“Saya melakukan onani selalu walaupun selepas mendirikan rumah tangga. Saya perasan, kini saya ada masalah pancutan terlalu awal. Adakah ini kesan onani?”
Menurut Dr Ismail Thamby, ramai lelaki di Malaysia sering mengadu tentang kesan onani ini dan menyuarakan kebimbangan mereka.
Hakikatnya, adakah onani menyebabkan lelaki cepat klimaks hingga mati pucuk? Sebelum kita berbincang tentang isu ini, ayuh selami dahulu apakah onani itu sendiri.
Kesan onani terhadap kesihatan, ramai lelaki tidak tahu
Onani atau melancap adalah aktiviti yang dilakukan seorang individu, bagi merangsang alat sulitnya demi mencapai klimaks.
Kadang-kadang, proses melancap ini juga boleh menggunakan alat permainan seks seperti vibrator, mahupun pelincir.
Walaupun kebanyakan lelaki yang buat onani ini adalah lelaki yang masih belum berkahwin, akan tetapi jangan terkejut jika masih ada lelaki berkahwin yang melancap juga!
Hal ini kebanyakannya kerana mereka kurang yakin dengan persembahan mereka sendiri, malah mungkin kerana mereka sudah seronok dengan rangsangan yang diberi.
Kesan onani mendatangkan banyak keburukan
Akan tetapi, walaupun ramai lelaki yang “kaki melancap”, tapi masih ramai yang tidak tahu ketagihan onani ini sebenarnya mendatangkan keburukan.
Nikmatnya memang sedap buat satu-satu masa, tapi janganlah jadikan ia sebagai habit. Berikut antara 4 keburukan melancap yang ramai lelaki tak tahu:
#1. Melemahkan zakar
Tahukah anda mengapa perbuatan melancap dengan kerap itu boleh melemahkan zakar? Ia kerana genggaman yang terlalu keras dan kerap di batang zakar akan mengganggu pengaliran darah.
Apabila pengaliran darah terganggu, zakar anda mungkin akan mengalami beberapa masalah seperti cepat klimaks, mati pucuk, susah terangsang dan sebagainya.
#2. Ketagihan yang melampau
Bagi mereka yang terlalu kerap beronani, perbuatan itu boleh menjadi satu ketagihan kronik. Paling teruk, jika ia dilalukan selalu, boleh terganggu jadual harian!
#3. Sering dilanda rasa letih
Beronani akan menyebabkan kehilangan nutrien dalam badan, sekaligus menjadikan badan akan lebih cepat letih dan tidak bermaya.
#4. Berlaku gangguan pada saraf refleksologi
Setiap saraf di bahagian alat sulit berkaitan dengan organ badan tertentu. Contohnya, zon mulut faraj berkaitan buah pinggang, manakala zon liang faraj pula mempengaruhi kesihatan pankreas dan hati.
Jika anda merangsang bahagian alat sulit dengan salah (dan terlalu kerap), maka anda lebih berisiko untuk mengalami gangguan saraf refleksologi!
Adakah ubat tertentu boleh mengurangkan kesan onani?
Apabila kerap beronani, dan mendapat kesan buruk seperti yang dinyatakan di atas, mulalah ramai lelaki mula mencari segala suplemen atau apa saja produk yang ada di pasaran untuk memulihkan “masalah” cepat klimaks.
Hati-hati ya! Langkah itu sebenarnya salah. Menurut Dr Ismail Thamby, kebanyakan produk yang didakwa mampu menguatkan tenaga syahwat sebenarnya hanyalah pembohongan!
Malah ia juga bukan tiada kebaikan, tetapi terdapat beberapa kes di mana lelaki mengalami masalah kesihatan dan alahan!
Sebab itu jika anda mengalami masalah, segeralah berjumpa dengan doktor pakar. Jaga kesihatan dan kawal diri agar tidak jatuh ke lembah “melancap” dengan kerap.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya ‘terkantoi’ dengan pasangan ketika sedang beronani?
Berjujurlah dengan pasangan. Hanya itu jalan yang paling selamat untuk anda lakukan. Apapun, anda kena akui yang habit beronani itu tidak baik untuk lelaki dan perempuan.
Malah, pasangan mana yang tidak kecewa jika mengetahui pasangan mereka beronani.
Jangan fikir tentang diri anda semata-mata. Sebaiknya, fikirkan juga perasaan pasangan anda itu. Kawal diri untuk tidak terlalu terpengaruh dengan nafsu.
Antara cara bagi menghentikan tabiat tidak baik ini, anda hendaklah berjumpa dengan pakar terapi.
Masalah berkaitan dengan seksual merupakan perkara sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat. Namun anda hendaklah berani mengajukan masalah ini kepada pakar supaya mendapatkan bantuan yang tepat.
Sumber rujukan: Health Line, Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lelaki Yang Gemar Melakukan Onani Miliki Sistem Imunisasi & Hormon Lebih Baik