Mak Cantik Anak Comel, Nah, 7 Nama-Nama Anak Selebriti Yang Comel Lagi Unik

Hebat bukan penangan nama bayi ini? Begitu jugalah jika bercakap mengenai nama anak selebriti, ada ibu-ibu yang sentiasa peka dan mengambil inspirasi daripada selebriti untuk memberi nama bayi perempuan atau bayi lelaki yang bakal mereka timang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronoknya bukan kepalang apabila tiba saat mencari nama-nama anak. Tidak kiralah nama bayi perempuan atau nama bayi lelaki, ibu-ibu selalunya sudah ada simpanan sejak mereka masih bersekolah!

Hebat bukan penangan nama bayi ini? Begitu jugalah jika bercakap mengenai nama anak selebriti, ada ibu-ibu yang sentiasa peka dan mengambil inspirasi daripada selebriti untuk memberi nama bayi perempuan atau bayi lelaki yang bakal mereka timang.

Semakin ramai selebriti jelita tempatan yang melahirkan cahaya mata mereka kebelakangan ini. Tidak hanya melahirkan bayi-bayi yang comel semuanya, anak-anak selebriti ini juga datang dengan nama bayi perempuan juga lelaki yang sedap dan unik-unik belaka.

Jom kita semak 7 selebriti muda bergelar ibu yang semakin cantik jelita juga bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka bersama suami tercinta.

Nama unik bayi perempuan & lelaki selebriti

#1. Kaka Azraff & Aslan
Semakin cantik sejak bergelar isteri dan ibu, Kaka Azraff melahirkan cahaya mata pertamanya Aslan pada Oktober 2019 melayari bahtera bahagia bersama suami tercinta Adam Azriff.

#2. Ramona Zamzam & Ivana Alaskha
Bekas finalis Dewi Remaja ini berkahwin dengan Rami Alashkar menghadirkan anak perempuan comel bernama Ivana Alaskha yang kini berusia 3 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Anzalna & Mohamed Eidrees
Dilahirkan pada 31 Mei 2019, gelagat Eidrees di akaun Instagram Anzalna sentiasa mencuri perhatian. Eidrees kini berusia setahun dua bulan dengan gelagat comelnya yang boleh dilihat di akaun Instaram Anzalna.

#4. Shila Amzah & Seth Uwais
Mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada tahun 2017, Shila Amzah dikurnaikan cahaya mata, Seth Uwais pada 31 Ogos 2019.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Sari Yanti & Daria Inara
Sama cantik dengan ibunya Sari Yanti, Daria Inara merupakan cahaya mata Sari Yanti bersama Jep Sepahtu yang kini berusia 2 tahun dilahirkan pada 26 April 2018.

#6. Elfira Loy & Muhamad Rayyan Khalaf
Ikatan pernikahan Elfira Loy bersama Faris Khairol Anuar melahirkan Muhamad Rayyan Khalaf yang menjadi penyeri hidup mereka hari ini. Lihat gelagat rakaman gambar yang dimuat naik Elfira di akaun Instagramnya bersama Rayyan. Comel semuanya! Dengar cerita nama Rayyan ini sudah menjadi simpanan Elfira sejak dulu lagi, betul ke? Tidak hairanlah memang ramai ibu-ibu muda sekarang sentiasa hadir dengan nama anak yang cukup menarik!

#7. Juliana Evans & Tengku Kamiliah Josephine Ehsan Shah
Kebahagiaan pelakon jelita Juliana Evans terpancar setelah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj. Kehadiran bayi perempuan mereka Tengku Kamiliah Josephine Ehsan Shah melengkapkan episod bahagia pasangan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Izara Aishah & Irisa Alaia

Comel betul melihat gambar anak sewaktu Izara kongsikan pada hari kelahiran anaknya. Mereka berdua menggelarkan anaknya Princess Irisa Alaia, alahai.. Waktu kelahiran Irisa dulu bapanya iaitu Adib Khalid pernah berkongsi bahawa hatinya cair apabila mengetahui kehadiran anaknya di dalam perut Izara dulu. 

Bila pilih nama anak, perlu ingat beberapa perkara ini

Ingat, nama anak ini mereka perlu bawa sampai ke akhir hayat mereka. Ia perlulah mempunyai maksud yang elok, mudah disebut dan dieja bukan sekadar sedap semata-mata. Ini anatara apa yang perlu dipertimbangkan apabila memilih nama anak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Nama memberikan kesan kepada kehidupan seseorang

Pepatah Arab mengatakan: 'Bagi setiap empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya.'

Hakikat ini telah diakui oleh Ibnul Qayyim dengan berkata, '' Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka.''

#2. Waktu memilih nama

Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberikan nama bayi. Sama ada hari pertama atau dalam masa tiga hari pertama, atau hari ketujuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Siapakah yang berhak memberi nama

Sekiranya anda dan pasangan telah bersetuju dengan satu nama, maka ia sangat baik tanpa sebarang masalah.

Sekiranya berlaku perselisihan ketika menyelesaikan perkara ini, ia berhak sepenuhnya terhadap suami. Namun, elakkan menggunakan kuasa veto yang boleh menjejaskan keharmonia keluarga.

Anda juga boleh meminta pendapat orang lain untuk memberikan nama yang elok, sebagaimana beberapa sahabat meminta Rasulullah meletakkan nama anak-anak mereka.

#4. Nama mesti dibin dan dibintikan kepada bapanya

Demikian arahan Allah Taala dalam surah Al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, ''Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka.''

#5. Pilihan nama yang baik

Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok dan mempunyai makna yang baik. Pepatah Arab ada mengatakan, 'kewajipan ayah terhadap anaknya ialah memilih baginya ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarnya adab yang baik.'

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/nama-anak-lelaki-islam