Selain memupuk kepintaran, ibu ayah perlu memberikan pelajaran kepada anak-anak tentang nilai kehidupan. Ia amat penting untuk mereka berjaya mengharungi cabaran dunia dalam pelbagai aspek.
Tidak dinafikan bahawa setiap ibu ayah menginginkan si manja melalui proses perkembangan otak yang sihat, namun kekuatan secara fizikal turut perlu diberikan perhatian agar mereka mampu bersosial dan memiliki keperibadian yang perlu di seimbangkan.
Berikut adalah 10 nilai kehidupan yang perlu diajar kepada anak:
#1. Tidak semua perkara menyeronokkan
Tidak semua perkara adalah menyenangkan kerana beberapa hal tertentu perlu diberikan lebih perhatian.
Setiap anak yang semakin membesar akan teruja menerokai dunia. Namun, tahukah anda bahawa tidak semua perkara adalah baik untuk mereka? Bagi melindungi diri si manja, ibu ayah perlu bermula dengan perkara asas iaitu menyediakan pemakanan yang sihat.
Ia perlulah mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, lemak, mineral dan serat. Nutrisi ini dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan dan menjadikan si manja seorang yang bertenaga dan aktif sepanjang hari.
Proses pembelajaran juga menjadi lebih mudah kerana anak-anak telah dibekalkan nutrisi optimum melalui pemakanan harian. Bukan itu sahaja, ia turut meningkatkan ketahanan fizikal daripada sebarang jenis penyakit.
#2. Anda akan selalu belajar
Anak yang aktif biasanya tidak akan berdiam di satu-satu tempat dan mungkin akan bermain di dalam rumah. Justeru, ibu ayah perlu tahu bahawa sekecil perkara yang dilakukan mampu memberikan pelbagai pendedahan baru buat mereka.
Hidup adalah sebuah perjalanan dan belajar merupakan sebahagian dalam kehidupan. Dalam hal ini, ibu ayah perlu elak dari memaksa anak untuk duduk dan belajar mewarna, membaca atau mengira. Mereka pastinya akan berasa tertekan dalam menerima perkara baru dalam cara yang begitu formal.
Ibu ayah mungkin boleh membahagikan tugasan rumah seperti menyapu, membuang sampah, mengasingkan pakaian kotor atau membantu anda memasak di dapur. Walaupun perkara ini nampak mudah, ia mampu membentuk sahsiah diri anak untuk menjadi lebih bertanggungjawab.
#3. Teknologi akan sentiasa ada
Tidak dinafikan kebanyakan ibu ayah menjadikan telefon pintar sebagai ‘senjata’ untuk mengawal anak-anak. Namun tabiat ini perlu diubah dengan melakukan aktiviti yang lebih sihat seperti membenarkan mereka bermain di luar rumah atau riadah bersama keluarga.
Kajian pakar psikologi persekitaran di Universiti Cornell mendapati bahawa perkembangan si manja yang dikelilingi alam sekitar adalah faktor signifikasi kepada kesihatan emosi dan mental kanak-kanak.
Dalam aspek sosial, mereka dikatakan memiliki kebolehan bergaul dan mempunyai lebih ramai kawan. Aktiviti sihat ini turut membantu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan kerana tahap penglihatan anak adalah lebih baik berbanding kanak-kanak yang sering menghabiskan masa di ruangan tertutup atau dalam rumah.
Dengan bermain di luar, anak-anak dapat menikmati kehijauan alam, sekali gus menghilangkan tekanan yang dihadapi mereka.
#4. Bersikap baik terhadap rakan
Si manja perlu diajar seawal mungkin aspek pembangunan sosial seperti pergaulan bersama rakan, berkongsi makanan dan nilai bertolak ansur.
Dalam hal ini, mereka memerlukan rakan sebaya untuk mengenali diri sendiri dengan baik. Ibu ayah perlu menekankan cara berinteraksi dan percakapan yang indah agar mereka dapat didekati kanak-kanak lain dengan mudah.
Pembangunan sosial ini amat penting dalam membantu mereka mengembangkan perwatakan dan konsep diri yang lebih positif. Bukan itu sahaja, mereka turut didedahkan dengan norma sosial tentang apa yang betul dan salah dalam sesebuah persahabatan.
Di sekolah, anak mungkin lebih memilih persahabatan mereka berbanding dengan anda. Ia adalah petanda yang baik dan anda harus menggalakkannya dengan bertanyakan kisah mengenai rakan-rakan mereka. Kesannya, anak-anak akan menjadi lebih berani dan ceria untuk mengharungi setiap perjalanan pada hari-hari yang mendatang.
#5. Mengutamakan keluarga
Dalam hubungan keluarga, anda perlu mendidik anak-anak dengan nilai kasih sayang antara satu sama lain dan menghormati ibu ayah. Hal ini kerana ahli keluarga berperanan besar dalam menyokong setiap perkara yang dilakukan.
Anak yang berjaya adalah yang pandai melayan orang tua dengan penuh rasa hormat. Ia perlu meliputi menuturkan kata-kata baik, berlemah-lembut dan menundukkan pandangan ketika bercakap.
Sikap dan tingkah laku setiap anak akan mencerminkan air muka ibu ayah dalam membesarkan mereka. Kesannya, si kecil anda akan disayangi oleh insan di sekeliling mereka.
Dalam aspek pembelajaran pula, mereka yang menghormati guru dan rakan-rakan lebih mudah berjaya kerana mampu mengikuti segala nasihat dengan berkesan. Bukan itu sahaja, ia turut menjamin kesihatan emosi kerana setiap perjalanan hidup yang dilalui mereka adalah baik-baik sahaja.
#6. Menjaga diri
Kesihatan adalah elemen yang sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Sekiranya si manja anda kerap jatuh sakit, ia menandakan bahawa tubuh mereka memiliki sistem imunisasi yang rendah.
Situasi ini akan menganggu kemampuan anak untuk bersenang-lenang, bersosial dan menghadirkan diri ke sekolah dengan baik.
Ibu ayah disarankan untuk mendidik anak-anak tentang aspek penjagaan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, menggosok gigi dan mandi. Elakkan pengambilan snek atau makanan segera kerana ia mengandungi kandungan garam dan kalori tinggi.
Selain itu, anda perlu menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan pada setiap hari bagi membolehkan tubuh mereka mengeluarkan peluh.
#7. Masalah tidak selalu menjadi perkara buruk
Perjalanan kehidupan akan memberikan pelbagai pengajaran kepada si manja kerana tiada siapa yang dilahirkan sempurna.
Sekiranya melakukan kesilapan kecil mahupun besar, ia adalah perkara normal yang tidak perlu dirisaukan. Sebaliknya ibu bapa harus menerima bahawa kesilapan lazim berlaku tetapi mempelajari daripada kesilapan itu. Tidak mengulanginya adalah kunci untuk maju ke hadapan dan memperbaiki diri sendiri.
Jangan terlalu melindungi, benarkan anak-anak melakukan kesilapan sendiri dari semasa ke semasa kerana pengalaman adalah guru terbaik. Ajar mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan orang lain.
Kesannya, mereka menjadi lebih berani untuk mencuba pelbagai perkara baharu di sekeliling dan menjadi anak dengan emosi positif.
#8. Hargailah orang lain
Sentiasa menghormati setiap orang yang berada di sekeliling anda. Sekiranya memperoleh sesuatu, ucapkan terima kasih dan mengambilnya dengan tangan kanan. Bukan itu sahaja, dedahkan mereka pengorbanan dan kesusahan ibu ayah untuk menyara seisi keluarga.
Kesannya, anak menjadi seorang yang bertimbang rasa dan timbul minat untuk membantu insan lebih susah. Dalam aspek pembelajaran pula, usaha lebih diletakkan kerana menyedari bahawa tidak mudah untuk datang ke sekolah berusaha menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru.
Nilai ini turut menjamin emosi yang lebih sihat kerana anda bersikap positif dan disenangi oleh orang sekeliling.
#9. Bantu-membantu satu sama lain
Nilai tolong-menolong dan ringan tulang perlu ada dalam diri setiap individu. Caranya adalah dengan memberikan perhatian di atas kesusahan yang dialami oleh orang lain. Sehubungan itu, ajarkan diri untuk menghulurkan bantuan mengikut kemampuan dengan sehabis boleh.
Sekiranya terjumpa dengan peminta sedekah, jangan kedekut untuk menghulurkan sedikit wang. Diri yang sentiasa melakukan kebaikan dijanjikan pahala yang banyak dan dimudahkan urusan seharian.
Dalam aspek pembelajaran pula, anda perlu buang ego dan malu untuk menawarkan diri membantu kawan ataupun cikgu. Ini akan menggambarkan keperibadian yang mulia.
Keadaan emosi juga semakin sihat kerana sekecil pertolongan yang diberikan pastinya akan diingati sepanjang masa.
#10. Esok masih ada
Ketika berdepan dengan sebuah kegagalan, jangan terus menyerah. Segera bangkit dan cuba sehabis mungkin untuk mencapai sesuatu impian.
Tidak dinafikan apa yang dimahukan tidak semudah kata-kata. Kegagalan sebenarnya membantu anak-anak membangunkan ciri-ciri utama dan kemahiran hidup yang diperlukan mereka untuk menjalani kehidupan penuh gembira dan bermakna.
Justeru, tidak kira sama ada gagal dalam akademik, sukan, pertandingan atau perhubungan, ibu ayah perlu melengkapkan diri untuk mengendalikan situasi tersebut. Hal yang perlu anda sedar bahawa tugas ibu ayah adalah untuk membimbing, membantu, menyokong dan memberi motivasi kepada mereka.
Kesannya, si manja akan terbiasa untuk menerima takdir dengan hati terbuka dan dijauhkan risiko tekanan emosi sekiranya tidak mampu memperoleh apa yang dihajati.
Dalam menemani si manja menempuh masa hadapan yang penuh cabaran, Dugro® dengan formulasi terbaharu* NextGen NUTRI bersama kasih sayang anda mampu menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ meliputi aspek nutrisi, sosial, pembelajaran dan emosi.
Pengambilan segelas susu sehari mampu menyokong pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh Si Manja.
Formulasi terbaharu* Dugro® NextGen NUTRI yang mengandungi bukan sahaja DHA Tertinggi** malah semua nutrien penting seperti tinggi Zat Besi, Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E bersama kasih sayang anda untuk menyokong PERKEMBANGAN 360° Si Manja NextGen.
*Berbanding dengan formulasi Dumex Dugro sebagaimana tahun 2011
**Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam linkungan harga yang sama (<rm35kg), nielsen syer >9% sebagaimana pada januari 2020.
- DHA Tertinggi**, Tinggi Zat Besi & Vitamin C, DHA yang banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.
*Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.
- Tinggi Kalsium & Vitamin D. Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D menggalakkan penyerapan Kalsium
- Tinggi Vitamin A & E. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mukus dan penting untuk fungsi mata manakala Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
- Inulin adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi
- Tanpa Sukrosa. Sukrosa adalah sejenis gula tambahan. Pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada kanak-kanak dalam jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan sampel, anda boleh melayari laman web https://dugro.com.my/bm/dapatkan-sampel-percuma-asli. Yang paling penting, ianya disahkan halal oleh JAKIM. Jadi, usah ragu dan risau. Dapatkan Dugro® NextGen NUTRI hari ini!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia