Teringin Namakan Bayi Perempuan Nama Korea? Cuba Lihat Cadangan Ini

Nama perempuan Korea mungkin jadi pilihan ibu ayah untuk diletakkan kepada bayi. Kami kongsikan senarai nama Korea dan maksudnya untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Drama Korea dan muzik K-pop semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk di negara kita. Adakah ibu salah seorang daripadanya? Boleh dikatakan pengaruh daripada drama dan muzik K-pop dari negeri ginseng itu agak luar biasa sehingga ada dalam kalangan ibu ayah yang ingin memberikan nama perempuan Korea kepada bayi mereka.

Nama yang baik perlu diberikan kepada bayi kerana ia boleh dianggap sebagai doa. Jika maksudnya tidak membawa kebaikan, maka ia mungkin boleh memudaratkan pemilik nama tersebut sepanjang hayatnya.

Jika merasakan nama Melayu sudah agak biasa kepada bayi, ibu ayah mungkin ingin cuba mengambil pendekatan unik dengan memberikan nama perempuan Korea kepada baby girl, namun perlu memastikan maksudnya adalah indah dan baik-baik belaka ya.

Adakah Ia Dibenarkan dari Segi Undang-undang Negara?

Nak beri nama perempuan Korea, Jepun atau lain-lain kepada bayi. Persoalannya, bolehkah? 

Memetik perkongsian di portal AskLegal, secara undang-undangnya ia bukanlah menjadi satu kesalahan untuk menamakan anak dengan nama Korea, Jepun dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah menetapkan garis panduan atau peraturan yang menghalang nama-nama yang boleh menyinggung dan tidak sesuai. 

Seksyen 16, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ada menyatakan:

"Jika pada pendapat Pendaftar bahawa nama kanak-kanak yang diminta untuk dicatatkan ke dalam suatu daftar kelahiran itu adalah tidak menyenangkan atau tidak diingini, dia hendaklah merujuk perkara itu kepada Pendaftar Besar dan Pendaftar Besar boleh menyebabkan nama itu didaftarkan atau tidak didaftarkan sebagaimana yang difikirkannya patut."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara dasarnya, Pendaftar mempunyai kuasa dan upaya untuk menolak nama yang tak diingini dan nama tersebut tidak akan diterima oleh pihak pendaftaran seperti mana dalam akta.  

Nama-nama yang dilarang digunakan kepada bayi baru lahir biasanya mempunyai ciri-ciri ini:

  • Nama yang boleh bawa makna menyinggung
  • Nama yang mempunyai singkatan perkataan
  • Nama yang merujuk profession tertentu, contohnya Dr. (doktor)
  • Gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan, contohnya Dato’ 
  • Nama haiwan
  • Nama merujuk kejadian alam, contohnya ‘batu’
  • Nama dari angka
  • Nama dari gelaran keturunan seperti Syed, Syarifah, Wan, Nik yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan bukan daripada keturunan itu
  • Nama lebih daripada 80 aksara

Namun begitu, jika ibu ayah masih memilih untuk memberikan nama dengan makna yang tidak sesuai atau terlalu panjang kepada bayi, tidak ada peraturan tegas yang mengatakan tidak boleh, dan ia mengikut budi bicara Pendaftar sama ada untuk menerimanya ataupun tidak.

“Keputusan untuk pemberian nama kepada kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau pemaklum kelahiran itu. Nama yang diberikan oleh ibu bapa bergantung kepada individu itu dan adalah subjektif. Ibu bapa yang ingin menamakan anak mereka dengan nama yang tidak digalakkan dan pihak JPN akan menasihatkan mereka akan ketidaksesuaian nama yang dipilih terlebih dahulu.” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Nama Bayi Korea Diberikan?

Untuk makluman ibu ayah, nama anak Korea dipercayai dipilih berdasarkan Zodiak Cina. Secara tradisionalnya, nama bayi ini berhubungan dengan waktu, sistem, tahun dan kelahiran.

Anda juga boleh memilih untuk meletakkan nama korea berdasarkan tanggal lahir atau bulan kelahiran. Selain itu, nama bayi juga dikaitkan dengan benda seperti kayu, logam atau api. 

Perlu ibu ayah ketahui juga, di Korea, nama keluarga adalah nama adalah nama awal dan nama yang diberikan akan menjadi ‘nama seterusnya’.

Contohnya kita ambil sahaja nama pelakon dan pelawak terkenal Korea (mungkin ibu pun minat), Lee Kwang Soo. ‘Lee’ adalah nama keluarganya, manakala Kwang Soo merupakan nama yang diberikan oleh ibu bapanya. Nama keluarga akan diletakkan di hadapan dan nama pemberian pula di bahagian belakang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baik nama perempuan Korea mahupun nama lelaki Korea, tidak ada nama tengah dalam pendaftarannya. Contoh, jika di Malaysia nama lelaki Islam biasanya diletakkan bin manakala perempuan Islam pula diletakkan binti. Ia tidak sama di Korea ya. 

