NY Steak Shack belanja anak-anak yatim dan tambah menu pilihan kanak-kanak yang enak!

NY Steak Shack telah membelanja anak-anak yatim Rumah Titian Kaseh sempena pelancaran menu kanak-kanak "Just For Kids" di Melawati Mall.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

NY Steak Shack, restoran tempatan dengan menu menarik dan harga yang berpatutan!

Pernah dengar tentang NY Steak Shack? NY Steak Shack adalah restoran tempatan yang mendapat inspirasi dari bandar New York. 

Tapi adakah anda gerun mendengar nama restoran tersebut? Lebih-lebih lagi apabila ia mengambil inspirasi dari New York. Mesti harga mahal ini…

Hmm, sebenarnya anda salah!

“Ramai yang berhenti depan restoran NY Steak Shack dan mereka takut nak masuk. Jangan risau, harga kami sangat berpatutan!” kata Sabrina, Pengurus Pemasaran restoran itu.

Bercakap tentang restoran yang menyediakan menu khas untuk kanak-kanak pula, baru-baru ini, NY Steak Shack telah melancarkan menu kanak-kanak yang diberi nama “Just For Kids“.

Mereka juga telah menjemput anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh untuk sama-sama menyertai pelancaran ini. Tujuan mereka adalah untuk membawa senyuman kepada anak-anak ini. 

Sungguh berharga usaha pihak restoran ini, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Restoran NY Steak Shack menjempu anak-anak yatim

Ketika penulis berkesempatan untuk bertanya mengapa anak-anak yatim dari rumah Titian Kasih menjadi pilihan, Adah Mah, Pengurus Besar jenama NY Steak Shack berkata – 

“Kami memang sentiasa pergi ke rumah Titian Kasih dan selalunya kami bawa dapur kami ke sana. Tapi anak-anak ini ingin merasa makan di kedai, jadi sempena pelancaran menu kanak-kanak ini, kami jemput mereka sekali.” 

Bahkan bukan itu saja, Adam juga menjelaskan 

“Rumah Titian Kasih adalah NGO dan tidak mendapat apa-apa sumbangan dari kerajaan. Apabila saya mendengar cerita mereka, saya merasa terpanggil untuk membantu mereka. Selain membantu mereka mendapatkan bantuan dalam bentuk wang tunai, kami juga melengkapkan dapur mereka dan memastikan peralatan di sana cukup untuk keselesaan anak-anak ini.”

Ketika ditanya mengapa dia memilih anak-anak yatim pula, Adam berkata lagi,

“Saya memang sukakan budak-budak. Lagipun saya ada 2 anak perempuan. Apabila saya lihat mereka, saya teringatkan anak-anak saya. Saya buat untuk mereka.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah Titian Kasih telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan menyediakan tempat perlindungan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan sesiapa yang memerlukan tempat perlindungan sementara.

Kini mereka mempunyai hampir 130 orang kanak-kanak dan orang dewasa yang berlindung di Rumah Titian Kaseh.

Bagaimana dengan menu kanak-kanak di restoran NY Steak Shack?

Menu kanak-kanak di NY Steak Shack menyediakan makanan seperti Beef Stroganoff, Petite Chicken Pasta, Fish ‘n’ Chips, Chick ‘n’ Cheese Sandwich, Cheese Chick Sausage dan Mighty Chicken Meatball Pasta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagian (portion) yang disediakan oleh NY Steak Shack untuk menu kanak-kanak juga banyak. Memang kenyanglah makan! Anak-anak pun pasti gembira makan makanan western ini dengan portion yang besar.

Bolehlah anda bawa anak-anak anda untuk mencuba menu kanak-kanak di NY Steak Shack ini. Jom ramai-ramai ajak pasangan datang restoran ini!

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-melecur-sup-panas-tumpah

 

Penulis

Nadia Ghafar