Haryz Dinobat Kanak-Kanak Paling Genius Seawal Usia 3 Tahun, Kini Dijemput Sertai Mensa

Kanak-kanak umur 3 tahun ini dijemput menyertai kumpulan Mensa selepas memperolehi skor IQ tertinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa hamil kebanyakan ibu akan mendoakan yang baik-baik buat janin dalam kandungannya supaya anaknya nanti bergelar orang genius, dicukupkan sifat, menjadi anak yang soleh/solehah dan sebagainya.

Bagaikan tidak disangka apabila semasa usia Haryz tujuh bulan, dia telah pandai melontarkan beberapa patah perkataan hingga ibunya merasakan ada sesuatu yang istimewa pada si kecil itu.

Setelah masuk usia dua tahun, Muhammad Haryz Nadzim atau lebih mesra dipanggiil Haryz sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri sebelum tidur.

Lebih mengejutkan, kini kanak-kanak yang digelar orang genius ini menjadi individu paling muda yang diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Sebelum ini, Mensa pernah menerima orang genius kanak-kanak pada usia dua tahun.

Orang genius, ibu bapa tak sangka anak tunjuk kepintaran luar biasa

Ibu bapa Haryz, Nur Anira Asyikin Hashim dan Mohd tinggal di Durham, United Kingdom berkata walaupun mereka mempunyai latar belakang kejuruteraan tetapi mereka tak pernah menyangka yang anak mereka menunjukkan ciri-ciri kepintaran luar biasa seawal umur ini.

” Kami berdua tidak mempunyai banyak pengalaman jadi bila melihat keistimewannya itu kami fikir mungkin sama seperti kanak-kanak yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Namun, semasa berada di sekolahnya, dia sudah dapat membaca keseluruhan buku-buku cerita kegemarannya,” kata Anira ketika ditemubual media di sana.

Semasa menghantar Haryz ke tadika, pasangan ini diberitahu bahawa perkembangan Haryz lebih cepat berbanding kanak-kanak yang lain.

Bermula dari situ pasangan ini sedar yang anak lelaki mereka itu punya keistimewaan luar biasa.

Dijemput sertai Mensa British

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, Haryz telah dijemput menyertai Mensa British selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.

Malah, dia kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke dalam persatuan tersebut.

Apatah lagi, Haryz diuji oleh ahli psikologi, Lyn Kendall yang mempunyai kepakaran dalam menilai IQ kanak-kanak.

“Sebagai ibu bapanya, kami ingin tahu secara jelas tentang bagaimana kami dapat membantu dan menyokong apa saja yang bakal dilakukan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini kerana kami tidak mahu dia berasa kurang mendapat rangsangan atau seperti dipaksa. Malah, kami ingin dia menjadi seorang kanak-kanak yang suka bermain dan melakukan perkara biasa seperti mana anak di usianya,” ungkap Anira lagi.

Setelah melihat Haryz sudah tahu membaca dan mengingat keseluruhan cerita pada usia dua tahun.

Lantas ibunya membuka saluran Youtube Little Haryz supaya kelebihan yang ada pada anaknya dapat dijadikan galakan kepada kanak-kanak yang lain.

Minatnya masih sama seperti kanak-kanak usia 3 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada itu, Haryz masih sama seperti kanak-kanak usia tiga tahun dalam pelbagai sudut misalnya suka bermain air berlopak, melukis, menyanyi dan segala aktiviti normal macam kanak-kanak usianya.

Dia juga mempunyai program televisyen kegemaran iaitu Story Bots dan Numberblocks. Tetapi, dia lebih suka berbual dengan rakan yang lebih tua atau orang dewasa.

Bahkan, dia suka bertanyakan banyak soalan tentang angkasa lepas dan nombor. Selain suka baca buku.

Apa yang lebih menarik, selain minat membaca, bahasa inggeris bukanlah bahasa pertamanya.

Ini kerana, setiap hari mereka akan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Namun, Haryz sendiri tidak tahu bahawa dirinya bijak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berharap ini pencapai dan langkah pertama buat anaknya

Tentunya seluruh keluarga gembira mendengar perkhabaran manis daripada Haryz dan ibu bapanya apabila dia diterima masuk ke Mensa dan berharap ini adalah langkah pertama ke arah kejayaan yang luar biasa.

Malah, kedua-dua ibu bapa Haryz turut berharap dapat menyediakan satu persekitaran yang dapat mendorongnya untuk belajar.

Apa yang penting kini, dia gembia melakukannya dan berbangga dengan segala pencapaian yang diperolehi.

Pihak Mensa turut mengesahkan, Haryz merupakan ahli termuda dalam kumpulan tersebut sebaik sahaja semua dokumen keahlianya diproses.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Metro.Co.UkMstar 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkaya-muda