X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara 'Live' Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

27 Apr, 2017
Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara 'Live' Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

Satu peristiwa kejam yang amat menyayat hati! Tergamak si ayah menyiarkan secara 'live' insiden dia membunuh anaknya...

Tergamam membaca berita kejam ini semalam. Seorang lelaki warganegara Thailand, Wuttisan Wongtalay, 20 tahun telah mengambil keputusan drastik untuk membunuh anak perempuannya yang berusia 11 bulan, dan menyiarkan kematian itu secara ‘live’ di Facebook!

Ayah apakah ini?!!

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara Live Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

Wongtalay bersama isteri dan anak perempuan mereka. (Wajah yang disembunyi bukan anak mereka)
Kredit gambar: Reuters

Menurut laporan Reuters, lelaki terbabit menyiarkan rakaman pembunuhan tersebut dalam dua video klip. Ia kemudiannya dimuat naik dan disiarkan di Facebook, sebelum dia membunuh diri.

Saya sempat melihat video rakaman tersebut. Saya tak mampu bertahan – hati diruntun pilu…

Dalam rakaman itu, Wongtalay sedang menggantungkan tali ke leher Natalie, anaknya. Dia kemudiannya melepaskan Natalie (yang memakai baju dress merah jambu) dari atap bangunan. Bangunan itu kelihatan terbiar, dikatakan terletak di pinggir bandar Phuket.

Masyarakat nyata tergempar dengan penyiaran video tersebut. Walaupun video itu sudah diturunkan daripada laman Facebook selepas campur tangan pihak kerajaan Thailand, tetapi trauma yang ditinggalkan masih terkesan.

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara Live Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

Ibu mangsa terpaksa ditenangkan keluarga
Kredit gambar: Reuters

Video pembunuhan kanak-kanak kecil itu telah ditonton oleh hampir 370,000 orang ramai sejak 24 jam lepas sebelum ia diturunkan semalam pada pukul 5 petang!

Walaubagaimanapun, insiden Wongtalay membunuh diri tidak pula disiarkan secara langsung di Facebook. Sebaliknya, badan mangsa dijumpai tak bernyawa di sebelah anak perempuannya.

Jullaus Suvannin, pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menguruskan kes ini berkata –

Mangsa mengalami paranoia yang teruk. Dia merasa dirinya diabaikan oleh isteri. Dia sangka isterinya tidak lagi mencintai dirinya.

Hanya atas alasan itu??!!!

Di sebalik insiden kejam yang meragut nyawa tidak bersalah ini…

Isteri mangsa, Jiranuch Triratana ketika dihubungi Reuters mengatakan dia dan mangsa telah berkahwin dan tinggal sebumbung sejak setahun dulu.

Pada mulanya, hubungan perkahwinan mereka berjalan lancar. Akan tetapi, Wongtalay mula berubah sikap. Dia semakin panas baran dan kerap memukul anak lelakinya yang berusia 5 tahun (anak daripada perkahwinan sebelum ini).

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara Live Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

Kredit gambar: Reuters

Pada hari kejadian, Jiranuch tiada di rumah. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena bakal terjadi apabila dia mengetahui suaminya itu keluar secara tiba-tiba dengan Natalie. Jiranuch cuba mencari mereka tetapi gagal.

Walaupun tiada kenyataan rasmi yang membincangkan tentang kesihatan mental mangsa, namun mangsa mungkin menghadapi masalah mental yang tidak dikongsikan. Kalau tidak, masakan tindakan drastik ini diambil, bukan?

Masalah mental

Masalah mental bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ia adalah sebuah masalah kesihatan yang melibatkan perubahan dalam pemikiran, emosi dan tingkahlaku (atau semuanya sekali).

Biasanya, masalah mental akan dikaitkan dengan kesukaran untuk berfungsi secara sosial, di tempat kerja atau dalam aktiviti berkeluarga.

Menurut American Psychiatric Association, kondisi kesihatan mental seseorang indvidu tidak hanya terkesan dalam satu peristiwa sahaja. Kajian menunjukkan pelbagai sebab dan punca boleh mengakibatkan masalah mental. Antaranya seperti genetik, persekitaran dan pengaruh gaya hidup.

Permasalahan mental melibatkan pelbagai gangguan seperti:

  • Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) – gangguan dalam perkembangan perhatian, hyperaktif dan bertindak melulu
  • Anxiety disorder – gangguan kebimbangan melampau dan memberi kesan
  • Autism – gangguan perkembangan di mana individu sukar untuk berkomunikasi dan bersosial
  • Bipolar disorder – gangguan dalam mood, tenaga dan keupayaan untuk berfikir dengan jelas
  • Borderline personality disorder – gangguan personaliti yang melibatkan ketidakstabilan mood dan hubungan
  • Kemurungan – kemurungan bukan saja berasa sedih. Ia adalah masalah kesihatan mental yang serius.
  • Dissociative disorder – gangguan yang mampu menjejaskan memori dan persepsi individu
  • Psychosis – gangguan dalam persepsi dan pemikiran individu – mengakibatkan mereka sukar untuk membezakan realiti
  • Eating disorder – gangguan dalam pemakanan
  • Obsessive-compulsive disorder (OCD)- gangguan yang mengakibatkan perilaku ulangan, obsesi, dan keinginan untuk melakukan sesuatu perkara
  • Posttraumatic stress disorder – gangguan kerana kejadian traumatik seperti perang dan kemalangan
  • Schizophrenia – gangguan yang mengakibatkan individu tidak dapat membezakan realiti, didatangi halusinasi, dan gangguan dalam pemikiran dan perbuatan

Sebagai warganegara yang prihatin, marilah sama-sama membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental untuk menerima bantuan yang diperlukan. Ini semua untuk kebaikan bersama.

Di Malaysia, jika anda menghadapi sebarang masalah dan memerlukan bantuan, sila hubungi talian hotline ini untuk mendapatkan bantuan.

Counseling Centre Malaysia: 03-79568144, 03-77855955, 03-79826455

Mari kongsi artikel ini! Mungkin ada di luar sana yang memerlukan bantuan!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Kredit gambar: Dailymail.co.uk

Sumber rujukan: Reuters, Daily Mail, National Alliance on Mental Illness dan American Psychiatric Association

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara 'Live' Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!
Kongsikan:
  • Gadis yang dicabul nekad bunuh diri lepas orang awam suruhnya terjun bangunan!

    Gadis yang dicabul nekad bunuh diri lepas orang awam suruhnya terjun bangunan!

  • Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

    Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Gadis yang dicabul nekad bunuh diri lepas orang awam suruhnya terjun bangunan!

    Gadis yang dicabul nekad bunuh diri lepas orang awam suruhnya terjun bangunan!

  • Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

    Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.