Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

Nama bayi lelaki Islam moden yang ringkas tetapi mempunyai makna indah semakin menjadi pilihan ibu ayah zaman kini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata pasti ada nama tertentu yang mahu diberi kepada anak yang bakal lahir. Jika anda sedang mencari nama bayi lelaki Islam moden mungkin artikel ini boleh membantu. 

Daripada nama bayi lelaki huruf A hingga seterusnya kami sertakan untuk rujukan anda bersekali dengan maknanya. Ada banyak gabungan nama bayi lelaki 2023 ini.

Nama bayi lelaki moden serta nama bayi lelaki dalam Islam juga dikongsikan untuk anda yang masih tercari-cari nama untuk diberi kepada anak dalam kandungan. 

Nama Bayi Lelaki Islam Moden dan Ringkas

Setiap ibu ayah mempunyai citarasa masing-masing. Ada yang suka memberi nama panjang kepada bayi mereka dan ada juga yang hanya memilih nama yang ringkas.

Ia terpulang kepada anda asalkan maknanya baik serta tidaklah terlalu panjang sehingga menyusahkan anda dan anak di kemudian hari nanti.

Dikongsikan senarai nama bayi lelaki islam moden dan ringkas yang mungkin boleh menjadi rujukan ibu ayah di luar sana. 

Huruf A

Aakif – Beriktikaf
Aalam – Dunia
Aali – Yang mulia, tinggi kedudukannya
Aamir – Memakmurkan
Aariz – Yang dihormati
Aathif – Belas kasih
Aatik – Pemurah, Yang murni
Aazad – Bebas
Abadi – Yang Kekal
Abhar – Yang bergemerlapan, yang berseri
Abid – Yang beribadat, beribadah
Abir – Haruman
Abrar – Golongan yang berbuat kebajikan
Absyar – Bergembira
Adam – Nama nabi, ikutan, teladan
Adeeb – Berpengetahuan, beradab
Adel – Adil
Adham – Yang cantik, tali rantai
Adi – Nama sahabat
Adib – Berpengetahuan, beradab
Adwa – Cahaya
Adwan – Ketenangan
Afdhal – Lebih utama, terbaik
Afeef – Punya harga diri
Affan – Pendaki, bijak, cerdas
Afham – Yang pandai
Afi – Pemaaf
Afif – Punya harga diri
Afiq – Yang mulia
Afkar – Yang bijak
Afsar – Lebih Jelas
Afwu – Pemaaf
Ahda – Beroleh petunjuk
Ahlami – Impianku, kelembutanku
Ahlan – Keselamatan
Ahmad – Terpuji
Ahmas – Yang bersemangat
Ahna – Yang lemah lembut
Ahnaf – Yang berpegang teguh pada agama
Ahsan – Yang terbaik
Ahwas – Pemberani
Ahwaz – Yang bersungguh-sungguh
Ahza – Yang beruntung
Aidan – Pemuda yang bersemangat
Aidin – Cerdas
Aiman – Berkat, Yang bertuah, kanan
Aisar – Yang senang, mudah
Aish – Kehidupan
Aisy – Mewah, kaya raya, kemakmuran Hidup
Akalil – Mahkota
Akhtar – Yang terpilih
Akid – Yang kuat, teguh, tetap
Akif – Yang menumpukan dirinya pada sesuatu
Akil – Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar
Akmal – Sempurna, sangat pandai
Akmani – Pengadil
Akram – Yang mulia, Lebih mulia
Akwa – Yang perkasa, kuat
Al Fatih Awal, pembuka, pertama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Huruf D

Dailami – Askarku
Daiyan – Hakim, pelindung, penjaga
Dani – Dekat
Danial – Nabi Allah SWT
Danish – Pengetahuan, bijak
Daniyal – Nabi Allah SWT
Daris – Pembaca, pelajar
Dayyan – Penguasa yang perkasa
Dhaffa – Pembela, banyak memiliki pertahanan diri
Dhani – Dekat
Dhariun – Orang2 yg merendahkan diri, tunduk
Difa – Pertahanan

Huruf E

Ehsan – Kehebatan
Eidlan – Keadilan
Eijaz – Keajaiban
Eiman – Iman, keimanan
Eisa – Nama Nabi
Eiyad – Sokongan, kekuatan, gunung yang sukar didaki
Elman – Ilmu
Emir – Arahan
Emran – Kemajuan, prestasi
Eshal – Bunga syurga
Eshan – Dalam berkah Allah

Huruf F

Faaeq – Tertinggi, utama, terkenal, terkemuka
Fadhl – Kebaikan, kelebihan, sisa
Fadi – Penebus
Fadl – Dermawan, murah hati
Fadlan – Keutamaan
Fadli – Kelebihanku, ihsanku
Faeyza – Sukses, hidupnya meningkat
Fahad – Harimau bintang
Fahd – Harimau
Fahim – Yang faham, memahami, pintar, rajin belajar
Fahri – Kemegahanku, kebanggaan
Fakeeh – Menyenangkan, sedap
Fareed – Istimewa,tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal
Fareeq – Leftanan Jeneral
Farhat – Kegembiraan
Fath – Pembuka, kemenanganku
Fathi – Pembuka, kemenanganku
Fawwaz – Berjaya
Faysal – Penyelesaian, pemisah antara hak dan batil
Fayyadh – Murah hati
Ferran – Tukang roti
Firas – Kecerdikan, tajam pikiran
Firman – Keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan
Firuz – Yang indah
Fitri – Semulajadi
Fudail – Kelebihanku, kemuliaan
Furqan – Bukti, kenyataan, pembeda benar dan salah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Huruf F

Haaim – Yang mengelilingi
Habri – Kegembiraanku
Hadi – Yang memimpin, penunjuk jalan
Hadif – Yang mempunyai matlamat
Haffaz – Penjaga, pelindung
Hafiy – Yang memuliakan
Haider – Nama nabi, orang shaleh kawan Nabi Musa AS
Haikal – Pokok yang besar dan subur
Hail – Yang disegani
Hakeem – Bijaksana
Hakim – Arif, Yang bijaksana
Hanania – Dikasihi Allah
Haqqani – Keadilanku
Hawari – Pengikut setia
Hawwari – Penolong, bersih
Hayqal – Pokok yang besar dan subur
Hayy – Yang hidup
Heidi – Adil, jujur
Helmy – Sabar dan berakal
Hilel – The new moon
Huzair – Tawa

Kebaikan Beri 1 Patah Nama Saja

Anda boleh menamakan anak dengan apa saja nama selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan syarak. Namun jika nama terlalu panjang dibimbangi akan mendatangkan kesusahan dan kemudaratan di kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ada baiknya anda berikan anak nama yang ringkas tetapi penuh bermakna. Antara kebaikan memberikan nama anak satu patah perkataan saja termasuk:

#1. Mudah disebut

Jika perkataannya mudah disebut lebih baik. Jadi orang di sekeliling anak akan hanya memanggilnya dengan nama itu. Tidak perlu dipendekkan lagi. Tiada juga nama samaran atau apa-apa nama lain yang merujuk kepada anak kerana namanya sudah sedia ringkas dan mudah disebut.

#2. Mudah diingati

Nama anak anda akan mudah diingati. Biasanya nama pendek dan tunggal ini lebih mudah diingat oleh sesiapa saja tidak kira jika di sekolah atau di mana-mana. Ini kerana ramai yang lebih mudah ingat nama yang ringkas dan tidak panjang.

#3. Tidak sukar mengisi borang

Bayangkan jika nama anak anda panjang ditambah pula dengan nama bapanya, lenguh juga tangan nak isi borang nanti. Jadi ia lebih memudahkan urusan harian.

#4. Tidak mendatangkan kesusahan kepada anak

Semasa anak masih kecil, mungkin anda tidak rasa dia akan susah. Namun apabila dia mula pandai mengeja dan bersekolah akan mendatangkan kesusahan kepada anak terpaksa untuk mengeja nama sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama bayi lelaki Islam dalam al Quran

