Rahsia di sebalik nama anak Dato' Sri Siti Nurhaliza dan foto majlis tahnik anaknya

Segala teka-teki telah terjawab. Wajah dan nama anak Siti Nurhaliza kini telah dikongsikan secara rasmi oleh Tokti di laman IG dan FB rasminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semenjak Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersalin, satu Malaysia berkongsi rasa gembira. Sepanjang tempoh itu juga, ramai yang tertanya-tanya tentang wajah dan nama anak Siti Nurhaliza.

Kini, segala rahsia dan teka-teki telah terjawab. Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah pun berkongsi gambar puteri sulungnya secara rasmi di laman IG dan Facebook miliknya.

Nama anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Binti Khalid

Selepas bersalin pada 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab, Siti Nurhaliza tidak terus mengumumkan nama anaknya. Beliau menunggu sehingga 7 hari untuk memilih nama puteri kesayangannya.

Jadi, pada malam hari Ahad, Tokti serta keluarganya mengadakan majlis Aqiqah, Tahnik dan Maulid Nabi dan mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsi dengan peminatnya nama sebenar si kecil.

Siti Aafiyah Binti Khalid, itulah nama yang diberi. Cukup ringkas dan indah. Yang menariknya lagi, Siti Nurhaliza turut berkongsi rahsia di sebalik pemilihan nama tersebut.

Rahsia di sebalik nama anak Siti Nurhaliza

Dalam satu video yang dikongsikan di IG, Tokti menjelaskan yang nama anaknya, Siti Aafiyah, diambil daripada satu doa yang diajar oleh Rasulullah.

Dalam satu doa yang cukup padat dan mempunyai makna yang mendalam, Tokti telah mendapat inspirasi untuk menamakan anaknya, Aafiyah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jom kita tonton video tersebut dan selami rahsia di sebalik nama anak Siti Nurhaliza.

https://www.instagram.com/p/BgwOHE9BB1t/?taken-by=ctdk

Doa yang menjadi ilham Tokti dan suami adalah seperti berikut, dan rasanya kita sebagai ibu ayah juga turut boleh mengamalkan doa ini:

“Allahumma inni as aluka al-‘aafiyah”

Doa ini membawa maksud:

“Ya Allah, aku memohon (darimu) al-‘aafiyah”

Ibu ayah tahu apakah maksud Aafiyah?

Al-Aafiyah kedengaran seperti sangat ringkas tetapi ia membawa banyak maksud. Ia memberi makna:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • perlindungan daripada kesusahan
  • untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat
  • sentiasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan
  • untuk anak-anak sentiasa dilindungi
  • untuk sentiasa diampuni dan tidak dihukum
  • sentiasa terlindung daripada kesakitan dan penderitaan di dunia dan akhirat

Sungguh indah sekali makna di sebalik nama anak Siti Nurhaliza ini kan, ibu ayah? Mungkin untuk para ibu bapa yang sedang mencari-cari nama anak, Aafiyah mungkin nama yang indah dan sesuai untuk cahaya mata anda yang bakal lahir nanti.

Sekitar majlis aqiqah, tahnik dan maulid nabi

Selain daripada mengumumkan wajah dan nama puteri sulungnya, Siti Nurhaliza juga turut mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik.

Kredit: IG @ctdk

Antara yang hadir adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: IG @ctdk

Jom kita lihat gambar-gambar yang diambil daripada majlis berkenaan. Cukup indah dan intimate sekali!

Kredit: IG @ctdk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpancar wajah bahagia di wajah penyanyi kesayangan ramai ini. 

Kredit: IG @ctdk

Majlis tahnik sedang dijalankan untuk puteri sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: IG @ctdk

Comel sungguh si kecil pipi merah ini! Ibu sudah tonton video klip lagu terbaru Tokti?

Kredit: IG @ctdk

Kami mendoakan semoga Dato’ Sri Siti Nurhaliza berbahagia bersama keluarganya dan si kecil Aafiyah membesar menjadi insan yang solehah dan penyejuk hati kedua ibu ayahnya.

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Noor