WOW! Sekarang Dah Ada Nanas Goreng, Apa Kata Kita Cubanya Di Rumah!

Pernah tak anda terfikir untuk makan buah nanas goreng? Sekarang makanan ini popular di Kelantan dengan keranggupan tepungnya yang sungguh menyelerakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petang-petang kalau dapat makan pisang goreng, keropok lekor dan lain-lain memang membangkitkan selera jika dinikmati di waktu petang. Kemudian di tambah lagi aroma teh O panas memang boleh minum bercawan-cawan. Tapi, pernah tak anda mencuba nanas goreng?

Pasti ramai yang terkejut dan tak sangka buah kulit berduri ini boleh dibuat secara goreng dan ia dikatakan menjadi viral dan popular di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

Disebabkan ia tular, maka orang ramai beratur untuk mendapatkan nanas goreng ini dan dikatakan cukup sedap serta membangkitkan selera di waktu petang.

Tapi kalau semata-mata nak beli nanas goreng ini di Kelantan macam jauh la pula kan. Jadi apa kata anda cuba sendiri buat di rumah dengan ikut resepi yang dikongsikan ini.

Resipi nanas goreng tular di Facebook

Bahan-bahan:

– 2 cawan tepung beras (guna sukatan cawan teh)
– 2 sudu tepung jagung
– 1 Sudu air bancuhan air kapur
– Sebiji telur
– Sedikit gula
– Garam secukup rasa
– Air (main agak-agak dan jangan terlalu banyak)
– Pewarna kuning telur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula anda campurkan tepung beras dan tepung jagung
2. Letakkan air bancuhan air kapur ke dalam bekas.
3. Kemudian masukkan telur
4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa
5. Masukkan air tapi jangan terlalu banyak dan agak-agak saja supaya tidak terlalu cair
6. Masukkan pewarna kuning telur untuk tambah lebih kuning dan berseri.
7. Kemudian, masukkan nanas pada bancuhan tepung tadi dan ia siap untuk digoreng.

Manfaat nanas untuk kesihatan manusia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di bawah ini merupakan manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi kesan daripada makan buah nanas. Untung siapa yang gemar makan buah ini! 

– Antioksidan yang terkandung dalam nanas berfungsi bagi menangkal radikal bebas dan memperbaiki kerosakan sel.

Bahkan, kandunga zat bromelain yang terkandung di dalamnya turut mampu mencegah penyakit kanser yang menyerang tubuh kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di samping itu, nanas juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia.

– Kandungan potasium turut menyeimbangkan kadar air dalam tubuh dan ia berguna untuk menurunkan risiko hipertensi.

– Kandungan gula dalam buah nanas dapat memicu pembakaran lemak sehingga nanas dapat dijadikan alternatif untuk menahan rasa lapar dan seterusnya kenyang lebih lama.

– Kandungan serat dalam buah nanas sangat baik untuk pesakit diabetes dan ia dibuktikan pada pesakit diabetes jenis 1 dan 2.

– Bromelain yang terkandung dalam nanas turut mampu menjadi anti inflamasi kepada individu yang mengalami sinusitis. Enzim tersebut dapat mengurangkan lendir dan keradangan kerana gejala itu.

– Nanas juga mampu mencegah osteoporosis kerana kandungan mineral mangan dalam buah nanas dipercayai mampu memperkuatkan tulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Melancarkan pencernaan dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

– Kandungan Vitamin A dan Vitamin C berfungsi untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah degenerasi makula.

Inilah antara kandungan terbaik yang ada di dalam sebiji buah nanas dan anda boleh mengamalkannya setiap hari mengikut kadar yang diperlukan tubuh.

Jadi, apa kata harini kita beli buah nanas dan mencuba resepi yang dikongsikan tadi. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Kuali Viral 

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.com5-resepi-unik-kuih-hidangan-hari-raya