X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Isu Keganasan Di New Zealand: BAHAYA Permainan Video Pengaruhi Sikap Agresif Kanak-Kanak

16 Mar, 2019
Isu Keganasan Di New Zealand: BAHAYA Permainan Video Pengaruhi Sikap Agresif Kanak-Kanak

Walau pun kajian menunjukkan pelbagai kesan yang berbeza permainan video dan kaitannya dengan keganasan di dunia sebenar, bagi anak, mereka bakal menerima kesan yang lebih besar!

Tanggal 15 Mac lalu merupakan hari gelap di New Zealand dan buat seluruh umat Islam apabila masyarakat digemparkan dengan kejadian penembakan di 2 buah masjid.

Pengganas yang melakukan serangan turut membuat siaran langsung seolah-seolah sedang bermain permainan video, walhal mangsanya adalah manusia yang tidak bersalah!

permainan video, kes tembakan di new zealand, kes tembakan di christchurch, bahaya permainan video, kesan video game, insiden berdarah christchurch

Screenshot yang didapati dari video kejadian. Sumber: Google

Kes Tembakan Yang Mempunyai Pengaruh Permainan Video

Irwan Dahnil, seorang blogger dan pengembara yang berasal dari Malaysia, telah berkongsi pendapatnya mengenai kejadian tersebut dan kaitannya dengan permainan video.

Berikut merupakan perkongsian saudara Irwan Dahnil di Facebook:

Kes di Christchurch sebiji seperti yang kita selalu lihat di social media atau permainan popular sekarang. 
.
Penembak di Masjid Al Noor, Brenton Tarrant 28 tahun telah membuat liputan langsung selama 16 minit melalui akaun Facebook Live. 
.
Dilaporkan ia berlaku ketika hampir 300 umat Islam sedang bersedia menunaikan solat Jumaat. Sehingga post ini ditulis, 49 orang terbunuh dan ramai lagi yang sedang kritikal dan dirawat di hospital. 
.
Risau tengok bagaimana secara Live ini memberi input secara terus kepada seluruh pengguna internet dan media sosial. 
.
Sebelum serangan, Tarrant menyatakan “Remember lads, subscribe to Pewdiepie” ketika bersiaran livestream di Facebook. “Jangan lupa kawan, subscribe ke (channel) Pewdiepie”. 
.
Pewdiepie adalah seorang Youtuber yang mempunyai hampir 90 juta langganan dan sering melakukan komentari terhadap permainan elektronik secara online. Namun, Pewdiepie menafikan terlibat. permainan video, kes tembakan di new zealand, kes tembakan di christchurch, bahaya permainan video, kesan video game, insiden berdarah christchurch
Sebut sahaja permainan seperti Counter Strike, Call of Duty atau PUBG yang memang mendedahkan pemain dengan keganasan seperti tembak-menembak, ia dengan mudah masuk ke fikiran setiap orang. P ermainan Fortnite memang jelas mempunyai objektif untuk membunuh pemain lain. Apabila Tarrant menggunakan teknik kamera yang sama seperti permainan online tersebut ketika melepaskan tembakan, ramai dari kita terpedaya dan percaya bahawa kejadian tembakan di Christchurch itu adalah salah satu komentari permainan online yang disiarkan di sosial media. Sedangkan ia adalah kejadian sebenar pada masa yang sebenar. Walau pun kajian menunjukkan pelbagai kesan yang berbeza permainan video dan kaitannya dengan keganasan di dunia sebenar, bagi anak-anak bakal menerima kesan yang lebih besar.  Fortnite sebagai contoh mempunyai 200 juta pengguna berdaftar, permainan online memberi pengaruh kepada apa yang anak-anak lihat dan rasa. Ia menjadi sumber peniruan yang jelas buat kanak-kanak.

Bahaya Permainan Video: Peranan Ibu Bapa di Rumah

permainan video, kes tembakan di new zealand, kes tembakan di christchurch, bahaya permainan video, kesan video game, insiden berdarah christchurch

Bagi ibubapa, tugas kita memelihara anak-anak juga semakin sukar. Antara langkah-langkah yang kita boleh lakukan dirumah adalah : 1. Kita perlu lebih ambil peduli tentang apa yang anak kita lihat dan saksikan di internet. Ia mungkin memberi kesan terhadap sikap dan tingkah laku mereka secara senyap tanpa kita sedari. 
.
2. Menghadkan masa capaian anak-anak terhadap jenis permainanan. Anak yang bermain secara berterusan mula memahami perkara seperti strategi keganasan dan modus operan di dalam sesuatu misi.
.
3. Banyak permainan adalah permainan pelbagai pengguna. Kenali dengan siapa anak kita berkawan secara online. Dalam banyak keadaan, pengguna sering menggunakan bahasa yang kasar ketika bermain. 
.
4. Cipta akaun kawalan ibu bapa. Ia membolehkan permainan ini memerlukan keizinan ibubapa untuk dicapai dan ia tidak boleh dicapai sembarangan. Ini membolehkan kita mengawal bentuk permainan yang sesuai untuk anak-anak.
.
5. Baca sinopis atau objektif sesuatu permainan. Setiap permainan biasanya mempunyai tahap rating keganasan dan nilai kesesuaiannya dengan umur anak-anak.
.
Keganasan kini sudah masuk ke rumah dalam bentuk yang berbeza. Mungkin kita boleh menutup pintu rumah, menghalang anasir jahat masuk ke dalam, tetapi ancaman dari setiap komputer, tablet, gajet atau telefon bimbit merupakan sumber terbesar yang boleh merosakkan fikiran anak-anak.
.
Tugas kita semakin berat. Kita adalah apa yang kita fikir, lihat dan baca. 
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland

Apa yang diperkatakan oleh pemuda ini sedikit sebanyak menjelaskan tentang bahaya permainan video.

Malah kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang bermain permainan video khususnya yang mengandungi kandungan tembak-menembak dan keganasan lebih cenderung untuk bersikap memberontak.

Hal ini bukanlah berdasarkan penilaian kata-kata sahaja, malahan terdapat dokumentari yang menjelaskan mengenai isu ini.

Ada beberapa kajian video di Youtube mengenai pengaruh permainan video yang mendorong kepada sikap agresif kepada kanak-kanak.

Walaupun isi tembakan ini bukanlah 100% disebabkan oleh permainan video, tetapi sebaiknya kita boleh mencuba untuk menjauhkan anak-anak dari terpengaruh dari situasi sebegini. Jadi ibu bapa tolong beri perhatian dan kawal apa yang dilakukan oleh anak-anak ya!

Semoga bermanfaat.

Berapa lama anak meluangkan masa dengan telefon bimbit?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Irwan Dahnil

Baca juga: 

Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!

Stories Rakan Kongsi
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isu Keganasan Di New Zealand: BAHAYA Permainan Video Pengaruhi Sikap Agresif Kanak-Kanak
Kongsikan:
  • PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

    PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

  • Ketagihan Game Melampau, Ibu Sanggup Beli Game Dari Susu Formula, Akibatnya Bayi Maut!

    Ketagihan Game Melampau, Ibu Sanggup Beli Game Dari Susu Formula, Akibatnya Bayi Maut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

    PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

  • Ketagihan Game Melampau, Ibu Sanggup Beli Game Dari Susu Formula, Akibatnya Bayi Maut!

    Ketagihan Game Melampau, Ibu Sanggup Beli Game Dari Susu Formula, Akibatnya Bayi Maut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.