Ada Masalah Tapi Tak Tahu Nak Rujuk Siapa? Ini 7 Senarai Siapa Yang Boleh Anda Hubungi, Jangan Segan!

undefined

Ini senarai nombor kecemasan yang boleh dihubungi sekiranya anda terlibat dengan masalah depresi, keinginan untuk membunuh diri, keganasan rumah tangga, masalah HIV, penderaan kanak-kanak, penderaan fizikal dan lain-lain. Jangan segan!

Bila sebut panggilan kecemasan, biasanya masyarakat hanya ingat satu nombor sahaja iaitu 999 untuk sebarang kecemasan sama ada bahagian kesihatan atau keselamatan.

Nombor kecemasan Malaysia ini harus diingat supaya dapat membantu individu yang berada dalam keadaan tertentu yang memerlukan bantuan 24 jam. 

Operator yang bertugas di bawah Telekom Malaysia TM akan memberi respon terhadap setiap panggilan kurang dari 10 saat dan mengambil beberapa maklumat ringkas. Setelah itu, mereka akan mengalihkan panggilan kepada unit berkenaan. 

Namun, sebenarnya kita ada banyak lagi nombor kecemasan lain yang mungkin anda terlepas pandang sekiranya berlaku keganasan, masalah kehidupan, kecederaan fizikal, masalah rumah tangga dan lain-lain. 

Berikut nombor telefon patut anda tahu dalam senarai  helpline wanita. 

7 nombor kecemasan Malaysia 

#1. Nombor kecemasan Malaysia – One Stop Crisis Center (OSCC)

nombor kecemasan Malaysia, nombor kecemasan, nombor kecemasan dan kecederaan, nombor telefon kecemasan, nombor untuk kecemasan, nombor telefon, hubungi nombor ini, nombor badan pertumbuhan

OSCC merupakan perkhidmatan yang disediakan di semua hospital umum kerajaan di Malaysia. Pusat ini dibuka 24 jam sehari dan memenuhi semua kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan, keganasan yang membabitkan orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Sekiranya anda mengalami keganasan secara fzikal, seksual atau emosi, sila pergi ke hospital kerajaan terdekat. Aduan anda akan diambil serius oleh pegawai perubatan untuk membantu krisis dan masalah anda. 

Matlamat utama OSCC adalah menawarkan tempat yang selamat untuk melindungi mangsa dari bahaya, memeriksa kecederaan dan merawat dengan sewajarnya.

Selain itu, ingin membantu siasatan polis sehingga anda mendapat bantuan dari kebajikan sosial jika diperlukan. 

Nombor talian : 03- 2615 3333 

#2. Nombor kecemasan Malaysia – All Women Action Society Malaysia (AWAM)  

Di sini, ia menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan guaman terhadap keganasan berasaskan jantina yang telah berkhidmat kepada orang ramai dengan bantuan sukarelawan sejak tahun 1997. 

Tujuan utamanya adalah untuk memperjuangkan dan membaik pulih hak wanita yang berada dalam pelbagai peranan seperti pekerja, pelajar, ibu dan lain-lain. Selain memberi bantuan terhadap individu yang mengalami keganasan dan cabaran yang sering dihadapi wanita di Malaysia. 

Nombor talian :  03 – 7877 4221

#3. Befrienders 

Befrienders adalah non profit organization yang menyediakan sokongan emosi selama 24 jam dan 7 hari seminggu kepada orang yang mengalami masalah kesepian, kesulitan, berputus asa, depresi dan pemikiran untuk membunuh diri.

Di sini, setiap kes diambil tidak mengira bangsa, agama, umur, jantina dan kaum mahupun orientasi seksual. 

Semua sukarelawan dilatih dan setiap perbualan dianggap sulit dan rahsia. Walau bagaimanapun, mangsa boleh mengekal kerahsiaan identiti seperti nama dan menggunakan nama samaran. 

