? Masalah pernafasan sering menyerang kanak-kanak, tapi ia boleh jadi serius jika adanya kaitan dengan bronchiolitis yang boleh membuatkan nafas bayi seperti sesak dan perlu dirawat dengan segera.

Inilah sebabnya mengapa seorang ibu ini berkongsi pengalamannya kepada semua ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati jika terdapat tanda bayi sukar bernafas yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain.

Nafas bayi seperti sesak itu petanda tak baik!

nafas bayi seperti sesak, nafas anak seperti sesak, nafas sesak, pernafasan bayi, masalah pernafasan bayi, pernafasan bayi bermasalah, kesukaran bernafas, bayi sukar bernafas, anak sukar bernafas, bayi susah bernafas, susah bernafas, bernafas, pernafasan, saluran pernafasan bayi bermasalah, saluran pernafasan anak ada masalah

Kredit: Mom Junction

Seorang wanita bernama Charlie O’ Brien yang juga merupakan blogger telah berkongsi satu video bagi mengingatkan ibu bapa bagaimana untuk mengesan gejala penyakit yang sering menyerang bayi ini.

Walaupun ia telah dimuat naik tahun lepas, namun video ini masih popular kerana ia amat  bermanfaat kepada semua ibu bapa.

Pada masa itu, bayi Charlie yang diberi nama Luna baru sahaja lahir empat minggu. Namun, ketika itu juga Charlie melihat nafas bayi seperti sesak dan bernafas dengan lebih laju daripada biasa.

Apa yang diperhatikan adalah rusuk Luna tertarik lebih jauh dan ke dalam. Ia sangat berbeza dengan pernafasan biasa.

Akibat terlalu bimbang dengan keadaan tersebut, Charlie terus membawa bayinya untuk dirawat oleh doktor.

Doktor memberitahu, anak kecilnya itu menunjukkan tanda-tanda masalah pernafasan yang sangat serius.

Menurut Dr Kristin Dean, cara pernafasan Luna itu disebut sebagai retractions. Ia berlaku apabila bayi perlu menggunakan otot tulang atau leher mereka untuk bernafas. 

Bagaimana nafas bayi seperti sesak ini bermula?

Peliknya Cara Si Manja Bernafas, Seakan-Akan Seperti Sesak - Kecemasan! Jika Tidak Dirawat Segera, Boleh Meragut Nyawa

Kredit: Facebook Charlie O’Brien

Dua hari selepas itu, sebelum video ini dirakam, Charlie menyedari Luna mula mengalami sesak nafas ketika melakukan sesi bergambar. Akibat bimbang keadaan bayinya, ibu tersebut terus membawa si kecil itu ke hospital. 

“Jika diingat semula keadaan itu, saya perhatikan ketika dia sedang tidur dan menyedari nafas bayi seperti sesak. “Sebab itulah ibu bapa perlu melihat simptom pernafasan bayi yang tak sihat dan perlu membawa mereka ke hospital. “Dia mempunyai bronchiolitis dan tahap oksigennya sangat rendah. Namun ketika waktu malam selepas mendapatkan bantuan oksigen. Dia pulih dengan sempurna,” katanya. 

Bronchiolitis adalah jangkitan pada saluran pernafasan bawah yang lazim berlaku pada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Biasanya ia disebabkan oleh virus RSV.

Virus tersebut akan menyebabkan keradangan dan pembengkakan pada saluran kecil pernafasan (bronchioles) dan mengakibatkan kahak bertambah dan pekat. 

Keadaan tersebut menyebabkan laluan udara menjadi terhalang (sempit) yang menghasilkan bunyi wheezing iaitu bunyi seakan-akan bersiul apabila bayi bernafas

Bronchiolitis boleh menjadi teruk dan berpotensi mengancam nyawa. RSV adalah kuman yang disebarkan melalui persekitaran daripada batuk atau bersin.

Namun, Charlie bersyukur Luna menjadi lebih sihat sepenuhnya dan kini keadaannya bertambah baik.

Ibu bapa perlu bertenang jika mengalami situasi ini

Peliknya Cara Si Manja Bernafas, Seakan-Akan Seperti Sesak - Kecemasan! Jika Tidak Dirawat Segera, Boleh Meragut Nyawa

Sekiranya ibu menyedari pernafasan yang sama berlaku pada bayi anda, Dr Dean mengesyorkan supaya anda berunding terus dengan professional perubatan secara serta merta.

Paling tidak pun, telefon talian kecemasan atau segera bawa si kecil ke hospital.

Ibu bapa mempunyai naluri yang lebih mendalam terhadap anak-anak. Jika anda merasakan sesuatu tidak kena dengan bayi, percayalah dengan naluri anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh-Kroh, Normal Ke?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!