Jika dahulu, cara tradisional dalam membesarkan anak adalah wajib memakaikan mereka kain lampin. Namun kemajuan teknologi kini telah memudahkan ibu bapa untuk memakaikan pampers kepada anak kecil.
Cuti persekolahan adalah saat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa dan anak kecil untuk ‘makan angin’ dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Bagi anda yang memiliki anak yang masih kecil, pastinya percutian tidak akan lengkap tanpa menginap dalam sebuah bilik hotel yang memiliki kolam renang ataupun taman tema air.
Pemakaian pampers anak
Pastinya ia sangat mengujakan kerana anak-anak boleh mandi dan berseronok ketika bermain air.
Namun bagi anda yang memiliki bayi yang masih memakai lampin dan belum lagi terbiasa memakaikan seluar kecil, segelintir ibu ayah akan mengambil jalan mudah memakaikan mereka dengan lampin pakai buang sahaja.
Tidakkah anda terfikir jika seandainya anak terbuang air besar di dalam kolam tersebut, bukankah ia memberikan kesan kepada pengguna kolam yang lain?
Sebenarnya, tindakan anda memakaikan anak dengan pampers ini sebenarnya bertentangan peraturan keselamatan ketika di kolam awam.
Risiko pakai pampers kepada anak kecil ketika menggunakan kolam
#1. Menyebabkan pencemaran kolam
Jangan pandang ringan ya ibu ayah! Sememangnya ada pihak pengurusan yang membersihkan kolam secara berkala.
Namun, anda sebagai pengguna juga perlu prihatin dan memberikan kerjasama yang baik untuk saling menjaga kemudahan yang disediakan ini.
Sekiranya anda memakaikan pampers kepada anak dan ia tertanggal di dalam kolam, sudah pasti akan menjejaskan kualiti air menjadi tercemar.
Menurut Public Health Malaysia, 60 % sampel air yang diperoleh dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E coli.
#2. Kuasa serapan tinggi
Bagi ibu ayah yang tidak tahu, antara panduan keselamatan yang perlu diikuti adalah pemakaian mandi yang jenis non-absorbency atau ciri yang tidak menyerap cecair.
Dalam hal ini, anda yang memakaikan anak kecil dengan lampin pakai buang akan menyebabkannya mudah menyerap air hanya sekali rendaman sahaja.
Bukannya anda tidak nampak bahawa lampin pakai buang akan menjadi kembang dan berat kerana ia dipenuhi dengan air kolam.
SItuasi ini sekaligus akan membataskan pergerakan anak yang teruja untuk mandi kolam.
Dalam masa yang sama, lampin yang berat ini boleh mendatangkan kecederaan kerana berisiko menyebabkan anak jatuh tergelincir ketika mereka berlari.
#3. Lampin pakai buang boleh tertanggal & koyak
Biarpun daya penyerapan pampers kanak-kanak dicipta dengan teknologi yang terbaik, namun ia tetap berupaya untuk tertanggal atau terkoyak.
Hal ini ditambah pula dengan beban yang terlalu berat dalam lampin anak-anak dan kelasakan anak-anak yang begitu teruja berlari ke sana sini ketika bermain air kolam
#4. Punca penyebaran penyakit
Sikap segelintir ibu ayah yang membenarkan anak kecil mereka menggunakan lampin pakai buang sewaktu aktiviti mandi kolam akan menyebabkan risiko penyebaran rotavirus.
Ia adalah sejenis virus penyebab penyakit AGE iaitu muntah, cirit-birit, sakit perut dan demam.
Kuman ini dapat disebarkan melalui air kolam renang yang telah tercemar dengan najis.
Bayangkan jika anda membiarkan anak memasuki kolam renang dengan hanya memakai lampin pakai buang, air kencing atau najis yang melekat pada lampin tersebut akan terdedah kepada air dan boleh memasuki mulut kanak-kanak yang lain.
#5. Lebih sesuai pakaikan anak dengan swim diaper
Untuk kesedaran ibu ayah, sebenarnya telah wujud di pasaran sejenis lampin yang khusus untuk anak kecil yang belum bercerai lampin.
Fungsi lampin renang ini ini adalah untuk menakung najis anak kerana ia didatangkan dengan jenis pakai buang dan boleh digunakan semula.
Di samping itu, bahagian kaki dan ikatan pinggang dipasang dengan gelang elastik supaya ia ketat dan boleh menghalang “kandungan” di dalam lampin dari terburai keluar.
Dengan lampin ini, ibu ayah tidak lagi risau jika anak kecil mahu membuang air kerana and boleh membawa anak ke tandas untuk membersihkannya.
Penggunaan ‘swim diaper’ ini adalah lebih selamat dan bersih kerana ia direka khas untuk aktiviti air.
‘Swim diaper’ ini boleh didapati dengan mudah di pasaraya serta dijual secara meluas di Malaysia secara online.
Sumber: SirapLimau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Amaran seorang ibu: 'Membeli lampin murah tak akan menjamin keselamatan anak anda'