TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

3 min bacaan
PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

Permainan video yang terkenal di serata dunia, PUBG Mobile kini berisiko diharamkan oleh beberapa negara kerana dikatakan menggalakkan keganasan.

Berapa besarnya impak permainan video dalam kehidupan dan perubahan sikap kanak-kanak? Kebelakangan ini, kecoh apabila permainan video Player Unknown’s Battleground atau lebih dikenali sebagai PUBG Mobile menjadi sasaran yang dikaitkan dengan kes jenayah dan keganasan.

Pengharaman PUBG Mobile Akibat Peningkatan Kes Keganasan

pubg mobile, bahaya pubg, Player Unknowns Battleground, permainan video, kes tembakan new zealand, pengaruh permainan video, pubg diharamkan

Di India, PUBG Mobile telah diharamkan di bandar Rajkot dan Surat, malah mana-mana orang yang didapati bermain permainan ini di tempat awam boleh dikenakan hukuman.

Menurut pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Polis Kota Rajkot, orang ramai kini dilarang bermain pemainan pertempuran popular tersebut sehingga 30 April.

Menariknya, pekeliling juga menyatakan individu yang ditemui bermain PUBG Mobile atau mengambil bahagian dalam Cabaran Momo akan didakwa mengikut Seksyen 144 Akta Prosedur Jenayah, 1973 dan Seksyen 37 (3) Akta Polis Gujarat.

Kedua-dua perbuatan ini membolehkan pentadbiran menghalang perhimpunan awam lebih daripada 4 orang di kawasan yang dikenakannya.

pubg mobile, bahaya pubg, Player Unknowns Battleground, permainan video, kes tembakan new zealand, pengaruh permainan video, pubg diharamkan

Pentadbiran Gujarat yang telah mengharamkan PUBG Mobile, menyatakan ini kerana berlakunya kes kekerasan tidak terkawal yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Selain itu, penglibatan anak-anak yang terlalu kerap bermain PUBG Mobile juga memberi kesan kepada gred mereka di sekolah.

Memandangkan kebanyakan kanak-kanak sekolah mengikuti ujian tahunan, pentadbiran melihat ini sebagai tempoh yang sempurna untuk mengharamkan permainan.

PUBG Mobile: Permainan Video Paling Popular Di Kalangan Kanak-Kanak di India

pubg mobile, bahaya pubg, Player Unknowns Battleground, permainan video, kes tembakan new zealand, pengaruh permainan video, pubg diharamkan

PUBG Mobile adalah permainan paling popular di India pada masa ini, dan ini adalah kali pertama tindakan sedemikian telah diambil terhadap permainan video.

Terdahulu, Tencent Games telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan mereka akan bekerjasama dengan ibu bapa, pendidik dan kerajaan untuk meningkatkan pengawasan bagi individu yang bermain PUBG Mobile dan untuk mengawalnya secara bertanggungjawab.

Syarikat itu juga telah mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan beberapa ciri baru yang akan menunjukkan persekitaran yang lebih baik untuk pemain.

PUBG Mobile mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna aktif setiap hari dan mempunyai rating 16+ pada Google Play Store.

 PUBG Mobile di Malaysia: Mufti Minta PUBG Diharamkan

pubg mobile, bahaya pubg, Player Unknowns Battleground, permainan video, kes tembakan new zealand, pengaruh permainan video, pubg diharamkan

sumber: worldofbuzz

Di Malaysia, permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini dikecam sebagai perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja.

“Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,”  “Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Saya yakin PUBG boleh menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tiada perasaan. “Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya,” katanya.

Apa pendapat anda?

Bagaimana saya mahu mengajar anak supaya berminat dengan permainan luar rumah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: techradar/harianmetro

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-main-game/

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!
Kongsikan:
  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham