16 nasihat perkahwinan epik dari seorang ayah untuk anak lelakinya

Bernikah memerlukan ilmu yang cukup. Sebagai persediaan, jom kita lihat nasihat untuk anak lelaki tentang perkahwinan, perkongsian dari seorang ayah ini.

Apabila saya memikirkan jenis nasihat untuk anak yang terbaik, saya tidak memikirkan hal lain kecuali nasihat perkahwinan. Kenapa?

Ia kerana perkahwinan adalah antara milestone terbesar dalam hidup seorang. Kita memulakan hidup bersama pasangan dan mula membina keluarga sendiri. Kita akan ada pasangan yang akan sentiasa berada  di sisi; di saat susah mahupun senang.

Perkahwinan adalah satu usahahama dan jika kita berjaya membinanya, ia akan menjadi antara perkara paling indah dalam hidup.

Kredit: readinfo.in

Untuk para belia yang bakal mendirikan rumah tangga, jom kita lihat nasihat untuk anak yang dikongsikan oleh seorang ayah ini.

Nasihat untuk anak yang bakal berkahwin – Ia jujur dan mendalam

1. Anakku, jika kamu sering berbelanja untuk seorang wanita dan dia menikmatinya tanpa pernah bertanya sekali pun sama ada kamu menyimpan wang untuk diri sendiri, maka janganlah engkau menikahinya.

2. Anakku, ada wanita akan jadi isteri yang baik padamu, dan ada juga wanita yang akan jadi ibu yang baik pada anakmu. Tapi, jika kamu bertemu dengan seorang wanita yang seperti ibu kepada dirimu, anakmu, dan ahli keluargamu, jangan engkau melepaskannya!

Kredit: Depositphoto.com

3. Anakku, jangan pernah terhadkan pergerakan isterimu hanya di dapur semata-mata. Itu bukan satu-satunya tempat untuk isteri. Didik dan motivasi dirinya untuk jadi wanita berdikari dan berjaya.

4. Jika ayah memberitahumu yang dirimu adalah ketua keluarga, janganlah engkau memandangnya dari sudut ekonomi saja. Fikirkan juga akhlakmu pada keluargamu sebagai seorang ketua.

5. Jika kamu mahu bahagia dan hidup lama, biarkan isterimu menjaga gaji dan hartamu. Dia akan lebih berhati-hati berbelanja apabila dia mengawal bil dan dapat melihat berapa baki yang ada.

6. Jangan pernah sesekali engkau memukul isterimu. Sakit di badan tak dapat dibandingkan dengan sakit di hati. Hidupmu tidak akan bahagia apabila hidup bersama isteri yang terluka hatinya.

Anakku, bagaimanakah kelakuanmu selepas berkahwin?

7. Anakku, dirimu kini sudah berumah tangga. Jika gaya hidupmu masih sama seperti ketika bujang, tidak lama lagi, engkau pasti akan membujang semula…

Kredit: Huffingtonpost.com

8. Anakku, kami dulu berkahwin ramai untuk membantu mencari rezeki dalam hidup yang susah. Kini zamanmu sudah berubah, cukupkanlah dirimu dengan yang satu.

9. Jangan lupa diri apabila engkau sudah semakin senang. Kenangkan isterimu yang teguh berdiri di sisi di saat engkau susah dulu.

10. Anakku, ingatlah. Di saat engkau merasakan yang isterimu sudah berubah, mungkin dirimu juga telah berubah terlebih dulu tanpa engkau sedari.

11. Ibumu dahulu menaiki basikal denganku ketika susah. Jika engkau menjumpai wanita yang sudi menaiki motormu ketika miskin, dialah wanita yang sesuai untuk berada si sisimu ketika kaya.

12. Janganlah engkau membandingkan isterimu dengan seorang wanita lain. Isterimu sudi menerima kelemahanmu, adakah pernah dia membandingkan dirimu?

13. Anakku, ibumu dan ayahmu ini tidak berminat untuk campur tangan dalam urusan rumah tanggamu. Maka, kendalilah masalahmu itu sebaiknya, tanpa perlu mengadu domba pada kami.

Kredit: Redbookmag.com

14. Ayahmu dulu pernah membelikan mesin jahit untuk ibumu. Bantulah isterimu untuk mencapai cita-cita dan impiannya, sama seperti engkau berusaha untuk cita-cita dan impianmu.

15. Anakku, jangan pernah berhenti menjaga kami, kedua-dua ibu ayahmu. Itulah rahsia untuk memastikan anakmu jua akan menjagamu satu hari nanti.

16. Anakku, sembahyanglah selalu bersama ahli keluargamu. Tentang hari esok, tiada satu perkara pun yang kita tahu tentangnya. Jadi, taatlah pada Tuhanmu yang Maha Mengetahui.

Nasihat untuk anak dari ayah yang penuh hikmah

Indah sekali nasihat yang diberikan. Ia hasil daripada pengalaman sendiri, dan semoga boleh menjadi manfaat buat mereka yang masih baru atau sudah lama melayari bahtera rumah tangga.

Jika anda boleh memberikan nasihat untuk si kecil tersayang, apa pula nasihat kehidupan yang ingin anda berikan kepadanya? Jom berkongsi cerita di ruangan komen ya.

 

 

 

 

 

Sumber: Happylifereport.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

Penulis

Noor