Penggunaan Puting Yang Salah Punca Gigi Rongak! Ini Ciri-Ciri Pacifier Yang Bagus & Selamat Untuk Si Manja

Nak belikan anak puting kosong tapi takut gigi anak rosak? Ini penyelesaiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak masyarakat didedahkan dengan penggunaan pacifier atau puting bayi boleh menyebabkan gigi anak tidak teratur, ramai yang teragak-agak untuk memberi puting kosong sebagai penenang. Tetapi ibu ayah tahu tak, sebenarnya hal ini boleh saja diatasi dengan penggunaan pacifier yang bagus dan tepat?

Memilih Pacifier Yang Bagus Untuk Anak

Bercakap tentang masalah gigi akibat pemakaian puting kosong, perkara ini sememangnya betul. Sebab inilah sebagai seorang ibu, saya cari pacifier yang terjamin, supaya pembentukan gigi anak tidak terganggu.

Lagipun kasihan pula kalau anak kena berhadapan dengan masalah gigi tidak teratur.

Memandangkan saya bersama anak 24 jam sehari, pacifier sememangnya membantu saya dalam menguruskan hal rumah sambil menjaga anak.

Mungkin ada yang ingin tahu, boleh ke bayi pakai pacifier semasa tidur?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapannya ya, dengan pacifier yang bagus, ia memang selamat digunakan malah mampu mengelakkan risiko SIDS atau sindrom kematian mengejut pada bayi sebanyak 50%-60%! Ini kerana bayi lebih tenang dan sentiasa dalam aktiviti menghisap, jadi si manja tidak akan 'terlupa' untuk bernafas.

Berikut info tentang penggunaan pacifier semasa tidur:

  • Boleh digunakan setelah bayi pandai menyusu.
  • Anak yang terbiasa dengan pacifier perlu diberi semasa hendak tidur.
  • Jangan paksa anak yang tidak mahu pacifier untuk menggunakannya.
  • Kalau bayi terlepas pacifier semasa tidur, biarkan, jangan letak di dalam mulutnya semula.

Puting Kosong MAM Perfect Yang Sempurna Untuk Si Manja

Setelah beberapa hari survey pacifier yang sesuai dan selamat untuk anak, pencarian pacifier untuk si manja saya akhirnya terjawab dengan MAM Perfect! Kenapa saya pilih pacifier dari MAM?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pacifier MAM menyokong tumbesaran bayi sejak lahir lagi, ringan dan mempunyai saiz comel yang "ngam" untuk si manja.
  • Bentuk puting yang simetri muat dengan sempurna pada mulut bayi.
  • Lubang pengudaraan yang besar juga membolehkan banyak udara untuk mencapai kulit bayi yang sensitif.

Puting MAM juga sangat nipis dan fleksibel, membolehkan ia boleh diselaras sendiri mengikut saiz pembukaan mulut bayi. Ini membuatkan pembentukan gigi dan rahang bayi lebih sempurna dan tidak ada masalah gigi tidak teratur sepanjang penggunaannya!

Kalau ibu ayah perasan, kebanyakan pacifier biasa lebih tebal di bahagian leher puting. Tetapi produk MAM pula sangat nipis macam gambar di bawah. Jadi ia sesuai dipakai untuk tempoh yang lama tanpa mengganggu pembentukan gigi.

Menurut penyelidikan yang dibentangkan di Kongres IAPD di Glasgow, ia mengesahkan MAM Perfect merupakan pacifier yang bagus bagi menyokong perkembangan gigi dan rahang yang sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah golongan profesional penjagaan kesihatan bagi bayi dan kanak-kanak juga mengesyorkan penggunaannya.

Ia juga didatangkan dalam pelbagai reka bentuk yang direka berdasarkan usia si manja. Kalau nak pilih, ambil masa juga sebab semuanya ada corak yang cantik!

Tambahan lagi, puting MAM ini dijual di dalam bekas bagi memudahkan ibu ayah mensterilkan pacifier menggunakan kaedah 'self-sterilising' hanya dengan air dan ketuhar gelombang mikro.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah hanya perlu mengisikan 25ml air ke dalam bekas tersebut dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama tiga minit. Begitu mudah dan cepat!

Nah, tak perlu susah lagi fikir sama ada penggunaan pacifier untuk bayi dibolehkan atau tidak lagi. Sememangnya pacifier boleh digunakan asalkan ibu ayah kawal penggunaannya dan pastinya dengan produk yang sesuai macam pacifier dari MAM ini.

Kalau ibu ayah berminat, anda boleh cari di kedai barangan bayi terkemuka atau dapatkan di laman web MAM DI SINI.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman