Ibu bapa tentunya ingin memilih nama pilihan terbaik untuk bayi baru lahir anda. Sebab itu, nama bayi yang indah sebutannya, beserta dengan maksud yang baik adalah pilihan hati ibu bapa.
Tapi, hati-hati ya ibu ayah semua! Ada sesetengah nama pilihan terbaik ibu ayah di Malaysia yang sebenarnya dilarang dan diharamkan di beberapa buah negara seluruh dunia!
Agak-agak, apakah nama pilihan terbaik ibu ayah yang diharamkan di luar negara ini?
Nama Pilihan Terbaik Ibu Ayah Di Malaysia, Tapi Dilarang Di Arab Saudi
Pada tahun 2014 lalu, pemerintah di Arab Saudi telah mengeluarkan 50 nama bayi yang dilarang. Larangan ini dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Dalam 50 nama pilihan terbaik ibu bapa itu, antara 6 yang paling popular di Malaysia adalah seperti Emir, Maya, Linda, Sandi, Rama, dan Aiman.
Nama Pilihan Terbaik Ibu Bapa Yang Dilarang Di Negara Lain
Selain Arab Saudi, ada juga beberapa buah negara lain yang mengeluarkan larangan terhadap nama pilihan terbaik ibu bapa untuk anak mereka. Antaranya seperti di:
Nama pilihan terbaik ibu bapa yang dilarang di #1 Perancis:
Di Perancis, antara nama bayi yang diharamkan di sana adalah nama yang boleh menggalakkan ejekan kelak. Antara nama tersebut adalah:
- Nutella, Strawberry, Deamon, Prince William, dan Mini Cooper
Nama pilihan terbaik ibu bapa yang dilarang di #2 Jerman:
Jerman juga termasuk dalam salah sebuah negara yang melarang sesetengah nama bayi.
Peraturan ke atas nama bayi di sana amat ketat sehingga tiada bayi yang boleh dinamakan dengan nama belakang, nama benda, nama jantina, nama produk, atau nama yang memberi kesan negatif kelak.
Oleh sebab itu, nama seperti Mati, Osama Bin Laden, Adolf Hitler, Kohl, dan Stompie amat dilarang di Jerman.
Nama pilihan terbaik ibu bapa yang dilarang di #3 Switzerland
Selain Jerman, Switzerland juga memiliki beberapa peraturan tentang nama bayi. Antara nama bayi yang tidak boleh diberi di sana adalah:
- Nama anak perempuan ke anak lelaki (atau sebaliknya)
- Nama penjahat, nama jenama, nama tempat dan nama depan sebagai nama belakang
- Contohnya seperti Judas, Chanel, Paris, Schmid, dan Mercedes
Nama pilihan terbaik ibu bapa yang dilarang di #4 Iceland
Nama pilihan terbaik ibu bapa di Iceland haruslah sejajar dengan struktur linguistik dan sistem ejaan di negara terbabit.
Antara peraturan yang perlu diikuti ketika ingin beri nama bayi di Iceland adalah mengelak nama yang berisi huruf C, Q, dan W, misalnya. Ini kerana huruf tersebut tiada dalam sistem abjad Iceland.
Oleh itu, nama seperti Zoe, Harriet, Duncan, Enrique, dan Ludwig tidak dibenarkan.
Nama pilihan terbaik ibu bapa yang dilarang di #5 Denmark
Negara Denmark hanya membenarkan ibu bapa memilih nama pilihan terbaik dalam 7,000 nama bayi yang telah dipersetujui.
Jika nama yang diingini tiada dalam senarai itu, ibu bapa harus mendapatkan keizinan dari Jabatan Penyiasatan Nama di Universiti Copenhagen.
Antara nama yang tidak dibenarkan di sana adalah Jakobp, Ashleiy, Anus, Monkey dan Pluto.
Nama pilihan ibu bapa yang dilarang di #6 Malaysia
Malaysia juga memiliki nama bayi yang dianggap sebagai “tidak diingini” dan dilarang. Nama bayi di Malaysia tidak boleh mengandungi nama binatang, penghinaan, angka, nama kerajaan atau kehormatan, dan makanan.
Misalnya nama Cina seperti Ah Chwar (ular), Woti (seks), Khiow Khoo (hunchback), Chow Tow (Smelly Head), dan Sor Chai (gila).
***
Ha… macam mana? Apa pendapat anda tentang larangan nama bayi ini?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber rujukan: Artikel ini asalnya ditulis oleh theAsianparent Indonesiaj dan mendapat kebenaran untuk diterjemah.
Baca juga:
Senarai Lengkap 500 Nama Bayi Lelaki Dengan Maksud Yang Indah