Nama bayi adalah salah satu perkara yang perlu dipersiapkan oleh ibu ayah apabila menjelang kelahiran. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk tidak ingin tahu mengenai jenis jantina si manja, apa kata get ready dengan beberapa pilihan nama bayi unisex ini.
Bagi ibu ayah yang tertarik dengan nama bayi unisex, ada beberapa pilihan nama kami kongsikan mengikut kategori alam, geografi, karakter serta nama yang diinspirasikan dari bidang pekerjaan.
Pilihan nama bayi unisex yang diinspirasi dari alam
- Briar yang bermaksud ranting berduri. Asalnya dari perkataan Inggeris
- Chaman bermaksud kebun. Asal daripada perkataan Hindu
- Izumi bermaksud musim bunga. Ia berasal dari perkataan Jepun
- Jiang bermaksud sungai. Perkataan ini berasal dari China
- Mu bermaksud kayu. Berasal dari perkataan China
- River bermaksud sungai. Ia berasal dari Inggeris
- Shahin bermaksud kerajaan helang putih. Ia berasal dari Muslim
- Sindhu bermaksud samudera. Ia adalah perkataan Hindu
- Tanveer bermaksud sinar cahaya. Ia berasal dari Muslim
- Varuna bermaksud langit yang menyelimuti. Ia berasal perkataan Hindu
- Wren bermaksud nama sejenis burung di Inggeris. Ia berasal dari perkataan Inggeris
Nama bayi unisex yang diinspirasi dari geografi
- Dakota bererti ramah. Perkataan ini asalnya dari Amerika Syarikat
- Memphis bererti abadi dan indah. Ia berasal dari Yunani
- Milan bererti penyayang. Perkataan ini berasal dari Slavia
- Raleigh bererti padang rumput rusa. Ia adalah dari perkataan Inggeris
- Sydney bererti Saint Denis. Ia berasal dari Perancis
- Tennessee bererti nama negara di bahagian Amerika Syarikat. Ia berasal dari Amerika Syarikat
Nama bayi lelaki dan perempuan berdasarkan karakter
- Aang bermaksud damai. Ia adalah perkataan yang berasal dari China
- Afsar bermaksud mahkota. Ia adalah perkataan yang berasal dari Arab
- Avery bermaksud penguasa. Asalnya adalah perkataan Inggeris
- Azariah bermaksud dibantu Tuhan. Perkataan ini berasal dari Ibrani
- Bai bermaksud putih. Perkataan ini berasal dari China
- Blake bermaksud berambut terang atau gelap. Ia berasal dari perkataan Inggeris
- Casey bermaksud seorang yang berani dalam pertempuran. Ia berasal dari perkataan bahasa Ireland
- Chang bermaksud sejahtera. Ia berasal dari perkataan China
- Charlie bermaksud bebas. Berasal dari perkataan Jerman
- Cheyenne bermaksud orang-orang dari bahasa yang berbeza. Ia berasal dari perkataan Sioux, Amerika Syarikat
- Daya bermaksud kebaikan. Merupakan perkataan Hindu
- Emory bermaksud rajin. Perkataan ini berasal dari Jerman
- Fu bermaksud kaya. Perkataan ini berasal dari China
- Hiromi bermaksud dermawan, cantik. Ia berasal dari Jepun
- Hrdika bermaksud persahabatan. Perkataan ini dari Hindu
- Huan bermaksud kebahagiaan. Ia berasal dari perkataan China
- Iijal bermaksud kehormatan. Ia berasal dari perkataan Arab
- Intisar bermaksud kemenangan. Ia berasal dari Arab
- Izaz bermaksud terhormat. Ia berasal dari Arab
- Jun bermaksud berbakat, penguasa. Ia berasal dari China/ Jepun
- Kei bermaksud diberkati. Ia adalah perkataan Jepun
- Lei bermaksud jujur. Ia berasal dari perkataan China
- Maki bermaksud berharga. Ia berasal dari Jepun
- Makoto bermaksud ketulusan. Ia berasal dari Jepun
- Max bermaksud terbesar. Ia berasal dari Jerman
- Nova bermaksud baru. Perkataan ini berasal dari Latin
- Nusrat bermaksud menolong. Perkataan ini asalnya Muslim
- Phoenix bermaksud merah kegelapan. Ia berasal dari perkataan Yunani
- Ping bermaksud damai. Ia berasal dari perkataan China
- Rei bermaksud persahabatan, teman. Ia berasal dari Jepun/ Ibrani
- Riley bermaksud berani. Ia berasal dari perkataan Ireland
Nama bayi lelaki dan perempuan yang diinspirasikan dari bidang pekerjaan
- Alexis bermaksud pembela. Perkataan ini berasal dari Yunani
- Armani bermaksud pahlawan. Ia berasal dari Itali
- Aubrey bermaksud penguasa. Perkataan ini berasal dari Inggeris
- Baylor bermaksud pelatih kuda. Perkataan ini berasal dari Inggeris
- Harper bermaksud pemain harpa. Perkataan ini berasal dari Inggeris
- Landry bermaksud pengukur. Ia berasal dari perkataan Perancis
- Remy bermaksud pendayung. Perkataan ini berasal dari Latin
Sumber: Penulis asal Aulia. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Nama Bayi Korea Islam Lelaki & Perempuan Yang Penuh Makna Dalam Islam