Terkejut membaca kisah orang gaji bunuh majikan ini! Semuanya gara-gara tidak tahan dengan bebelan si majikan. Tergamak sungguh, ya?
Orang gaji bunuh majikan kerana bebelan
Menurut The Straits Times, kejadian ini berlaku pada 13 Februari 2017 lalu di Tampines Street 22 flat Singapura. Orang gaji dari Indonesia itu, Minah telah bekerja dengan Tay Quee Lang, 77, dan suaminya Tan Hee Sang, 78.
Minah diambil bekerja untuk menjaga Tay yang memerlukan bantuan untuk bergerak, makan dan mandi selepas terjatuh. Pada hari yang malang tersebut, Tan telah keluar untuk pergi ke temujanji kesihatan selepas menyuapkan Tay makan tengahari dan menolongnya duduk di kerusi di ruang tamu.
Semasa berada di ruang tamu, Tay kerap memanggil Minah semasa dia sedang makan makanan tengaharinya. Dia juga memarahi Minah kerana mengambil masa yang lama untuk makan. Kedua orang gaji dan majikan tersebut kemudiannya bergaduh dan menaikkan suara masing-masing.
Untuk mengugut Tay, Minah mengambil pisau dari dapur sepanjang 22 cm dan berjalan ke arah Tay. Tay walaubagaimanapun, tidak merasa gentar dengan tindakan orang gajinya itu. Dia masih merungut dan mengatakan yang dia tidak takut dengan ugutan Minah.
Tapi apabila Minah mengacukan pisau pada leher Tay, Tay cuba untuk menolak pisau tersebut dan gagal. Minah menusuk pisau tersebut ke dalam leher Tay dan Tay mati akbiat darah yang tidak berhenti.
Orang gaji bunuh majikan dipenjara 15 tahun
Minah kemudiannya membasuh darah dari tangan dan kukunya dan menelefon anak perempuan Tay.
Jiran telah menelefon polis selepas melihat pisau di leher wanita tua itu. Ketika polis menyoal Minah, dia tipu dan mengatakan Tay telah bunuh diri.
Pada 23 April, Minah telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana membunuh majikannya. Hakim kes, Audrey Lim memanggil respon Minah pada leteran Tay sebagai, “tidak wajar”.
Beliau berkata lagi, “Ini bukan kes si mati menggunakan apa-apa bentuk kekerasan atau ugutan kepada anda.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.compengasuh-anak-biadap