Pada ketika ini, pelbagai jenayah boleh berlaku sekelip mata. Meskipun sudah berjaga-jaga, penjenayah atau orang jahat ini menggunakan pelbagai cara bagi memenuhi keinginan mereka.
Mereka yang berniat jahat mempunyai banyak cara ”kreatif” dalam merebut peluang yang ada. Paling dibimbangi adalah golongan kanak-kanak.
Sedikit kelalaian boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai orang jahat ini lebih tertarik kepada kanak-kanak bagi jenayah culik, penjualan organ, rogol dan bunuh. Semuanya sungguh menakutkan!
Kisah benar: orang jahat menyamar jadi rakan ibu ayah, cuba menjemput anak di sekolah
Satu kisah telah dikongsikan oleh Husna Zahry, isteri kepada Ustaz Don Daniyal. Kisah yang terjadi di sebuah sekolah memberikan kejutan besar buat dia. Penceritaan dalam bentuk bertulis itu menerangkan kejadian tersebut.
Kisah semalam yang buat mama terkejut sangat… Berdebar jantung… Pukul 11.45 am cikgu Kakak Ayra call mama… Mama dah pelik, dah kenapa pulak cikgu call ni…
Cikgu: Assalam puan… Saya nak tanya… Suami puan ada ke suruh kawannya ambil Ayra dari sekolah sekarang?
Mama: Eh, cikgu… Tak ada, tak ada… Saya yang ambil nanti…
Tak sempat mama nak tanya cikgu terus cakap okey-okey tak apa… Tak lama tu masuk dalam group whatsapp sekolah kakak cikgu tanya lagi ada siapa-siapa ibu bapa ke yang wakilkan orang suruh ambil anak…Tapi memang ibu bapa tak ada yang respon…
Rupanya ada yang datang sekolah mengaku sebagai kawan kepada bapa budak cakap nak ambil budak tu dari sekolah… Ya Allah… Bahaya sangat sekarang ni…
Ceritanya cikgu cakap tiba-tiba ada orang ketuk pintu mengaku kawan ayah kepada budak bernama Q*****… Tapi sebenarnya budak tu tak datang… So, cikgu tanya lagi… Encik nak ambil siapa sebenarnya ni…
Sebab pelajar perempuan ada ni je… Orang tu terus tunjuk anak saya dan cakap, “ha, yang ni la kot.”… Lepas tu cikgu tanya anak saya… Awak kenal ke orang ni… Tapi anak saya diam je…
Cikgu terus cakap, “takpe encik… Saya call ibu dia dulu ye.”… Masa tengah bercakap dengan saya tu terus orang tu cakap takpe la cikgu… Saya balik dulu…
Allahu… Nasib baik cikgu bertindak cepat call saya dulu… Sebab memang pelik nak ambil budak sekolah yang tak hadir ke sekolah…
Melalui perkongsian kisah dikongsikan Puan Husna, pastinya ia amat menakutkan ketika sedang berdepan dengan keadaan itu sendiri. Malah tepukan dan penghargaan boleh diberikan kepada cikgu yang bertindak pantas.
Pasangan terkenal ini yang berkahwin pada 2012 kini telah memiliki empat orang anak. Sudah tentu sebagai seorang ibu, Puan Husna turut risaukan keselamatan anak-anaknya yang juga masih kecil dan bersekolah.
Pesanan dikongsi Ustaz Don Daniyal
Memberi respon terhadap kisah diberitahu isterinya, Ustaz Don Daniyal juga berkongsi pesanan untuk diri sendiri dan semua orang dalam pautan Instagramnya.
Jadi saya share di sini sebagai seorang insan kepada semua insan yang lain dengan beberapa nota untuk diri sendiri dan semua;
1. Zaman Now = zaman mendesak.
Atas beberapa faktor. Maka, sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kita diajar untuk bersedia dengan pengetahuan dan tindakan.
2. Dari zaman Nabi Adam a.s ada orang yang terdesak dan ada orang yang bertujuan jahat dan ada orang yang terjerat. Semua ni sama jugak dengan kita iaitu mereka umat Nabi Muhammad s.a.w, jadi,
a) Kita kena berhati-hati dalam semua tindak tanduk kita. Sentiasa berpesan kerana itu yang dituntut oleh Allah Taala dan kekasihnya Rasulullah s.a.w
b) Tolong jangan hina umat Nabi Muhammad s.a.w, sebab arwah Tan Sri P Ramlee ada kata, “hari ni boleh jadi hari dia, esok-esok kita tak tau hari kita pulak.” Bukan kerja kita untuk hina dan maki umat Nabi Muhammad s.a.w sebaliknya kerja kita ada membentuk dan memperbaiki. Jangan pernah menjatuhkan dan memusnahkan.
Kesimpulannya, sebagai seorang individu kita perlu mempunyai pemikiran cerdas ketika berhadapan dengan kejadian tak diingini. Ketangkasan cara berfikir mampu melindungi orang sekeliling.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu
Baca juga: Bahu Direntap & Dipaksa Ambil Lollipop, Anak Hampir Diculik Van Putih Ketika Balik Sekolah
Baca juga: Isteri Terlalu Inginkan Anak, Suami Terpaksa ‘Beli’ Dari Sindiket Culik & Jual Bayi!