Mesti Baca! Pandemik Covid 19: Cabaran Menyusukan Anak Buat Ibu

Ibu mesti mempunyai kerisauan untuk menyusukan anak dalam waktu pandemik Covid 19. Ini apa yang ibu perlu tahu mengenai penyusuan badan di waktu pandemik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap kehidupan kita dengan begitu drastik sekali. Bukan sahaja pada penduduk Malaysia, bahkan kepada penduduk seluruh dunia. Impaknya begitu mendalam sekali dirasakan untuk setiap orang yang mengalami kesan. Ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan anak dalam situasi pandemik Covid-19 ini dilihat sangat mencabar. Masakan tidak? Kita sekarang berada dalam norma kehidupan baharu yang kebanyakan dilopori dengan cara kebersihan diri yang perlu dipraktikkan pada tahap yang optimum. 

Tetapi bagi wanita yang menyusukan anak, pasti akan ada keraguan pada pihak anda. Soalan-soalan seperti ini pastinya sedang bermain di fikiran anda seperti ini. Sekiranya ibu sendiri positif pula, adakah selamat untuk menyusukan bayi seperti biasa?

Ini adalah antara persoalan yang kami akan rungkai dalam artikel kali ini.

Selamat atau tidak untuk menyusukan anak sewaktu pandemik covid?

Kredit: Healthline

Virus Covid-19 ini adalah virus baru yang masih lagi asal usulnya tidak diketahui. Apatah lagi penawarnya. Hanya vaksin sahaja yang telah dihasilkan dan ramai lagi pakar-pakar seluruh dunia yang masih mengkaji dan menyelidik mengenai vaksin ini. Sungguhpun begitu, kebanyakan pakar bersependapat dalam satu perkara iaitu ianya selamat untuk ibu menyusukan anak mereka. 

Walaupun ibu selamat untuk menyusukan anak, ibu-ibu juga tidak terlepas untuk terkena jangkitan ini. Apakah yang akan berlaku dengan penyusuan badan?

Bagaimana pula dengan ibu yang dijangkiti Covid-19?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Bagi ibu yang dijangkiti Covid-19, sudah pasti anda berasa bimbang dengan keselamatan anak anda kerana takut anda anda akan terkena jangkitan melalui penyusuan badan. Tetapi, tahukah anda bahawa anda masih boleh membuat penyusuan badan walaupun anda sendiri terkena jangkitan Covid-19.

Ini turut disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO. Memetik kata-kata pengarah WHO menerusi laporan daripada Astro Awani, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa ibu yang menghidapi Covid-19 masih boleh membuat penyusuan badan dan memberi susu badan kepada anak mereka. Tambahnya lagi, manfaat penyusuan badan jauh lebih besar berbanding dengan risiko anak dijangkiti. Ini kerana kanak-kanak lebih kurang risiko untuk mendapat jangkitan ini.

Apa yang terjadi dengan penyusuan ibu sekiranya ibu tidak sihat?

Sekiranya dijangkiti dan ibu berasa tidak sihat dan tidak mampu meneruskan penyusuan ibu, tidak usah paksa diri. Lebih baik anda fokus untuk berehat dan berikan penyusuan dengan cara lain. 

Salah satu persoalan yang bermain di fikiran mana-mana ibu yang menyusukan anak adalah dari segi jangkitan. Mari kita baca.

Adakah Covid -19 boleh berjangkit melalui pemberian susu badan?

Setakat ini, masih tidak terdapat kajian yang menunjukkan bahawa susu badan ibu boleh membawa virus Covid-19 ataupun sebarang dapatan yang menunjukkan ke arah situ. Salah satu sebabnya juga adalah ibu yang dijangkiti akan mengasingkan diri daripada anak sehinggalah sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari situlah, pakar saintis membuat kesimpulan bahawa ianya selamat untuk memberi susu badan kepada bayi

Susu badan ibu sendiri mampu memberikan imuniti dan antibodi kepada bayi untuk melawan daya tahan penyakit sehinggalah anak besar.

Jika anda berasa takut dan was-was anda boleh mendapatkan pandangan dan rujukan daripada doktor.

Saya nak menyusukan badan kepada anak, apa yang saya perlu lakukan?

Jika anda masih menyusukan anak anda, teruskan berbuat demikian. Tetapi anda masih perlu terus mematuhi panduan pemberian susu mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia sewaktu pandemik ini berlangsung.

Ingat ya ibu! Walaupun virus ini tidak terdapat dalam susu badan tetapi ianya masih boleh berjangkit melalui udara dan jika anda bersin dan sebagainya, ia boleh masuk ke mulut bayi. Jadi adalah amat penting untuk anda mengamalkan beberapa panduan ini untuk mencegah jangkitan ini bukan sahaja untuk anda, malah untuk keselamatan anak anda juga. Ikuti langkah-langkah berikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Pastikan anda mencuci tangan

Kredit: Pexels

Inilah salah satu norma baru kita; mencuci tangan. Dan pastikan juga anda mencuci tangan dengan kerap dan sebelum anda memegang bayi anda. Lebih baik juga selepas anda memegang bayi anda. Basuh tangan anda dengan sabun dan air bersih kerana ia akan mengurangkan kadar jangkitan. Jika anda di luar kawasan, cukuplah anda menggunakan sanitiser jika tidak terdapat sumber air. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Pastikan anda memakai topeng pelitup muka

Nak lagi selamat ialah anda kena memakai topeng pelitup muka walaupun berada di rumah. Memang nampak janggal bila memakai di rumah kan tapi ianya penting untuk anak anda juga. Topeng pelitup muka sangat membantu dalam melawan jangkitan dan penyebaran virus Covid-19. Tidak kiralah sama anda disahkan mempunyai Covid-19 ataupun anda tidak mempunyai sebarang simptom. Mencegah lebih baikkan daripada mengubati?

#3 Nyahkuman segala peralatan dan permukaan

Apa sahaja anda gunakan baik peralatan bayi mahupun permukaan ataupun permainan anak anda. Buat proses nyahkuman secara berkala untuk membendung penularan wabak ini. Bersihkan segala permukaan sekerap yang mungkin. Ini kerana virus ini mampu hidup selama 48 jam sehingga 72 jam.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman