Senarai Nama Bayi Perempuan Unik Dengan Makna Ratu, Ibu Ayah Berkenan Yang Mana?

Ibu bakal bersalin tidak lama lagi? Apa kata anda semak senarai nama bayi perempuan 2020 yang memiliki maksud ratu dan sangat unik ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika memilih nama untuk anak yang bakal lahir, sudah tentu sekali ibu ayah inginkan panggilan yang sedap didengar. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk meletakkan nama dengan maksud yang baik. Justeru, kami kongsikan beberapa pilihan nama bayi perempuan 2020 memiliki makna ratu.

Proses pemilihan nama ini merupakan perkara paling penting bagi kehidupan anak. Ini kerana dari perkataan itulah kita akan memanggilnya dari usia 1 hari sehinggalah ke akhir nafasnya. 

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Malaysia Yang Unik & Jarang Digunakan, Ibu Ayah Wajib Semak!

Senarai nama bayi perempuan 2020 dengan makna ratu

credit to sources

Nama adalah doa dari kedua ibu ayah dan orang sekeliling untuk masa hadapan kelak. Sebagai contoh meskipun anda disahkan hamil anak perempuan, dia masih memiliki peluang yang besar untuk menjadi seorang pemimpin apabila dewasa kelak, layaknya seperti seorang ratu.

Justeru, semak sahaja di sini pilihan nama bayi perempuan 2020 memiliki makna ratu dari seluruh dunia ini yang mungkin menjadi kesukaan anda dan pasangan. 

#1. Alexandra

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama Alexandra berasal dari perkataan Yunani yang bererti sebagai pembela manusia. Ia juga diinspirasi dari nama anak sulung Duke dan Duchess of Cambridge pertama yang bernama Alexandra.

#2. Alice

Alice merupakan nama yang diinspirasi dari karakter tokoh dongeng terkenal iaitu Alice In Wonderland. Namun dalam bahasa Jerman, Alice mempunyai maksud sebagai bangsawan.

#3. Berenice

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama klasik ini juga berasal dari bahasa Yunani dan ertinya adalah pembawa kemenangan. Nama ini melekat pada sejarah yang luar biasa iaitu merupakan nama seorang ratu di Mesir iaitu isteri kepada Raja Ptolemeus I.

#4. Elizabeth

Perkataan Elizabeth ini mewakili Ratu dalam bahasa Ibrani yang bererti Tuhan memberikan kelimpahan. Ia amat terkenal dalam kalangan Ratu Inggeris dan antara salah satu nama yang sering digunakan.

#5. Kahina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama ini dahulunya sangat terkenal diberikan untuk nama bayi perempuan unik kepada golongan bangsawan di Perancis. Difahamkan pada abad ke-7, telah munculnya kehadiran seorang pemberontak bernama Kahina.

#6. Malika

Nama ini berasal dari bahasa Arab yang bererti Tuan Ratu. Malika adalah nama panggilan yang sering digunakan untuk ratu pada zaman dahulu.

#7. Queenie

Ia adalah perkataan Inggeris kuno yang bererti penguasa atau Nyonya Kerajaan. Queenie adalah nama panggilan diberikan kepada seorang ratu.

#8. Reina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Nama ini berasal dari bahasa Sepanyol untuk Ratu. Ia juga adalah nama Ratu Sepanyol.

#9. Saowanee

Saowanee adalah nama anak perempuan yang diinspirasi dari ratu negara Thailand.

#10. Thailah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam bahasa Thailand, ia bermakna seorang ratu.

#11. Rhiannon

Istilah nama ini berasal dari Welsh yang bererti ratu.

#12. Reine

Perkataan Reine adalah berasal dari bahasa Perancis yang memiliki makna ratu.

#13. Reinette

Nama anak ini berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud ratu dan ia merupakan nama isteri kepada Raja Louis.

#14. Rain

Nama klasik Amerika bermakna berkat atau ratu yang memiliki limpahan harta.

#15. Rainey

Ia adalah berasal dari perkataan Anglo-Irish Originated yang bererti Ratu.

#16. Reggie

Kata yang berasal dari bahasa Latin ini bererti penguasa yang berlimpah. Nama Reggie sangat populor untuk anak-anak di negara Jerman.

#17. Ketevan

Nama ini berasal dari Georgia yang bermaksud ratu rumah.

#18. Malka

credit to sources

Malka adalah perkataan yang berasal dari Ibrani yang bermaksud ratu.

#19. Proserpine

Ia adalah nama Romawi bagi dewi Persefone iaitu Ratu Dunia Bawah.

#20. Tiana 

Dalam bahasa Rusia, Tiana bermaksud ratu.

#21. Victoria

Nama ini diinspirasikan dari nama ratu di Inggeris dan dalam bahasa Latin, Victoria bermaksud Dewi Kemenangan.

Kesimpulannya, nama adalah sebuah dosa. Begitulah kepercayaan yang terus dipegang sehingga kini. Setiap ibu ayah pastinya menginginkan terbaik buat anaknya untuk membesar menjadi seorang berjaya, memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Seiring dengan peredaran waktu dan perubahan zaman, nama-nama anak juga mengalami pelbagai pembaharuan sehingga ada ibu ayah meletakkan nama si kecil yang diambil dari tajuk lagu viral.

Meskipun mengikut trend, adalah wajar sekali untuk anda dan pasangan duduk sama-sama berbincang dengan orang yang lebih arif bagi mengelakkan berlakunya masalah pada kemudian hari.

Sumber: Kumparan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia