Di zaman serba moden ini bukan saja pengunaan peranti atau gajet je yang canggih-canggih, malah nama anak juga harus seiring popular dengan era ini. Jadi di sini kami sediakan senarai nama bayi perempuan modern untuk anda yang bakal menimang cahaya mata perempuan. Juga nama bayi lelaki unik untuk pilihan anak lelaki!
Himpunan nama bayi perempuan modern & maksud
Ada – Singkatan dari ADELAIDE, nama yang diberi Raja Augusta Ada (1815-1852), Countess of Lovelace (dikenali sebagai Ada Lovelace), anak perempuan kepada Lord Byron
Amara – kelembuatan dalam bahasa Igbo
Amelia – Perkataan Jerman, Amala yang telah di latinkan bermaksud kerja
Arabella – Nama yang dikait dengan perkataan Latin, ‘orabilis’ yang bermaksud cantik, lemah lembut, disayangi
Arya – Berasal dari perkataan Indo-Iran lama yang bermaksud mulia
Aurora – Bermakna subuh dalam Latin. Aurora ialah Dewi Pagi untuk Roman
Ava – Dari nama Eva atau hawa dalam bahasa Hebrew bermakna bernafas atau hidup
Charlotte – Perkataan Perancis yang bermakna kecil atau halus
Ellie – Singkatan dari nama Eleanor, Ellen yang bermakna cahaya, terang
Emma – Bermakna penuh atau universal
Harper – Diambil dari nama seorang yang bermain harp atau membuat harp
Hazel – Dari perkataan Inggeris yang bermakna hazel atau coklat muda
Isabella – Dari nama Elizabeth, bermakna “Tuhanku adalah sumpahku”
Isla – nama dari pulau Islay, yang berada di barat daya Scotland
Kennedy – Dari nama Irish, bermakna “keturunan CENNÉTIG”
Lucy – nama Inggeris bagi LUCIA dan nama perempuan bagi LUCIUS, dari perkataan Latin yang bermaksud cahaya
Luna – bermakna bulan dalam Latin
Maeve – bermakna mengkhayalkan
Mila – dari nama Slavic yang ada elemen ‘milu’; bermakna sayang, lembut
Natalie – dari nama Latin, Natalia, bermaksud “Hari Krismas”
Nora – Singkatan kepada HONORA atau ELEANOR; bermaksud “berbesar hati”
Olivia – dari perkataan Latin yang bermakna olive atau zaitun
Penelope – Dari perkatan Greek πηνελοψ (penelops), “sejenis itik”
Rylie – perkataan Inggeris lama yang bermakna jelas
Sadie – Samaran dari Sarah yang bermakna puteri
Savannah – dari perkataan Inggeris yang bermakna rumput lapang
Scarlett – Ilham dari seseorang yang menjual pakaian yang diperbuat dari Scarlet
Stella – Bermakna bintang di dalam Latin
Thea – Singkatan dari DOROTHEA atau THEODORA; bermakna “hadiah dari Tuhan”
Violet – dari perkataan Inggeris yang bermakna bunga ungu
Zoe – Bermakna kehidupan di dalam Greek
nama bayi lelaki unik & maksud
Asher – Dalam bahasa Hebrew, bermakna gembira atau diberkati
Atticus – dari nama Attica dalam Latin
Brandon – dari perkataan Inggeris lama yang bermaksud bukit diselubungi dengan penyapu
Caleb – Berkaitan dengan Hebrew yanng bermaksud anjing
Corin – Diambil dari nama Perancis, QUIRINUS, perkataan Sabine, quiris bermakna lembing
Declan – Dari Irish Deaglán, maksudnya tidak diketahui
Dylan – Dari elemen Welsh, bermakna hebat, dan dari llanw bermakna air pasang atau aliran
Elijah – Dari nama Hebrew bermakna Tuhanku hebat
Everett – Dari nama Inggeris lama Eoforheard bermakna berani
Ezra – Bermakna bantu dalam Hebrew
Felix – Dari Roman yang bermakna bertuah dan berjaya di dalam Latin
Finn – Dari bahasa Irish lama yang bermaksud cerah atau putih
Grayson – Dari perkataan Inggeris
Hunter – Pemburu
Isaac – Dari nama Hebrew bermakna dia akan tertawa, dia akan gembira
Jack – Satu slang yang bermakna lelaki
Jasper – Bermakna bendahari di dalam bahasa Parsi
Joseph – atau juga dikenali sebagai Yusof di dalam Al-Quran yang merupakan salah seorang nama nabi
Kai – Bermakna laut dalam bahasa Hawaii
Leo – Bermakna singa dalam bahasa Latin
Levi – Di dalam bahasa Hebrew bermakna bergabung atau melekat
Liam –Singkatan dari William, yang bermakna kemahuan dan helm yang bermakna perlindungan
Logan –Bermakna lubang kecil di dalam Scottish Gaelic
Lucas – Dari nama Luke, bermakna “dari Lucania”, bahagian selatan Italy
Noah – atau juga dikenali sebagai Nuh di dalam Al-Quran yang merupakan salah seorang nama nabi
Oliver – Bermakna pokok zaitun
Reuben – Bermakna “lihatlah, anak lelaki” di dalam Hebrew
Sebastian – Dari nama Latin, Sebastianus yang bermaksud “dari Sebaste”
Silas – Singkatan dari Silvanus, nama Roman yang di ambil dari Latin silva “hutan”
Theodore – Bermakna “hadiah dari Tuhan” di dalam Greek
Xavier – Di ambil dari nama tempat di Basque, Etxeberria bermakna “rumah baru”
Sudah ada yang berkenan? Koleksi nama-nama bayi perempuan modern dan nama bayi lelaki unik ini dipetik dari pelbagai sumber nama bayi. Semuanya mempunyai maksud yang baik-baik. Namun itulah yang tricky mengenai nama, ada sesetengah negara nama yang sama punyai maksud berbeza tau. Jadi ketika memilih nama anak pastikan ia memberi maksud yang sama baiknya untuk semua kaum. Tak adalah nanti beri kontroversi pula. Selamat memilih!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comnama-bayi-lelaki-dalam-islam