Sebaik saja mendapat panggilan anda, mereka yang terlatih akan mendengar dan bertanyakan soalan secara umum untuk memahami perasaan anda dan menyokong serta memberi nasihat untuk mengatasinya. Secara tak langsung membantu berkongsi dilemma tersebut dengan mereka. 

Nombor talian – 03-79568145 

#4. Buddies Society of Ipoh – Klinik HIV 

nombor kecemasan Malaysia, nombor kecemasan, nombor kecemasan dan kecederaan, nombor telefon kecemasan, nombor untuk kecemasan, nombor telefon, hubungi nombor ini, nombor badan pertumbuhan

Sebaik mendapat panggilan anda, mereka yang terlatih akan mendengar dan bertanya soalan secara umum untuk memahami perasaan anda dan memberi masa untuk berkongsi dilema tersebut serta sokongan yang sewajarnya. 

Klinik HIV ini bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Pesakit akan dirujuk kepada doktor atau jururawat hospital yang bertugas. 

Apabila bertemu pesakit, Buddies akan memberikan pengenalan awal tentang perkhidmatan yang disediakan dan menilai tahap keperluan mereka. Pada peringkat awal, sokongan emosi adalah sangat penting dan jaminan kerahsiaan. 

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memastikan pesakit mendapat sokongan sewajarnya dalam jangka masa panjang. 

Nombor talian –  05-  546 7633 

#5. HAWA – Yayasan kebajikan Anak-anak yatim dan Orang Tua 

Yayasan ini ditubuhkan untuk memberi pelindungan dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan orang tua serta keluarga yang tidak berkemampuan. 
 
Kemasukan anak yatim ke badan pertubuhan ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan berkenaan. Malah asrama dan rumah penginapan disediakan bagi mereka. 
 
Setiap anak yatim yang masih bersekolah rendah dan menengah akan dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan asrama bagi memudahkan mereka berjalan kaki ke sekolah. Bagi anak yatim yang bersekolah jauh dari asrama, pihak pertubuhan menyediakan bas sekolah untuk kemudahan mereka. 

Nombor talian – 05 – 242 6100 

#6. Talian NUR 

Jika anda mengetahui atau mengesyaki ada kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk didera dan diabaikan, sila laporkan kepada Pegawai Pelindung Kanak-Kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau hantar kanak-kanak berkenaan ke hospital berhampiran. 
 
Sertakan sekali butiran tersebut:
– Nama kanak-kanak 
– Lokasi dan alamat tempat tinggal 
– Sebab disyaki penderaan
– Nama anda dan nombor untuk dihubungi. 

Ini kerana, risiko untuk mendapat kecederaan atau sesuatu yang mengancam kehidupan dan keselamatan kanak-kanak harus diutamakan.

Meskipun tidak terdapat tanda fizikal namun kanak-kanak tersebut mungkin boleh merasa rendah diri atau menjadi ganas atau kasar akibat pengabaian dan penderaan yang dilakukan terhadap mereka. 

Nombor talian – 15999 

#7. Women Aid Organisation (WAO) – Pertubuhan Pertolongan Wanita 

Sekiranya anda mengalami masalah tertentu, jangan bimbang kerana anda tidak berseorangan. Women Aid Organisation (WAO) berperanan memberi nasihat dan menjadualkan perundingan anda. Selain anda juga boleh mengakses WAO melalui sokongan perlindungan dan krisis dengan hubungi talian WAO Hotline. 

Berikut langkah yang perlu dibuat:

Langkah 1: Hubungi talian WAO 

Langkah 2: Terus ke One Stop Crisis Centre di hospital kerajaan

Langkah 3: Dapatkan ‘Perintah Perlindungan Darurat’ dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Langkah 4: Buat laporan polis dan memohon Perintah Perlindungan Interim di balai polis. 

Nombor talian: 03- 7956 3488 

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: AA Singapore 

Sumber: Laptop Buruk

Baca juga:

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!