Bayi maut tiba-tiba lepas naik flight - anda tahu risiko jika bayi naik flight?

Seorang bayi meninggal semasa penerbangan ke Hyderabad. Penting untuk ibu bapa tahu peraturan kesihatan sebelum naik kapal terbang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menaiki kapal terbang dengan bayi bukan perkara mudah. Tapi jika si kecil anda sakit sebelum naik kapal terbang atau lebih teruk, sakit semasa penerbangan, ia adalah satu cabaran baru untuk anda.

Apa yang anda perlu lakukan jika bayi sakit semasa penerbangan? Bagi ibu dan bapa ini, mereka hanya boleh melihat tanpa berbuat apa-apa apabila anak mereka meninggal semasa mereka di udara.

Naik kapal terbang: Bayi meninggal semasa penerbangan ke Hyderabad

Pada Rabu, 26 September lalu, Penerbangan Qatar mengumumkan seorang bayi berusia 11 bulan meninggal selepas naik kapal terbang dari Doha ke Hyderabad, India.

“Kami mendapat tahu berita yang sangat menyedihkan pagi ini. Seorang bayi meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad pagi ini. Takziah kepada keluarga yang terlibat,” kata syarikat penerbangan ini.

Menurut wakil Qatar Airways, bayi berusia 11 bulan ini ditemani oleh ibu bapanya di dalam kapal terbang pada awal pagi Rabu.

Ketika kapal terbang ini tiba di Hyderabad, keluarga ini perasan yang bayi tersebut mempunyai masalah pernafasan semasa mereka berjalan ke kawasan imigresen.

Bayi ini dikejarkan ke Hospital Apollo di Hyderabad.

Sangeetha C R, jurucakap bagi lapangan terbang Hyderabad berkata, “Kami sedang menunggu keputusan rasmi siasatan dari Qatar Airways dan Hospital Apollo berkenaan kematian bayi ini.”

Kami sendiri tak pasti apa yang berlaku kerana belum ada perkembangan lanjut. Tapi tragedi ini mengingatkan kita untuk sentiasa beringat tentang kesihatan dan keselamatan semasa naik kapal terbang dengan bayi.

Perkara penting yang perlu anda lakukan semasa naik kapal terbang dengan bayi

1. Membersihkan tangan

Basuh tangan dengan kerap semasa di atas kapal terbang atau di lapangan terbang. Bawa hand sanitiser atau tisu basah jika anda tak ada akses kepada air dan sabun.

2. Dapatkan nasihat pakar

Jika bayi anda mempunyai penyakit jantung atau paru-paru, atau mempunyai masalah pernafasan, minta nasihat doktor sebelum naik kapal terbang.

3. Perhatikan jangkitan telinga

Bincang dengan doktor jika anda perlu naik kapal terbang dua minggu selepas jangkitan telinga atau pembedahan telinga pada anak.

4. Posisi bayi

Pegang bayi anda beberapa minit selepas anda menyuapkannya semasa penerbangan. Pastikan bayi anda sendawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika bayi anda tidur, letakkan dia dalam kedudukan terlentang dan bukan di atas perut atau mengiring.

Tidur mengiring atau di atas perut akan meletakkan tekanan pada jantung dan paru-paru. Tekanan yang berlebihan ini boleh menekan abdomen ke paru-paru dan menyebabkan masalah pernafasan.

Semoga kisah ini dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua agar lebih berhati-hati berhubung isu keselamatan dan kesihatan bayi ketika naik kapal terbang.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Tip Untuk Ibu Bapa Yang Beri Anak Naik Kapal Terbang Seorang Diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar