MARDI Hasilkan Dua Baka Orkid Sempena Nama Puan Sri Noorainee, Jom Kenali Wanita Hebat Di Sisi Perdana Menteri

Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman, Apa kata kita kenali wanita yang sentiasa berada di sisi Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak siapa sangka, nama Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 ini semakin meniti di bibir rakyat jelata bahkan seluruh dunia yang pastinya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau.

Bahkan, perjalanan politik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup manis jika dikenangkan kerana beliau mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun dalam arena politik negara.

Lantas sudah pasti, beliau tahu selok belok dan strategi yang baik untuk mengemudi negara tercinta ini.

Nama Perdana Menteri & Isteri tercinta

Dalam pada itu, sisi yang lain pula tentunya anda nak tahu tentang wanita yang sentiasa berada di sisi Tan Sri Muhyiddin di sepanjang hidupnya.

Malah beliau dilihat sangat menghargai dan memberi sokongan padu kepada suaminya yang tercinta di saat beliau jatuh dari politik suatu ketika dahulu semasa dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puan Sri merupakan isteri kepda Perana Menteri Malaysia yang ke 8. Malah beliau juga adalah mantan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).

Semasa suami beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan Menteri Besar Johor, beliau merupakan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR).

Kalau nak tahu, Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman juga berasal dari Muar, Johor.

Keluarga, anak dan menantu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puan Sri berkahwin dengan Tan Sri pada tanggal 22 September 1972. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang anak.

Anak-anak beliau, Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim iaitu seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif.

Sementara itu, anak perempuan mereka, Datin Sri Nabila Mahiaddin berkahwin dengan Dato'Sri Muhamad Adlan Berhan.

Manakala Najwa Mahiaddin, berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui iaitu seorang penyanyi dan seorang lagi anak perempuan mereka, Farhan Yassin Mahiaddin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan anak-anak beliau banyak membabitkan diri dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan.

Seperti anak lelaki beliau, Datuk Fakhri Yassin merupakan tokoh korporat di Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif.

Lebih menarik lagi, salah seorang cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlet gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 ketika berusia 13 tahun.

Sementara kakaknya juga Iman Suraya aktif dalam sukan gimrama serta adik- adiknya yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat pengetahuan anda, Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman merupakan penaung Projek Hati Nurani Sekolah dalam hospital.

Ia merupakan cetusan daripada ilham beliau sendiri di mana memberi peluang kepada anak murid untuk mendapatkan pendidikan semasa dirawat di hospital.

Projek ini mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Baka Orkid Hibrid

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan dua baka orkid hibrid bersempena dengan nama beliau iaitu Aranda Puan Sri Noorainee dan Mokara Puan Sri Noorainee.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti komuniti: 

- Naib Presiden Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (BAKTI)
- Presiden, Badan Amal Isteri Dewan Undangan Negeri Johor, JUITA Johor.
- Penaung PUSPANITA
- Penaung Persekutuan Gimnastik Malasyia
- Penaung SPWinds, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Wikipedia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga