Nutella Biscuits Baru Kini Boleh Didapati di Pasaraya Malaysia!

Nutella Biscuits terdiri daripada 55% biskut yang dibakar rangup dan 45% jem Nutella berkrim. Biskut ini juga dihiasi dengan rekaan hati Nutella dan didatangkan dengan paket yang boleh ditutup semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nutella, jenama jem hazelnut ikonik telah mewujudkan pilihan tambahan untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran Nutella Biscuits – satu lagi varian di bawah portfolio biskutnya. Nutella Biscuits merupakan snek terbaik yang boleh dinikmati bersama-sama rakan dan keluarga.

Nutella Biscuits terdiri daripada 55% biskut yang dibakar rangup dan 45% jem Nutella berkrim. Biskut ini juga dihiasi dengan rekaan hati Nutella dan didatangkan dengan paket yang boleh ditutup semula, menjadikannya snek yang cukup sempurna untuk dikongsi bersama-sama rakan dan keluarga. 

Biskut manis semakin popular di Asia Tenggara sejak lima tahun lalu. Peminat biskut manis kini boleh mendapatkan Nutella Biscuits di Malaysia tanpa perlu bersusah-payah membelinya dari Eropah!

Dapatkan Nutella Biscuits daripada peruncit-peruncit terkemuka, termasuklah di pasaraya, kedai runcit dan kedai atas talian. Nutella Biscuits terdapat dalam dua bentuk iaitu paket kecil dengan 3 kepingan biskut dan paket kongsi dengan 14 kepingan biskut. Cubalah, Kongsilah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari www.nutella.com/my/en/ 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan