Ramai yang tertanya-tanya, adakah otak lelaki dan wanita berbeza? Adakah ini sebenarnya yang menyebabkan banyak pasangan sering berselisih faham?
Haaa rupa-rupanya, sains telah menemui jawapannya!
Perbezaan ketara antara otak lelaki dan wanita
Kajian mengesahkan yang otak lelaki dan wanita tak sama cara berfungsinya dan otak wanita lebih aktif. Saintis telah membandingkan imbasan otak dari 119 sukarelawan sihat dan 26,683 pesakit dengan masalah psikiatri yang berbeza seperti trauma otak, bipolar dan masalah gangguan jiwa.
Kajian yang dilakukan oleh Klinik Amen, California ini menemui, otak wanita lebih aktif di kebanyakan kawasan otak berbanding lelaki.
Hasil kajian ini juga telah membantu menerangkan bagaimana gangguan otak memberi kesan yang berbeza pada lelaki dan wanita.
“Perbezaan yang boleh diukur ini penting untuk memahami risiko gangguan otak berdasarkan jantina seperti penyakit Alzheimer,” kata Daniel G. Amen, ketua pengkaji, pakar psikiatri, dan pengasas Klinik Amen ini.
Bagaimana otak lelaki dan wanita berbeza?
Perjalanan darah yang lebih pada otak wanita menerangkan kenapa wanita lebih kuat untuk merasa empati, gerak hati, bekerjasama, mengawal diri dan menunjukkan kebimbangan yang sepatutnya pada sesuatu perkara.
Kawasan limbic atau emosi pada otak wanita juga lebih aktif berbanding lelaki. Kawasan ini bertanggungjawab untuk mengawal mood dan kebimbangan.
Penambahan perjalanan darah di kawasan ini menerangkan kenapa ramai wanita lebih mudah mendapat gangguan kebimbangan, kemurungan, insomnia dan gangguan pemakanan.
Tip untuk elak dari kemerosotan mental
Walaupun sukar untuk difahami, otak manusia boleh berubah dan perlu dijaga. Otak akan berubah mengikut usia. Sama juga dengan fungsi mental yang berubah mengikut usia.
Jadi, walau apa pun jantina anda, pastikan anda ikut tip di bawah bagi membantu anda untuk menjaga otak anda supaya ia sentiasa berfungsi dengan baik.
- Hasilkan sel baru melalui aktiviti otak seperti belajar benda baru, membaca atau membuat senaman mental seperti menyelesaikan puzzle atau masalah matematik.
- Senaman fizikal dan nutrisi yang baik akan membantu fikiran dan badan. Senaman akan merangsang perkembangan saraf sel baru dan meningkatkan hubungan antara sel otak.
- Amalkan diet Mediterranean yang menekankan lebih kepada buah, sayur, kekacang dan minyak tak tepu. Ini akan menghalang kecacatan kognitif dan demensia.
- Perbaiki tekanan darah, kolestrol dan kadar gula dalam badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kajian yang sama juga menunjukkan yang wanita lebih berisiko untuk mendapat kemurungan dan gangguan kebimbangan. Jadi, pastikan anda tahu tanda-tanda masalah ini dan minta bantuan jika anda memerlukannya.
Artikel asal oleh elaineboey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: KAJIAN: Lelaki Boleh Alami ‘Meroyan’ Selepas Kelahiran Bayi,13 Tanda Boleh Dikenalpasti!