Nestlé Malaysia Lancar Minuman Coklat Berperisa KitKat® Pertama di Dunia

Nestlé Malaysia melancarkan Minuman Coklat berperisa KitKat® yang pertama di dunia bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nestlé Malaysia melancarkan Minuman Coklat berperisa KitKat® yang pertama di dunia bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat “Buatan Malaysia” (Dihasilkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia). Minuman Coklat KitKat® merupakan inovasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat, telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan di kilang perindustrian di Shah Alam, Selangor dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata, “Di Nestlé, kami sangat mendalami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Dengan peningkatan trend penjagaan diri dan permintaan terhadap snek berkualiti tinggi pada harga mampu milik, KitKat®, jenama yang sinonim dengan konsep ‘berehat,’ menjadi pilihan sempurna. Pada asalnya dicipta sebagai bar coklat 4 Jejari, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dan menghasilkan Minuman Coklat KitKat® yang digemari ramai. Hasilnya adalah minuman unik yang memberikan pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa lebih luar biasa. Dalam dunia yang kian bergerak pantas ini, keperluan untuk berehat amat penting dan minuman coklat kami direka untuk memenuhi keperluan ini, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.”

Minuman Coklat KitKat® dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, menghasilkan rasa coklat yang lembut dan berkrim, memberikan pengalaman secawan kebaikan coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak, dengan pembungkusan dalam bentuk pek tunggal yang mudah dibawa ke mana-mana.

Menurut Aranols, “Minuman Coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Malaysia juga kekal sebagai pusat Halal utama untuk Nestlé di peringkat global dan pelaburan berterusan kami di sini mengukuhkan komitmen kami untuk memupuk bakat tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan di Malaysia.”

Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestlé mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini. Sama ada untuk berehat sebentar di tengah kesibukan harian atau sebagai hidangan istimewa di rumah, minuman ini menawarkan cara yang mudah untuk bersantai dan melepaskan penat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi meraikan pelancaran minuman terbaharu ini, KitKat® Malaysia akan menganjurkan pameran promosi di Orange Concourse, Sunway Pyramid dari 9 hingga 13 Oktober 2024. Aktiviti ini bakal memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri Minuman Coklat berperisa KitKat® pertama di dunia selain berpeluang menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Minuman Coklat KitKat®  kini boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh Malaysia termasuk TikTok, Shopee and Lazada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk KitKat® Malaysia dan berita terkini, anda boleh melayari laman sosial rasmi KitKat® seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan