X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Menangis Tengah Malam? Cuba 5 Cara Ini Hentikannya, Yang Penting Parents Perlu Tenang!

4 min bacaan
Anak Menangis Tengah Malam? Cuba 5 Cara Ini Hentikannya, Yang Penting Parents Perlu Tenang!

Anak menangis tengah malam antara perkara yang buat ibu ayah pening kepala lebih-lebih lagi bayi baru lahir. Cuba cara ini hentikannya.

Pasti ada dalam kalangan ibu ayah yang pening kepala anak menangis tengah malam, tapi tak tahu sebabnya kenapa. Kadang kala ada yang menangis sekuat hati, dan sukar untuk dipujuk.

Lebih-lebih lagi bayi baru lahir, menangis tengah malam seolah-olah memang perkara biasa untuk mereka, malah bila diceritakan pada orang lain, semua kata ia perkara biasa.

Tetapi sebagai ibu ayah, kadang kala kita mempunyai naluri sendiri, yang dapat merasakan mungkin ada sebab lain kenapa anak itu menangis pada malam hari seperti tiada hari esoknya.

Anak menangis tengah malam cuba cara ini untuk hentikannya

Anak Menangis Tengah Malam

Kredit: popmama

Kadang-kadang jadi gaduh dibuatnya antara ibu dan ayah bila anak menangis tengah malam sampai tak tahu nak buat apa. Sudahlah tidur tak cukup, anak pula menangis tetapi kita tak tahu kenapa.

Kadang-kadang rasa nak marah pun ada, rasanya macam semua keperluan sudah cukup, tetapi anak masih menangis seperti dipukul. Apa lagi yang kurang.

Bila buntu tak tahu nak buat apa, mulalah ibu ayah ini tension. Jadi kali ini kami kongsikan sebab dan bagaimana untuk anda atasi anak menangis tengah malam ini.

Jangan sampai ia jadi habit anak ya, jika boleh kita ikhtiar pelbagai cara untuk hentikan segera. 

#1. Peluk anak

Biasanya disebabkan oleh gangguan terhadap jadual biasa anak anda. Ia mungkin masa untuk anak anda makan atau tidur, atau anak anda terlebih rangsangan.

Mungkin pada hari berkenaan dia terlalu banyak bermain dan menyebabkan terlalu banyak pergerakan pada ototnya dan membuatkan mereka rasa lenguh tapi tak tahu untuk memberitahu pada ibu bapa apa yang mereka rasa.

Jadi cuba peluk anak dan urut lembut anggota badan mereka.

#2. White noise

Anak Menangis Tengah Malam

Kredit: experiencedmommy

White noise dikatakan mampu menyeragamkan frekuensi telinga anak yang akhirnya akan membuatkan mereka lena tidur. Ia adalah bunyi yang menyamarkan bunyi-bunyi lain yang mungkin dihasilkan secara semula jadi dalam sesuatu persekitaran seperti kipas di dalam bilik mungkin boleh membantu.

Yang paling biasa orang gunakan adalah bunyi hujan, bunyi air laut dan bunyi kicauan burung di hutan. Bagi bayi baru lahir juga white noise ini dikatakan sangat membantu kerana ia menyamai bunyi dalam perut ibu.

Ia sekaligus akan membuatkan bayi lebih tenang dan tidur dengan lebih lena dan elak anak menangis tengah malam. 

#3. Beri anak minum susu sebelum tidur

Anak Menangis Tengah Malam

Kredit: motherandbabyindonesia

Ini mungkin terjadi kerana lapar. Jadi pastikan anda cuba beri susu suam pada anak sebelum tidur. Untuk kes bayi baru lahir, berikan mereka susu sebelum tidur dan jangan lupa sendawakan mereka.

Bayi baru lahir mempunyai kekerapan minum susu yang agak kerap berbanding bayi yang sudah 

#4. Pastikan udara dalam bilik bersih

Ada kalanya udara yang tidak bersih boleh membuatkan bayi anda tidak selesa. Ada yang tiba-tiba rasa hidung tak selesa bila bilik penuh habuk lebih-lebih lagi bayi baru lahir.

Jadi pastikan udara dalam bilik bersih atau anda boleh gunakan penapis udara bagi memastikan udara yang anak anda sedut bersih.

#5. Suhu bilik nyaman

Pastikan suhu bilik nyaman dan tidak menyebabkan anak anda berpeluh dan sebagainya. Suhu yang nyaman akan membantu anak anda tidur lena tidak kira sama ada dia baru lahir atau sebaliknya.

Cara lain yang mungkin boleh membantu anda

Ada yang kata ada kemungkinan anak diganggu makhluk halus jika sering menangis tengah malam. Adakah ini benar?

Cara ini dikongsikan seorang ustaz jika ibu ayah khuatir anak diganggu makluk halus, mungkin boleh ikhtiar selagi kita tidak melanggar hukum syarak.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
  • Ambil segelas air suam dan letakkan secubit garam di dalamnya
  • Baca surah al-fatihah 1x
  • Baca selawat syifa 3x
  • Baca surah al-ikhlas 3x
  • Kemudian bacakan lahaulawalaquwataillabillah
  • Selesai baca minum air tersebut atau jika anak masih bayi cuba sapukan pada anak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: redaksi, enfagrow

Kredit foto: altfordamerne

Baca juga: Tahukah anda yang bayi sebenarnya menangis dalam rahim? Tapi mengapa?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Menangis Tengah Malam? Cuba 5 Cara Ini Hentikannya, Yang Penting Parents Perlu Tenang!
Kongsikan:
  • Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

    Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

  • Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

    Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

    Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

  • Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

    Bayi tak berhenti menangis ditumbuk dan dicampak ke lantai hingga rosak buah pinggang

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.