Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

Tahukah anda jika pam tidak dibersihkan dengan betul, bayi boleh terdedah pada jangkitan? Jom semak bagaimana ingin membersihkan pam payudara dengan betul!

Pam Payudara Yang Melecehkan

Pam susu ibu boleh jadi sesuatu yang melecehkan - dengan nak pasang alatan pam, nak label, nak simpan dan juga nak bersihkan. Tapi malas untuk membersihkan pam dengan betul boleh mendatangkan bahaya!

Contohnya seperti kes bayi yang mengidap jangkitan Cronobacter. Ia jarang berlaku tapi sangat serius.

Peristiwa tragis ini mendorong Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan panduan untuk membersihkan pam payudara. 

Garis panduan baru mereka bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang perlu dilakukan dan berapa kerap ia perlu dilakukan. 

Anda perlu membersihkan bahagian pam selepas setiap penggunaan!

Jom baca apa lagi garis panduan untuk membersihkan pam payudara ini!

Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

Panduan Membersihkan Pam Payudara:

  • Basuh tangan sebelum menggunakan pam dan guna kain lap disinfektan untuk membersihkan bahagian luar pam.
  • Selepas setiap penggunaan, ambil bahagian-bahagian pam dan bilasnya dengan air. Jangan letak terus dalam sinki!
  • Bersihkan bahagian pam secepat mungkin dengan air panas, air sabun 
  • Bilas menggunakan air yang bersih (jangan masukkannya semula ke dalam bekas air yang sama).
  • Biarkan ia kering di atas tuala pinggan yang bersih, tapi jangan gosok bahagian dalam pam dengan tuala kerana ia boleh menyebarkan kuman.
  • Basuh bekas dan berus yang telah digunakan
  • Simpan barang di kawasan yang bersih dan dilindungi hanya selepas ia benar-benar kering.

Jangkitan Yang Jarang Berlaku Tapi Berbahaya

Dalam kes yang disertakan di dalam laporan CDC minggu ini, seorang bayi pramatang telah terkena jangkitan!

Ibu bayi tersebut dilaporkan meninggalkan pam payudara yang direndam dalam air sabun, kemudian membilasnya beberapa jam kemudian.

Air itu mungkin menjadi tempat pembiakan kuman, di mana sampel bakteria telah dijumpai pada bahagian pam, sinki, dan juga pada susu yang dipam di rumah. 

Tragisnya, otak bayi baru lahir boleh terjejas dengan jangkitan, yang mengakibatkan meningitis. 

Adakah Pam Ini Selamat?

Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

Ibu yang mengepam pasti pernah mendengar tip menyimpan pam dalam peti sejuk di antara sesi pam susu untuk mengelak perlu mencucinya sekerap mungkin. 

Tapi adakah ia selamat? 

"Membersihkan pam selepas setiap penggunaan adalah paling selamat dan sangat penting untuk bayi dua hingga tiga bulan, pramatang, atau yang mempunyai sistem imun lemah," kata Dr. Bowen.

Mudah-mudahan garis panduan yang ketat ini tidak akan menghalang ibu-ibu daripada mengepam ketika jauh dari bayi mereka, kerana susu ibu mempunyai banyak ciri-ciri bermanfaat.

Rencana diterjemah daripada Parents.

Baca juga:

my.theasianparent.com/menyayat-hati-apabila-bayinya-mati-akibat-jangkitan-cronobacter/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner