Adakah bayi baru lahir tidak merasai kesakitan?
Ramai pakar perubatan dan penyelidik menyangka bayi baru lahir tidak cukup matang untuk merasai kesakitan.
Sangkaan awal ialah, bayi baru lahir belum mempunyai reseptor sakit yang matang dan apa-apa respon sakit sebenarnya adalah reaksi otot.
Namun, teori ini telah disangkal oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Oxford.
Di dalam kajian mereka yang menggunakan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI), mereka mendapati bayi yang baru baru lahir menunjukkan respon yang sama seperti orang dewasa apabila rasa sakit.
Kajian tentang bagaimana otak bayi mentafsir rasa sakit
Kajian tersebut mengkaji 10 bayi baru lahir yang sihat berusia antara sehari hingga 6hari dengan izin ibu bapa mereka.
Kajian juga mengambil 10 orang dewasa berusia 23 hingga 36 tahun.
Bayi-bayi tersebut ditemani ibu bapa mereka dan pembantu penyelidik, ditempatkan dalam imbasan MRI, di mana mereka dikatakan sering kali tertidur.
Imbasan MRI dijalankan semasa bayi-bayi itu dicucuk lembut di tapak kaki dengan rod khas.
Para pengkaji menyifatkan sensasi tersebut umpama dicucuk dengan pensil dan cukup perlahan hingga ia tidak mengejutkan bayi yang tertidur itu.
Imbasan MRI kemudian di bandingkan dengan imbasan orang dewasa yang juga dicucuk pada tapak kaki kecuali mereka dicucuk 4kali ganda lebih kuat.
Apa yang terjadi seterusnya?
18 daripada 20 bahagian dalam otak telah teraktif pada orang dewasa sebagai respon terhadap rasa sakit itu. Begitu juga dengan otak bayi!
Ini bermakna bayi bukan sahaja turut merasai kesakitan seperti orang dewasa, malah mereka juga mmpunyai tahap rasa sakit yang jauh lebih rendah.
Jelas doktor pakar dan ketua kajian, bayi tidak dapat memberitahu kita apa yang mereka rasa dan kita sukar untuk mentafsir rasa sakit melalui pemerhatian saja.
Malah sesetengah orang berbahas yang otak bayi belum cukup matang untuk mereka rasa sakit kecuali refleks – tapi kajian ini telah membuktikan perkara yang sebaliknya.
Apakah yang boleh kita belajar dari kajian ini?
Dr Slater menerangkan – sehingga tahun 1980-an, bayi diberikan penyekat neuromuskular tapi bukan ubat tahan sakit ketika pembedahan.
Pada tahun 2014, sebuah kajian tentang pengurusan neonatal di ICU menegaskan walaupun bayi-bayi ini melalui lebih kurang 11 prosedur sehari, 60% daripada mereka tidak dapat ubat tahan sakit.
Pengalaman tersebut pada usia yang sangat muda boleh menyebabkan mereka menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit kemudian hari, ujar Dr Slater pada Time Report.
Contohnya kajian tentang bayi lelaki yang disunat.
Bukti menunjukkan bayi yang menerima ubat tahan sakit semasa prosedur akan rasa kurang sakit apabila mendapat suntikan vaksin kemudiannya.
Ini berbeza berbanding bayi yang tidak mendapat apa-apa ubat.
Kajian terbaru Universiti Oxford tentang bayi dan rasa sakit bukan sahaja menunjukkan si kecil anda ini boleh merasai kesakitan, malah lebih daripada apa yang kita rasa!
Ini membuktikan ahli klinikal perlu mempertimbangkan untuk memberi ubat tahan sakit kepada bayi-bayi ini jika mereka perlu menjalani sebarang prosedur.
Untuk lebih lanjut mengenai kajian ini, tonton video di bawah.
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com15-tanda-tanda-kanser-pada-kanak-kanak-yang-mungkin-anda-abaikan/