Neelofa Kongsi Tips Berniaga Mencecah 50 Juta Jualan

Neelofa memang terkenal dengan produk “tudung instant shawl” yang ramai hijabista tergila-gilakan. Ini adalah tips dan pesanan beliau kepada yang baru nak ceburi bidang perniagaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam zaman hijabista ini, jenama hijab Neelofa memang terkenal dengan produk “tudung instant shawl” yang digilai ramai hijabista.

Neelofa pula, seorang yang anggun dan bergaya dan menjadi inspirasi ramai wanita muda di luar sana.

Neelofa memulakan perniagaanya pada tahun 2014 dan sebelum itu, beliau aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual kasut, kanta mata dan jubah.

Bidang perniagaan memang dalam DNA beliau kerana, dari nenek moyang ke ibunya, semua berminat berniaga dan Neelofa pun tidak ketinggalan.

Beliau memulakan tudung instant shawl hanya dengan 200 helai, dan menjalankan perniagaannya secara online sahaja.

Sekarang, beliau menjalankan bisnes di 37 buah negara, dan jualan dari luar negara telah mencecah 6 juta dan dalam Malaysia ialah sebanyak 50 juta pada tahun lepas.

Koleksi beliau hanya terdiri daripada 2 jenis “shawl” iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah tips dan pesanan beliau kepada mereka yang baru hendak menceburi bidang bisnes ini:

1. Fokus kepada perniagaan

Beliau langsung tidak berlakon selama 3 tahun hanya untuk membangunkan bisnes Neelofa.

Pada permulaannya, beliau hanya membuat 200 stok dan bermula secara kecil-kecilan dengan berniaga di bazar-bazar dan expo-expo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah berjaya, barulah beliau mula mencari agen, beliau mempunyai sebanyak 800 agen berdaftar tapi hanya 400 yang aktif sekarang.

2. Berbisnes dalam bahasa inggeris

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, peniaga haruslah pandai menggunakan bahasa inggeris untuk mendapatkan jualan dari luar negara.

Sejak menggunakan bahasa inggeris di laman webnya, jualan dari luar Negara mencecah 6 juta dan dari 37 buah negara!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Gunakan imej anda sebagai inspirasi

Neelofa adalah seorang artis dan pelakon yang sangat berbakat.

Sempena kemunculannya dalam bidang lakonan baru-baru ini di mana beliau telah menjadi heroin dalam drama hit ‘Suri Hati Mr Pilot’ yang memang cukup popular, beliau telah menggunakannya sebagai “marketing platform” untuk mempromosikan produ shawlnya.

Melalui drama tersebut, 3 jenis tudung direka untuk mewakili 3 peringkat dalam kehidupan wanita iaitu; Warda semasa bujang, warda selepas kahwin dan warda selepas beranak.

Haa..mungkin anda tidak pernah tahu fakta menarik ini kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil strategi bijak ini, jualan tudung beliau telah meletup-letup sepanjang drama Suri Hati Mr Pilot.

4. Tonjolkan “Brand identity”

Neelofa hanya menggunakan warna-warna pastel untuk tudung beliau dan beliau juga buat banyak “research” untuk kenal pasti “target audience” beliau.

Beliau juga hanya memakai jenama sendiri.

Dalam bidang bisnes, kita haruslah memberi sokongan kepada produk kita sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau tidak, macam mana kita hendak berjaya, bila kita sendiri pun tidak menggunakan produk kita sendiri, kan?

5. Labur dalam “marketing”

Untuk memastikan produk kita berbeza daripada produk-produk yang lain, laburlah dalam sesi “photoshoot” dan pastikan gambar- gambar yang dihasilkan itu memang cantik dan meletup!

Lepas itu, post gambar-gambar tersebut di laman Instagram dan Facebook sebagai strategi pemasaran.

Sentiasa pastikan yang anda terus berkongsi post produk (beberapa dalam sehari) dan gunalah gambar yang berbeza.

Pastikan butiran barangan semua di muat naik ke laman web, dan jawab pertanyaan pelanggan dengan sopan dan seperti seorang kawan!

6. Kreatif dalam pemasaran

Sekarang, ramai yang membuat pemasaran melalui video tutorial dan sebagainya.

Neelofa pula menggunakan imej beliau sebagai seorang pelakon untuk memasarkan tudung-tudung beliau.

Watak heroinnya dalam drama Suri Hati Mr Pilot pula lemah lembut dan bersopan. Senang untuk penonton jatuh hati dengan wataknya.

Tahun ini, beliau memasarkan koleksi Hari Rayanya melalui drama ringkas bersiri!

Akhir sekali, manfaatkanlah media sosial.

Ramai pengikut di luar sana yang pasti mahu membeli produk anda, jika kena dengan gaya penghasilan dan pemasarannya.

Selamat mencuba dan maju jaya!

Rencana dipetik daripada Oh Bulan

Semua gambar dari laman Facebook Neelofa

Penulis

Michelle Goh