Huruf I

Ibad – Rajin beribadah, hamba-hamba Allah
Ibkar – Pagi hari
Ibnu – Anak lelaki
Ibrahim – Nama nabi, ayah yg baik
Idlan – Keadilan
Idraki – Pengetahuanku, kefahamanku
Idris – Nama nabi
Idrus – Singa
Iffat – Kesucian, kemurnian, kesopanan, kesederhanaan, kehormatan
Iftikhar – Kehormatan, pembawa kehormatan, kebanggaan
Iftiqar – Keperluan
Ifwat – Yang terbaik
Ihsan – Kebaikan
Ihtisyam – Kehebatan
Ijlal – Penghormatan, petunjuk, mulia, terhormat
Ikhlas – Memuliakan
Ikhtiari – Pilihanku
Ikhtiaruddin – Pilihan agama
Ikhwan – Persaudaraan
Ikram – Memuliakan
Iktidal – Keadilan
Iktimad – Berserah
Iktisham – Tenaga
Iktizaz – Keagungan
Ilham – Wahyu, ilham, isyarat yang baik
Iliya – Nama nabi
Ilman – Berilmu
Ilyas – Nama nabi
Ilyasa – Nama nabi
Imad – Sokongan
Imadi – Sokonganku
Imaduddin – Tiang agama
Imam – Pemimpin
Iman – Iman, keimanan
Imdad – Tolong, bantu, sokong
Imran – Budi bahasa, nama ayahanda Maryam AS
Imtiyaz – Pilihan
Inas – Kebaikan, keramah-tamahan, Kelembutan
Inayat – Pertolongan
Insaf – Kesedaran
Insyad – Nyanyian
Intisar – Keberhasilan, kemenangan
Iqbal – Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan
Iqtidar – Kekuatan, tenaga
Irfan – Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan
Irsa – Pelangi
Irsyad – Nasihat, panduan, petunjuk
Irsyaduddin – Panduan agama
Isa – Nama nabi
Isam – Orang sukses dengan usahanya sendiri
Isbah – Cahaya
Ishak – Nama nabi
Isham – Maksum
Ishaq – Nama nabi
Ishmat – Kekuatan menjauhi maksiat
Iskandar – Nama seorang raja
Islah – Pembetulan
Islam – Kesejahteraan
Isma – Pemelihara
Ismail – Nama nabi
Ismat – Ketulenan, kesucian, Kekuatan menjauhi maksiat
Israr – Persendirian
Issam – Orang sukses dengan usahanya sendiri
Istafa – Pilih, suka
Isyhad – Penyaksian
Isyq – Sayang
Isyraf – Pengganti, pengawasan
Isyraq – Memberi sinar
Ithar – Mengasihi orang lain
Itisham – Menjauhkan diri dari perbuatan maksiat
Iwadh – Pengganti
Iyyad – Kepulangan
Izaan – Kepatuhan
Izdihar – Berkilau, Perkembangan, kemajuan
Izdiyad – Pertambahan
Izyan – Perhiasan
Izz – Kekuatan
Izzan – Kepatuhan
Izzat – Kemuliaan
Izzudin – Kemuliaan agama
Izzul – Kemuliaan

Huruf N

Naail – Yang suka memberi, penyelesai masalah
Naashif – Adil, insyaf, pelayan
Nabeel – Mulia , cemerlang
Nabhan – Perwira, berwaspada, mulia, terkenal
Nadhif – Bersih
Nadi – Tempat pertemuan
Nafil – Tambahan
Nafis – Bernilai, berharga
Nafiy – Yang berguna
Nafiz – Yang melaksanakan
Nail – Pencapai
Najm – Bintang
Naqil – Perawi
Naufal – Pemurah, dermawan
Nawfal – Pemurah, dermawan
Nawi – Ketua
Nawwar – Pemberi cahaya
Nazeeh – Bersih dari noda
Nazeem – Pengatur
Nihal – Minum dari sumber air
Nikmat – Rahmat
Niyaz – Doa, harapan
Nizam – Peraturan
Nizar – Yang memerintah, sedikit berbicara, sedikit memberi
Nufail – Pemberian, hadiah
Nuh – Nama nabi
Nuwair – Cahaya
Nuzula – Hidangan

  1. isterisihat (n.d) Nama Anak Lelaki – 1800 Himpunan Nama Indah dan Moden isterisihat.com.my/nama-anak-lelaki/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 100 Pilihan Nama Anak Lelaki Bermula Huruf R, Yang Moden & Sesuai Untuk Tahun 2022

Baca juga: Senarai Maksud Nama Anak Lelaki Dalam Islam Yang Indah Bermula Huruf A Hingga Z

Baca juga: 100 Nama Anak Kembar Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga L, Jadi Penyejuk Hati Ibu Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar