Anak Selalu Terjaga Tidur & Menangis Kerana Mengigau Tengah Malam, Ibu Ayah Ikut Tips Ini
Anak sering berjaga malam dan menangis seakan-akan mengalami mimpi buruk? Ia dipanggil night terror atau mengigau, mereka dalam keadaan tidak sedar. Ketahui apa punca dan cara menanganinya.
Pernah tak anak tengah sedap tidur, tiada guruh, tiada kilat tiba-tiba dia meraung? Mata masih terpejam seperti sedang tidur, tapi menangis sampai menjerit-jerit. Keadaan ini dinamakan sebagai “NIGHT TERROR” atau dalam bahasa melayu kita sebut MENGIGAU.
Kalau dia buka mata pun, anda buatlah apa pun panggil namanya dia tidak peduli, bila cuba nak memeluk mereka akan menolak dan menendang.
Apa punca anak mengigau?
Mengigau atau night terror ini biasa berlaku pada anak berusia seawal 2 tahun hingga 12 tahun. Kes anak sering mengigau ini boleh hilang dengan sendirinya dan juga boleh berulang-ulang hinggalah mereka akil baligh atau lebih awal.
Ciri-ciri anak sedang mengigau ini mereka tak sedar apa yang berlaku. Ini kerana mereka dalam fasa ‘deep sleep’. Jika anda bertanya anak pada keesokan hari, mereka tak akan ingat pun apa yang terjadi, kesimpulannya mereka sedang tidur ketika mereka mengigau tu.
Jadi ini antara punca mengigau atau night terror.
#1. Central nervous sytem terkejut
Antara punca night terror boleh berlaku ialah sistem badan yang libatkan central nervous system seolah-olah “terkejut” bila peralihan fasa tidur sedang berubah. Biasanya libatkan fasa 3 tidur nak ke fasa 4 tidur ataupun fasa 4 tidur nak ke fasa 5 tidur.
#2. Anak terlampau penat (banyak bermain)
Apabila terlalu penat dan terlampau bergelak ketawa/sedih menangis (semua yang libatkan emosi) pada waktu siang atau sebelum tidur juga menjadi antara penyumbang kepada night terror.
Contoh lain : anak seharian dalam kereta sebab travel, anak tidur di tempat baru/suasana baru, anak terlalu banyak menangis dalam sehari berbanding dengan hari-hari lain, anak baru mula sekolah yang buatkan dia rasa tak seronok/stress.
Jadi elakkan anak terlalu galak bermain terutama sekali beberapa jam sebelum tidur. Sepatutnya malapkan lampu rumah bila tiba waktu malam, berikan satu persekitaran dengan mood tidur, jadi otak anak akan secara automatik berasa letih dan ada rasa ingin tidur.
#3. Tidur tak lena
Anak yang tak dapat tidur yang berkualiti/tidur yang tak selesa juga akan cenderung untuk lalui episod night terror.
Night terror tidak sama dengan nightmares (mimpi buruk). Bukan juga disebabkan oleh mimpikan sesuatu. Bila anak terjaga disebabkan nightmares, dia boleh berhenti menangis bila dipujuk.
Dia dalam keadaan sedar dan masih boleh perasan kita. Ini disebabkan nightmares berlaku pada fasa ke-5 tidur iaitu fasa REM (otak sedang bergerak aktif).
Tapi night terror boleh jadi lebih buruk kalau kita cuba pujuk atau sedarkan/bangunkan dia.
Ciri-ciri night terror
- Anak akan berpeluh-peluh, jantung berdegup kencang, bernafas dengan laju. Mereka nampak macam terlalu panik.
- Mata anak terbuka luas tapi tak boleh nak recognize kita (ada juga kes mata anak terpejam macam biasa).
- Anak akan menjerit, menangis atau tiba-tiba duduk/berdiri tegak.
- Tangisan/jeritan anak sukar atau tak boleh ditenangkan.
- Anak akan tenang sendiri dan kembali tidur macam tiada apa yang berlaku.
- Berlaku 1 jam ke 3 jam selepas anak mula tidur.
- Berlaku pada jam/waktu yang sama setiap malam (kalau anak tidur pada jam yang sama setiap hari).
- Anak yang tak sihat/demam juga boleh melalui night terror.
- Anak yang ada masalah pernafasan juga cenderung untuk lalui episod night terror (kena segera rujuk doktor)
Bukan masalah mental atau psikologi
Night terror hanya fasa sementara anak. Tidak ada kaitan dengan masalah mental atau isu psikologi.
kejadian ini boleh berlaku selama 5-15 minit. Juga boleh capai sehingga ke 30 minit lamanya.
Walaupun ia dinamakan sebagai night terror, situasi yang sama boleh juga terjadi waktu siang semasa anak sedang tidur.
Tips untuk mengelakkan night terror
#1. Pastikan kita cuba jaga emosi anak pada waktu dia sedang berjaga terutamanya untuk anak kategori sensitif. Jangan beri dia tekanan (stress) atau buatkan dia terlebih teruja.
#2. Pastikan anak dapat tidur waktu siang (napping time) supaya sistem badan dia lebih bersedia untuk tidur/dapat tidur yang berkualiti waktu malam.
#3. Elakkan dari sedarkan/kejutkan anak ketika night terror sedang berlaku. Bertenang duduk disebelah dia (juga tak perlu pujuk) sehingga episod night error itu hilang dengan sendiri dan anak kembali tidur dengan tenang.
#4. Pastikan suasana bilik tidur dalam keadaan yang selesa dan boleh buatkan anak dapat tidur yang berkualiti : tidak panas, tidak bising, gunakan cahaya yang suram.
#5. Boleh mandikan anak dengan air suam, urut badan anak serta buat aktiviti santai seperti baca buku 30 minit sebelum waktu tidur. Jauhkan anak dari tv, gadget dan aktiviti yang buatkan anak jadi lebih aktif sebelum waktu tidur.
#6. kalau anak selalu mengigau pada jam yang sama setiap hari, boleh kejutkan/bangunkan anak 15 minit sebelum berlakunya night terror. Bangunkan anak sama ada ajak pergi tandas, bagi minum air atau buat urutan ringan pada badan anak.
Sumber: Very Well Family, Ezzatyy Suffian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Menangis Tengah Malam? Ini Cara Untuk Hentikannya