5 Nafkah Suami Wajib Bagi Walaupun Anda Isteri Yang Mempunyai Kerjaya Sendiri
Dalam perkahwinan, nafkah suami wajib dibayar kepada isteri. Malah, isteri boleh menuntutnya di mahkamah sekiranya nafkah tersebut diabaikan!
Selalu kita dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa tanggungjawab ini dan ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak.
Tapi kami bukanlah menuduh semua kerana ada suami yang menjalankan tanggunggungjawab pemberian nafkah zahir dan batin pada isterinya dengan sehabis baik.
Puan Siti Shamsiah, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak IKIM menjawab persoalan tentang seorang isteri yang ingin meminta cerai kerana campur tangan mertua yang menyebabkan nafkah suami pada isterinya tidak dibayar.
Puan Siti menyambung bahawa suami WAJIB menyediakan 7 perkara utama ini kepada isteri.
5 nafkah suami wajib bagi pada isteri
#1. Jenis nafkah suami: Rumah
Tak kira sama ada rumah sewa atau rumah sendiri, suami wajib memberi nafkah rumah, asalkan mengikut kemampuan suami.
Seperti yang dikongsikan oleh Prof. Harlina Siraj, suami yang membeli rumah teres sahaja buat isteri dan keluarganya adalah jauh lebih baik berbanding rumah banglo yang dibeli isteri.
Baca juga: Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?
#2. Nafkah suami: Makanan dan minuman
Walaupun suami anda hanya mampu membeli sayur kangkung dan ikan kembung, makan sajalah kerana ia berkat.
Hal ini kerana, apabila suami menyediakan keperluan makanan buat isteri dan anak-anak, dia akan berasa lebih bersyukur kerana berjaya membuatkan isteri gembira.
Sebab itu, isteri kalau boleh biarkan suami yang buat senarai barang yang ingin dibeli. Anda akan dapat lihat betapa besarnya hati suami apabila berjaya menyediakan segala keperluan barang dapur di rumah.
#3. Nafkah suami: Pakaian dan perubatan
Ini merupakan peluang untuk suami bersama-sama memelihara aurat isteri antaranya menyediakan baju, seluar, kain, tudung, pakaian dalam dan lain-lain.
Begitu juga perubatan, suami harus membawa isteri mendapatkan rawatan ketika dia sedang sakit. Kalau boleh, buat insuran takaful untuk isteri dan anak-anak.
#4. Jenis nafkah suami wajib bagi: Perhiasan
Wanita memang suka melawa dengan barang perhiasan. Suami perlu menyediakannya pada isteri dengan membeli barangan kemas seperti cincin, rantai tangan, rantai leher dan sebagainya.
Tapi kalau suami tidak mampu, terima saja apa-apa pembelian dia. Usah letakkan tekanan terlalu tinggi kepada suami hanya kerana anda lihat wanita lain ada barang mewah. Ingat ukur baju di badan sendiri ya!
#5. Pembantu rumah
Ya, pembantu rumah juga penting untuk membantu isteri ketika di rumah terutama kepada suami yang berkemampuan.
Paling tidak upah maid part time untuk membantu isteri mengemas rumah, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya.
Jika isteri dalam pantang, ambil pembantu untuk menguruskan isteri sepanjang tempoh tersebut.
Bila boleh guna duit isteri bekerja?
Seperti yang kita sedia maklum, ramai para isteri yang bekerja pada masa kini.
Jadi persoalannya, apabila isteri bekerja tentunya dia ada duit. Maka, sewaktu bilakah suami boleh menggunakan duit isteri yang bekerja itu?
- Sewaktu kecemasan seperti membaiki atap rumah, kemalangan, membaiki tangki air dan sebagainya.
- Kegunaan untuk percutian keluarga. Isteri biasanya memang suka mengeluarkan duit untuk tujuan berlibur sama ada pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga.
- Duit isteri boleh digunakan untuk membeli hadiah pada suami sama ada ketika ulangtahun kelahirannya atau ulangtahun perkahwinan kalian.
- Ha… kalau nampak poket suami kering di hujung bulan, isteri bantu-bantulah ya seperti tampung makan dan minum keluarga sebab duit suami sudah habis dibelanjakan ketika di awal bulan. Jadi, rajin-rajinkan diri lihat bahasa tubuh suami. Jika dia seakan sukar nak keluarkan duit di hujung bulan, itu tandanya dia kekeringan.
Namun, walaupun keadaan ekonomi sekarang semakin teruk, jangan sesekali campur gaji isteri dan suami untuk perbelanjaan keluarga kerana Islam tidak anjurkan berbuat demikian.
Biarkan suami menguruskan kewajipannya yang wajib ditunaikan. Kemudian barulah isteri boleh membantu.
Semoga rumah tangga kita semua dilimpahi berkat dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Hasiba Kamaruddin