25 Nama Inspirasi Keturunan Bangsawan Dunia Untuk Bayi Anda, Klasik & Singkat Tapi Penuh Makna!

Nama keturunan bangsawan memang unik, klasik dan penuh makna baik. Jadi kami kongsikan kali ini untuk inspirasi anda memilih nama bayi yang bakal lahir!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memilih nama untuk bayi kadang kala buat ibu bapa pening kerana terlalu banyak pilihan. Kali ini kami kongsikan pilihan nama inspirasi keturunan bangsawan daripada pelbagai keturunan dunia untuk anda rujuk dan mungkin boleh diberikan pada bayi anda!

Namanya singkat dan sebutan klasik, tetapi penuh makna. Biasanya nama-nama keturunan ini akan berulang mungkin kerana maknanya yang baik.

25 nama inspirasi keturunan bangsawan untuk bayi anda!

Masih perlukan idea untuk nama bayi yang bakal lahir? Artikel ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda. Nama bayi daripada pelbagai keturunan dunia akan kami kongsikan kali ini.

Nama keturunan Inggeris

kredit: cbs news

#1. Philip

Philip adalah nama suami kepada Queen Elizabeth II. Nama Philip dapat bererti sebagai anak yang memiliki kekuatan dalam melahirkan pendapatnya. elok tutur bicara dan penulisannya, suka belajar dan memerhati, cerdas, intelektual, intuitif, dan suka pada seni atau pun ilmu sains.

#2. Elizabeth

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elizabeth adalah ratu Inggeris. Makna nama Elizabeth adalah anak yang suka menghibur tetapi cintakan kebebasan selain mampu membuat pilihan mengenai hal penting dalam hidupnya. Pemilik nama Elizabeth juga dikatakan seorang yang fleksibel tetapi sedikit impulsif. 

#3. Charles

Charles bermaksud kebebasan. 

#4. Diana

Diana iaitu isteri kepada Putera Charles membawa nama yang bererti syurga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. William

William adalah nama putera pertama Putera Charles dan Puteri Diana. 

William membawa maksud anak yang tekun dan pantang menyerah. Ia juga memiliki karisma yang membuatkan ramai orang tertarik kepadanya.

William juga bererti sebagai anak yang bijaksana, pemimpin yang baik, memiliki visi dan pandangan tersendiri, dan mampu menganalisa dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Harry

Harry adalah putera kedua hasil perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana. Maksud kepada nama ini adalah melindungi. 

#7. George

George adalah anak pertama pasangan Putera William dan Kate Middleton. Nama George bererti anak yang berfikiran kritis tetapi sentiasa tenang serta memiliki pemikiran yang dalam.

#8. Charlotte

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Charlotte adalah nama yang diberikan kepada anak kedua iaitu puteri kepada Putera William dan Kate Middleton. Charlotte bererti anak yang kreatif, ramah, ceria, suka menyelesaikan suatu hal, penuh dengan idea, suka berbicara, tetapi juga mudah bosan dan tidak suka dengan hal-hal yang tidak pasti.

Nama keturunan Arab

#9. Hamdan

Hamdan adalah nama kepada putera Dubai, iaitu putera kepada Rasyid Maktoum. Makna nama Hamdan adalah terpuji.

#10. Mohammed Hamad

Nama Putera Qatar yang tampan dan cerdas. Makna nama Mohammed/Muhammad adalah yang terpuji dan Hamad bererti cerdas, baik hati, pintar dan bijaksana.

#11. Hashim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hashim adalah putera bongsu Raja Hussein dari Yordania dan Ratu Noor. Erti nama Hashim adalah pemurah.

#12. Khalid

Nama Khalid adalah nama putera dari Sultan Al Qashimi dari Sharjah yang tampan dan berjiwa seni tinggi. Erti nama Khalid adalah keabadian, kuat, dan berani dalam menegakkan keadilan.

#13. Fahad

Erti nama Fahad adalah memiliki pandangan tajam.

#14. Haya

Puteri Haya Al Husain merupakan isteri kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, salah satu penguasa Dubai di Yordania.

Puteri cantik ini merupakan lulusan Universiti Oxford di Oxford dan mengambil jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi. Erti nama Haya adalah baik penampilannya serta bersifat pemalu. 

#15. Fathima Kulsum

Ratu dari kerajaan Arab Saudi yang merupakan isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad bukan hanya cantik tapi juga cerdas. Erti nama Kulsum adalah berakal, sedangkan dan Fathima adalah nama puteri Nabi Muhammad SAW.

#16. Ameera

Ameera adalah bekas isteri keempat Pangeran Al Waleed dari Arab Saudi yang cantik dan cerdas. Puteri Ameera merupakan salah satu wanita muslim yang berjuang untuk hak-hak wanita di Arab Saudi. Ameera bermaksud puteri.

#17. Rania

Ratu Rania merupakan isteri dari Raja Abdullah II, pemimpin Kerajaan Yordania. Ratu cantik ini terkenal aktif dalam dunia pendidikan. Erti nama Rania adalah bergembira.

#18. Deena

Puteri Deena Abdulaziz merupakan isteri kepada Pangeran Abdulaziz bin Nasser Abdulazziz Al Saud yang cantik dan bergaya. Nama Deena bererti hakim yang adil.

Nama keturunan Eropah

#19. Eleonora

Puteri Eleonora Von Habsburg merupakan cicit terakhir Raja Austria, Charless I. Erti nama Eleonora adalah penerangan, cahaya.

#20. Victoria

Puteri Victoria dari Swedia. Victoria bererti kemenangan.

#21. Alexandra

Puteri Alexandra dari Luksemburg yang cantik dan bergaya. Alexandra bererti pembantu dan pelindung masyarakat.

#22. Charlene

Puteri Charlene dari Monaco. Erti Charlene adalah lembut, baik dan bekerja keras.

#23. Letizia

Puteri Letizia dari Spanyol merupakan isteri Raja Felipe VI. Erti nama Letizia adalah kebahagiaan.

#24. Albert

Putera Albert dari kerajaan Monaco. Nama Albert bererti orang mulia yang pintar.

#25. Ludwig

Anak putera Johannes yang juga Putra Mahkota kerajaan di Jerman. Ludwig ertinya terkenal dan diberkati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Koleksi Nama Anak Perempuan Islam Yang Unik & Bakal ‘Trending’ Untuk Tahun 2021

Baca juga: 100 Pilihan Nama Anak Lelaki Dalam Islam Bermula Huruf G Dengan Sebutan Yang Unik

Baca juga: 200+ Nama Anak Perempuan Malaysia Islam Dengan Erti Yang Indah (Huruf K-Z)

Penulis

Lala Annuar