Ibu dah tak sabar untuk ketahui cadangan nama perempuan Korea untuk bayi? Jom lihat senarai di bawah ini.

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad A

Ini antara cadangan nama berserta maksudnya:

  1. A-Yeong - anggun, indah, halus
  2. Ae-Cha - bayi perempuan yang penuh kasih sayang
  3. Aera - cinta, sarang burung
  4. Ae Ra - cinta
  5. Aeri - beruntung, berprestasi
  6. Ara - menjadi cantik dan baik hati
  7. Aerum / Ahreum - cantik
  8. Arin - perak
  9. Ah Yeon - cantik dan bijak
  10. Ahnjong - ketenangan
  11. Ari - cantik
  12. Ailee - cahaya
  13. Ailiseu - bunga aris

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad B

  1. Bitna / Bit Na / Binna- bersinar dan cahaya
  2. Boa - elegan
  3. Bae - inspirasi
  4. Bora - lincah, warna ungu
  5. Bong soon - ceria, gigih
  6. Byeol - bintang
  7. Bon Hwa - mulia
  8. Boram - berharga
  9. Byul - bintang 
  10. Byul Bit - cahaya bintang

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad C

  1. Chan Mi - cahaya yang indah
  2. Chi Sun - jujur, sering memberi kebaikan
  3. Cho - cantik
  4. Chang mi - bunga mawar
  5. Chun Ae - cinta yang benar
  6. Chung Ha - kompeten
  7. Chae Hyang - harum 
  8. Chae Yeong - kemuliaan, kehormatan
  9. Cho Rong - serba boleh
  10. Cho Sarang - cinta pertama
  11. Chung Cha - perempuan yang jujur
  12. Chung Ha - taat

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad D

  1. Dae Hwa -mutiara yang berkilau
  2. Do Hwa - kecantikan
  3. Da Eun - amal, kebaikan, belas kasihan
  4. Dae Hee - bersinar terang
  5. Dal Rae - menenangkan
  6. Dan bi / Dambi - hujan yang indah
  7. Dasom - kata cinta
  8. Dae - paling hebat

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad E

  1. Eun- kebenaran
  2. Eun Ae - kasih sayang dengan cinta yang besar
  3. Eun Hye - rahmat, berkat
  4. Eun Kyung - permata yang anggun
  5. Eun Sun - anggun dan baik
  6. Eun Mi - kecantikan
  7. Eun Sun - anggun, baik
  8. Eun Bin - bunga yang harum 
  9. Eun Ji - kebaikan, tanah, bumi
  10. Eun Seo - amal, penyayang
  11. Eun Seook - belas kasihan, murni, berbudi bahasa
  12. Eun Young - kebaikan, belas kasihan

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad G

  1. Ga Ram - sungai
  2. Ga Eun - baik hati, cantik 
  3. Gi - berani
  4. Gyeong - dihormati
  5. Gun -kuat
  6. Ga Hui - cantik
  7. Gyeong Hui - kehormatan, keindahan
  8. Gyeong Suk - baik, menawan
  9. Goo - pelengkap hidup

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad H

  1. Ha Neul - langit 
  2. Hana - nombor satu, kesayangan
  3. Han Kyeol - kebahagiaan
  4. Hea - anggun
  5. Hwa Young - bunga yang cantik
  6. Hyeri - kesatria
  7. Hei Ryung – rahmat, kecerahan
  8. Hyena - berani
  9. Hyun Joo - permata yang bernilai
  10. Hyun Are - cerdas, mencintai banyak orang
  11. Hyun-Ok - mutiara yang indah, cantik
  12. Hyejin - wanita yang kuat
  13. Haeun - musim panas, amal, belas kasihan, kebaikan
  14. Han Byeol - satu bintang
  15. Hee - kesenangan 
  16. Hei - berkah
  17. Hyo Sonn - berbakti, lembut

Nama Anak Perempuan Korea Bermula dari Abjad I

  1. Iseul - embun
  2. In Ah - berbakat
  3. In Suk - murni
  4. In - kebijaksanaan, kemanusiaan
  5. Inha - kebaikan
  6. Iyeong - bunga cantik
  7. In Jae - sebuah berkah

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad J

  1. Jae - rasa hormat
  2. Jae Hwa - rasa hormat, cantik
  3. Jee - bijaksana
  4. Ji Ah - kebijaksanaan, sesuatu yang cantik dan anggun
  5. Ji Hye - cerdas, bijaksana
  6. Ji Won - ketenangan
  7. Ja - menarik, semangat
  8. Jeong - suci
  9. Ji Huu - kebijaksanaan
  10. Ji Yoo - kaya, bijak
  11. Ji Yoon - berjaya
  12. Jung - suci, murni
  13. Jung Eun - rahmat, kasih sayang

Nama Anak Perempuan Korea Bermula dari Abjad K

  1. Kwan - kuat
  2. Kyung Soon - kehormatan, kelembutan,
  3. Kim - bersinar, kebahagiaan
  4. Kyon - kebahagiaan
  5. Kyong - kecerahan 
  6. Kyung Mi - kehormatan, kecantikan

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad M

  1. Mi Sun - cantik, kebaikan
  2. Mi Young -kecantikan yang kekal
  3. Mi Kyong - cantik, penuh kegembiraan
  4. Mi Ok - mutiara yang cantik
  5. Min - berfikiran terbuka
  6. Min Jee - bersinar, bijak
  7. Min Jung - bersinar, mulia
  8. Moon - miliki banyak pengetahuan
  9. Myung Hee - menyenangkan
  10. Mi Cha - perempuan yang cantik
  11. Mi Kyeong - kecantikan
  12. Myung - bersinar
  13. Min Seo -rajin, tenang

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad N

  1. Nari - bunga lily
  2. Na Yeon - takdir yang indah
  3. Na Young - kecantikan abadi
  4. Nahee - cerah, elegan
  5. Namju - berharga

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad R

  1. Ri Ahn - bijaksana
  2. Ra On - kebahagiaan 
  3. Ra Woom - cantik
  4. Ri Young - bunga
  5. Ryung - bersinar
  6. Ru Ri -keuntungan yang berterusan

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad S

  1. Sang Hee - baik hati, menyenangkan
  2. Sae Ri - ratu, kejutan
  3. Sa Rang - cinta
  4. Seung - berjaya
  5. Seung Hwan - hari bahagian
  6. Sun Yong - anak yang baik hati
  7. Seul Gi - berpengetahuan
  8. So - senyum
  9. So Young - abadi, cantik
  10. Song Hwa - cantik, menawan
  11. Soo - dermawan, mulia
  12. Soo Min - unggul, pandai
  13. Sook - murni
  14. Sung Hee - kebahagiaan
  15. Sun Mi - keceriaan
  16. Seon Bin - cerdik
  17. Suji - kecantikan
  18. Seo Ah - untung
  19. Seo Yeon - cantik
  20. Sun - kebaikan

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad T

  1. Tae Ra - penyembuh
  2. Ta Ra - bintang
  3. Ta Reun - muda
  4. Tae Yeon - kebijaksanaan, tenang
  5. Tae Sung - prestasi besar
  6. Tae Hee - kuat, sihat

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad W

  1. Wheein - bersinar
  2. Woong - besar, luar biasa
  3. Wonhee - terima kasih
  4. Woo Kyung – hormat
  5. Woori - kami
  6. Won Chang - kemenangan
  7. Won - berharga

Nama Perempuan Korea Bermula dari Abjad Y

  1. Young Mi - kemakmuran, abadi, indah
  2. Youra - teratai
  3. Yeong - berani
  4. Yeong-Ja - pemberani
  5. Young Soon - ringan, berbunga-bunga
  6. Yon Book - bunga yang cantik
  7. Yun Hee - kesenangan, teratai
  8. Yumi - teman yang cantik
  9. Yun-Yeong - pemberani
  10. Ye In - cerdas, berperikemanusiaan
  11. Ye Na - diberkati
  12. Ye Sol  - berharga
  13. Ye Som - cantik
  14. Yeo Ri - kecantikan yang berharga
  15. Yong Seon - kecantikan abadi
  16. Yeon Jin - cerdas, cantik
  17. Young Mi - kemakmurah
  18. Yu Geyong - cerah
  19. Yu Hwa - permata, ketenangan
  20. Yu Jeong - kaya, murni
  21. Yunu - keuntungan

Ada yang ibu berkenan di hati? Jadi, cubalah gunakan dan padankan dengan nama/ perkataan Islam seperti:

‘Ae Ri ‘ - keuntungan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ae-Ri Gina Muharni: bayi perempuan yang selalu beruntung dan kaya

‘Hee Yeong’ - suka cita dan kemakmuran

  • Umaiza Kayyisha Hee Yeong bermakna perempuan yang cantik, bijak dan penuh suka cita dalam kemakmuran

‘Myung Hee’ - cerah dan menyenangkan

  • Myung Hee Elma Yasminah: seseorang yang menyenangkan dan ramah secantik bunga melati

Banyak lagi nama bayi perempuan Korea yang ibu ayah boleh pilih dan guna untuk anak anda. Yang penting, pastikan maksudnya baik-baik sahaja ya. 

  1. Ask Legal (n.d). Inilah garis panduan JPN untuk mengelakkan ibu bapa dari memberi nama pelik kepada anak... asklegal.my/p/nama-anak-JPN-pendaftaran-pelik-dilarang-garis-panduan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 100 Nama Bayi Perempuan Moden Dengan Maksud Penuh Suci & Indah

Baca juga: Senarai Nama Anak Perempuan Islam Modern Yang Indah Dengan Makna Baik Bermula Huruf A-J

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Perempuan Dalam Islam Dengan Maksud Indah

Penulis

Athirah